Kerajaan negeri Kelantan di bawah pimpinan PAS menghargai segala kerjasama dan bantuan yang diberikan oleh kerajaan persekutuan dalam membantu negeri itu menghadapi banjir besar baru-baru ini.
Timbalan Menteri Besarnya, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata malah semangat kerjasama antara dua kerajaan itu berada dalam keadaan terbaik berbanding sebelum ini.
"Kami amat berterima kasih di atas sokongan yang diberikan oleh kerajaan pusat dan berharap hubungan kerjasama ini dapat dipertingkatkan," katanya dalam Forum Wacana Sinar bertajuk 'Kelantan Pasca Banjir, Bicara dari Hati Ke Hati PAS dan Umno Bangunkan Semula Kelantan' di Kompleks Kumpulan Media Karangkraf di sini hari ini.
Selain Mohd Amar, Ketua Penerangan UMNO Kelantan Datuk Md Alwi Che Ahmad dan penganalisis sosiopolitik Kelantan Dr Kamarul Zaman Yusuf turut menjadi panelis forum itu yang dikendalikan oleh wartawan veteran dan bekas ahli politik Tan Sri Abdullah Ahmad.
Mohd Amar berkata pemimpin dari PAS dan UMNO yang diberi tanggungjawab dalam usaha pemulihan pasca banjir di negeri itu kini giat duduk semeja untuk membincangkan langkah-langkah yang wajar diambil bagi meringankan beban mangsa banjir.
Timbalan menteri besar Kelantan berkata beliau menyedari kerajaan negeri tidak mampu untuk memulihkan sepenuhnya negeri itu tanpa kerjasama dari pelbagai pihak terutamanya kerajaan persekutuan.
Sementara itu, Md Alwi pula berkata, bencana banjir besar yang melanda Kelantan merupakan sesuatu perkara yang harus diambil iktibar.
"Tidak perlu saling menuding jari mencari salah siapa dan bergaduh sesama kita. Yang penting kita perlu bersatu demi kepentingan dan kesejahteraan rakyat Kelantan," katanya.
Sementara itu Mohd Amar apabila ditanya mengenai kerjasama antara UMNO dan PAS selepas pasca banjir berakhir berkata:
"Pada peringkat pasca banjir ini, isu politik tidak pernah dibincangkan. Perbincangan tumpuan utama hanya pada membaik pulih rumah-rumah kehidupan mangsa banjir dan infrastruktur yang musnah.
"Bagaimanapun PAS terbuka dan tidak pernah tutup pintu untuk sebarang perbincangan melibatkan isu agama Islam dan isu negara kerana percaya perkara tersebut mengatasi politik."
Bernama
Fri Jan 23 2015
PAS hargai bantuan Kerajaan Persekutuan bantu Kelantan hadapi banjir
Penoreh getah tidak mengaku rogol anak kandung
Seorang penoreh getah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada Rabu, atas dua pertuduhan merogol anak perempuan kandungnya sejak 2019.
Pantau Belanjawan: Apa cabaran utama EV pada separuh kedua 2024?
Pendaftaran kenderaan elektrik (EV) baharu di negara ini melonjak lebih dua kali ganda kepada 10,700 unit pada separuh pertama tahun, berbanding 4,400 unit dalam tempoh sama tahun lalu. Kupasan lanjut bersama Penganalisis Industri Automotif, Hezeri Samsuri tentang prospek dan dinamik pasaran EV Malaysia serta penilaian terhadap cabaran utama yang perlu diberi perhatian pada separuh kedua 2024.
AWANI Ringkas: Lepasan TVET layak berkhidmat di sektor awam
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Bursa Malaysia dibuka rendah
Bursa Malaysia dibuka rendah pada Rabu dalam persekitaran prestasi Wall Street yang lemah.
Feri ikonik Pulau Pinang tengelam akibat tali pengikat putus
SPPP ketika ini sedang berusaha menaikkan semula feri berkenaan manakala pihak bomba pula mengawal minyak daripada tumpah ke dalam laut.
Cubaan bawa masuk sarang burung dari Laos gagal
Sarang burung seberat dua kilogram yang diletakkan dalam empat bungkusan itu berjaya dikesan dengan bantuan mesin pengimbas Jabatan Kastam Diraja Malaysia sekitar pukul 11.45 malam.
Kertas siasatan kes pembunuhan Nur Farah Kartini siap sebelum Jumaat
Kertas siasatan berhubung kes pembunuhan bekas penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Nur Farah Kartini Abdullah kini hampir siap.
Kerajaan akan pastikan Internet, media sosial selamat untuk semua - Fahmi
Beliau berkata, aliran terkini menunjukkan jenayah tradisional telah mula berpindah ke alam maya termasuk media sosial.
Kes kehilangan bahan api: Enam suspek dibebaskan dengan jaminan polis
Hussein berkata polis sedang melengkapkan kertas siasatan berhubung kes kehilangan bahan api jenis kerosin JET-A1 pada 15 Julai lepas itu.
Banjir lumpuhkan Manila dan beberapa kawasan
Banjir memaksa penduduk berhampiran Teluk Manila dan kawasan sungai serta pesisir di wilayah tengah dan selatan untuk berpindah.
Bekalan elektrik terputus, 165,000 penduduk Toronto terjejas banjir
Banjir juga menyebabkan beberapa kenderaan di bandar itu terkandas di jalan yang ditenggelami air berhampiran Jambatan Dundas.
Lapan maut, dua juta terjejas banjir di Bangladesh
Keadaan banjir mungkin bertambah buruk di bahagian utara negara itu dalam beberapa hari akan datang.
UN bina penempatan bagi mangsa banjir di Brazil
Kompleks Canoas mempunyai kapasiti untuk sekitar 630 orang, dengan bilik tidur dan ruang untuk dobi, tempat makan dan kebersihan diri.
Hujan lebat di China semakin memburuk
Sebuah jalan di daerah Badong terputus akibat hujan lebat yang melanda Hubei, yang terletak di tengah China.
Bank Rakyat tawar moratorium sehingga 6 bulan kepada mangsa banjir di Sabah
Kemudahan ini ditawarkan bagi mengurangkan beban dan kesulitan yang dihadapi pelanggan sekali gus berharap dapat memberi kelegaan kepada mereka yang terjejas.
Jumlah mangsa banjir di Sabah terus meningkat
Kesemua mereka ditempatkan di empat pusat pemindahan sementara (PPS) melibatkan empat daerah.
Banjir Sabah: MCMC berjaya pulih 14 menara pemancar telekomunikasi
MCMC berjaya memulihkan 14 daripada 41 menara pemancar telekomunikasi di beberapa kawasan Pantai Barat Sabah.
Mangsa banjir di Sabah meningkat, lebih 400 orang berada di PPS
Jumlah mangsa banjir di Sabah setakat pagi ini meningkat kepada 464 orang daripada 140 keluarga yang berada di empat PPS.
Banjir: 10 sekolah di Sabah ditutup hari ini
Lebih 5,000 murid dan 307 guru terjejas, melibatkan enam sekolah di Penampang, dua di Tuaran, masing-masing satu di Papar dan Sipitang.
Mangsa banjir di Penampang meningkat, satu PPS dibuka di Putatan
Mangsa banjir di Penampang meningkat kepada 112 orang daripada 40 keluarga pagi ini berbanding 78 orang daripada 28 keluarga semalam.