AirAsia melancarkan Kempen Bantuan Banjir Pantai Timur berupa perkhidmatan membawa barang dan pekerja bantuan secara percuma ke Kota Baharu dan Terengganu serta mengadakan usaha mengumpul derma bagi kerja pemulihan selepas banjir.
Pengerusi Eksekutifnya Datuk Kamarudin Meranun berkata setakat ini, AirAsia telah mengangkut bekalan makanan sumbangan Biro Penerangan Pemuda Umno ke Kota Baharu dan syarikat penerbangan itu berjanji untuk mengangkut barang bantuan sumbangan Mercy Malaysia.
"Doa kami mengiringi semua mereka yang terjejas oleh banjir. Kami berjanji untuk melakukan segala yang termampu bagi membantu meringankan kesengsaraan dan kesusahan yang dialami mangsa serta mendoakan keselamatan dan kesejahteraan mereka," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.
Agensi bantuan yang memerlukan sokongan pengangkutan udara dipelawa menghantar permohonan mereka ke foundation@airasia.com dan maklumat tentang penyerahan serta syarat kargo akan diberi selepas dibuat penilaian.
Syarikat penerbangan itu berkata ia juga akan bekerjasama dengan Mercy Malaysia untuk melancarkan usaha mengutip derma dikenali sebagai Tabung Bantuan Banjir Pantai Timur AirAsia bagi membolehkan orang ramai menghulurkan sumbangan untuk aktiviti pemulihan.
Kempen itu akan dimulakan pada 31 Dis bagi tujuan mengumpul dana untuk kerja membersih dan membaiki sekolah dan hospital selepas banjir.
Sementara itu, Bank Rakyat hari ini mengumumkan bahawa pelanggannya yang terjejas oleh banjir akan diberi penangguhan pembayaran balik pembiayaan.
Pengarah Urusannya Datuk Mustafha Abd Razak berkata ia termasuk penangguhan bayaran ansuran sehingga enam bulan, di samping penangguhan semua tindakan litigasi dan untuk mendapatkan kembali bayaran bagi akaun tertunggak.
"Program bantuan banjir ini berkuat kuasa serta merta dan kami harap ia akan meringankan beban kewangan yang ditanggung pelanggan dalam saat-saat sukar ini," katanya dalam satu kenyataan.
Beliau berkata penangguhan itu ditawarkan mengikut kes atas permintaan pelanggan yang terjejas dan maklumat mengenainya akan disiarkan melalui laman sesawang Bank Rakyat serta notis yang disiarkan di cawangan terjejas.
Maklumat lanjut tentang kemudahan itu boleh didapati dengan menghubungi pusat panggilan Bank Rakyat melalui talian 1-300-88-12265.
Bernama
Sat Dec 27 2014
KAMARUDDIN: AirAsia turut berjanji untuk mengangkut barang bantuan sumbangan Mercy Malaysia. -Gambar fail
AWANI Ringkas: Salah laku | RUU Pekerja Gig
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
10 Berita Pilihan - (22 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Ringkas: 1MDB | Mahkamah | Bahan api
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Tumpuan Sabtu – 23 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
It's About YOUth: Project EXIT uncovers mental health struggles
Astro Shaw’s Project EXIT shines a stark light on suicide and mental health. Director Zulaikha Zakaria and producer Syakir “Mo” Zakii discuss how the series delves into the realities of mental health, friendship, and the search for hope. #ItsAboutYOUth
AWANI Tonight: PM’s travels funded by govt, not private companies - Minister
Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim’s overseas trips to five countries were funded by the government, while corporate executives covered their own costs.
AWANI Tonight: What are the implications of ICC’s arrest warrant for Israel & Hamas?
Aisya Abdul Rahman from University Malaya discusses the significance of the International Criminal Court’s recent arrest warrant for Israel’s Prime Minister and former Defence Minister, as well as the military commander of Hamas.
Situasi banjir di Terengganu, Perak bertambah buruk, Kelantan kembali dilanda
Situasi banjir di Terengganu dan Perak terus mencatatkan peningkatan, manakala Kelantan menjadi negeri terbaharu di landa banjir setakat 8 malam tadi.
AWANI Tonight: Clear gig worker sector categories needed for stronger protection
ISIS Malaysia's Farah Nabilah Abdul Rahman calls for clearer categorising of gig work sectors to enable better protection and regulations.
AWANI Tonight 22 Nov 2024
#AWANITonight with @Hafiz_Marzukhi
1. Govt, not private companies, funded PM's overseas travel, clarifies Fahmi
2. Significant or symbolic? Impact of the ICC's arrest warrant for Netanyahu
#AWANIEnglish #AWANINews
1. Govt, not private companies, funded PM's overseas travel, clarifies Fahmi
2. Significant or symbolic? Impact of the ICC's arrest warrant for Netanyahu
#AWANIEnglish #AWANINews
AirAsia bawa lebih 45 juta penumpang setakat ini - Capital A
AirAsia membawa lebih 45 juta penumpang setakat ini, mengekalkan faktor muatan yang tinggi sebanyak 90 peratus, kata Capital A Bhd.
AirAsia pacu KLIA jadi hab mega penerbangan dunia
AirAsia mengukuhkan komitmen untuk memacu keterhubungan ASEAN dan meningkatkan status rantau ini sebagai pusat transit global, setara Dubai.
76 peratus penerbangan menepati waktu yang dijadualkan - Loke
Bagi penerbangan yang menghadapi kelewatan pula sejumlah 90.2 peratus telah ditangguhkan kurang daripada dua jam manakala baki penerbangan ditangguhkan melebihi dua jam.
AirAsia tidak putus asa dapatkan lesen untuk beroperasi di Singapura
"Jangan sekat saya di Singapura," kata Tony Fernandes.
AirAsia kukuhkan rangkaian domestik, tambah 2,000 penerbangan mingguan
AirAsia akan memperluas rangkaian penerbangan domestik di seluruh Malaysia dengan menambah 2,000 penerbangan mingguan dan sejumlah 150,000 tempat duduk bagi 40 laluan utama menjelang akhir tahun ini.
AirAsia lancar dua laluan baharu ke China pada separuh kedua 2024
AirAsia akan mengendalikan sejumlah 33 laluan ke dan dari China pada separuh kedua 2024 dengan pelancaran dua laluan baharu.
Enam syarikat penerbangan sambung semula operasi di Lapangan Terbang Subang 1 Ogos
Loke berkata enam syarikat penerbangan tersebut ialah FireFly, AirAsia Malaysia, Batik Air Malaysia, SKS Airways, Transnusa, dan Scoot Pte Ltd.
Gangguan IT global: Tune Protect saran pelanggan semak polisi, kemuka tuntutan kelewatan penerbangan
Tune Protect berkata, tuntutan tersebut bergantung kepada polisi perlindungan dan tempoh kelewatan yang dialami penumpang AirAsia berikutan gangguan IT global baru-baru ini.
AirAsia perluas operasi ke Lapangan Terbang Subang, terbang ke Borneo mulai 30 Ogos
AirAsia memperluas operasinya di Malaysia ke Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah dengan dua destinasi domestik iaitu Kuching, Sarawak dan Kota Kinabalu, Sabah bermula 30 Ogos, 2024.
Rusuhan Bangladesh: 123 rakyat Malaysia dijangka tiba jam 5.10 petang - Wisma Putra
Kesemua penumpang menaiki pesawat itu pada jam 11.23 pagi waktu tempatan dan kini dalam perjalanan untuk pulang ke tanah air.