Delegasi Perancis tiba di Beirut, bincang gencatan senjata
Perdana Menteri Lubnan, Najib Mikati menerima delegasi dari Perancis di Beirut pada Khamis bagi membincangkan pelaksanaan gencatan senjata antara Hezbollah dan Israel.
Menerusi hantaran di X, Pejabat Perdana Menteri Lubnan mengatakan, perbincangan menumpukan soal pengunduran tentera Israel dari Lubnan dan pengukuhan penempatan tentera Lubnan di selatan negara itu.
Menerusi hantaran di X, Pejabat Perdana Menteri Lubnan mengatakan, perbincangan menumpukan soal pengunduran tentera Israel dari Lubnan dan pengukuhan penempatan tentera Lubnan di selatan negara itu.
Thu Dec 05 2024
Pembinaan semula infrastruktur awam Lubnan akan dipercepat
Perdana Menteri Najib Mikati, akan memimpin mesyuarat Kabinet Sabtu ini bagi membincangkan tindakan segera berhubung kerosakan dan runtuhan infrastruktur awam akibat perang.
Menerusi hantaran Pejabat Perdana Menteri Lubnan di X, tinjauan kerosakan oleh pemegang taruh berkaitan akan dimulakan selepas arahan rasmi Kabinet dikeluarkan.
Menerusi hantaran Pejabat Perdana Menteri Lubnan di X, tinjauan kerosakan oleh pemegang taruh berkaitan akan dimulakan selepas arahan rasmi Kabinet dikeluarkan.
Thu Dec 05 2024
Pejabat PM rakam takziah pemergian dua petugas RTM
Pejabat Perdana Menteri (PMO) hari ini menzahirkan ucapan takziah kepada Radio Televisyen Malaysia (RTM) atas pemergian dua petugas jabatan itu baru-baru ini.
Thu Nov 28 2024
Fokus pada mekanisme penyasaran dan asas pengelasan rakyat
Pengelasan setiap kategori pendapatan isi rumah khusus sekali kategori T15 yang baru diperkenalkan oleh kerajaan menerusi pembentangan belanjawan baru-baru ini harus diperhalusi sebaik mungkin. Jelas Pengarah Kanan, Bahagian Ekonomi dan Kewangan, Pejabat Perdana Menteri, Nurhisham Hussein, tumpuan bagi pengelasan kategori ini harus memberi tumpuan terhadap pendekatan dari segi penyasaran masyarakat oleh kerajaan serta asas pengelasan kategori yang mana ia berpotensi menimbulkan pergerakan drastik dari segi jurang pendapatan isi rumah, sekali gus memberi cabaran untuk rakyat yang benar-benar layak menikmati subsidi tertentu.
Thu Oct 31 2024
Umat Islam di UK gembira terima sumbangan al-Quran dari Malaysia
Al-Quran sumbangan Pejabat Perdana Menteri Malaysia itu lengkap dengan terjemahan yang jelas dan digunakan dalam kelas mereka yang diadakan di masjid tersebut.
Thu Oct 17 2024
Putera Mahkota Brunei berangkat ke Pameran Raja Kita
Pengiran Muda Mahkota Al-Muhtadee Billah yang juga Menteri Kanan di Pejabat Perdana Menteri Brunei, diiringi isteri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah semasa lawatan ke pameran khas itu yang dianjurkan bersempena dengan Istiadat Pertabalan Sultan Ibrahim sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17 pada 20 Julai lepas.
Mon Aug 19 2024
Jenazah Rozaid selamat dikebumikan
Jenazah Pengarah Media dan Komunikasi Strategik di Pejabat Perdana Menteri (PMO) Rozaid Abdul Rahman selamat dikebumikan di Perkuburan Presint 20, Putrajaya jam 10.50 pagi.
Mon Aug 19 2024
Pengarah Media dan Komunikasi Strategik PMO meninggal dunia
Pengarah Media dan Komunikasi Strategik Pejabat Perdana Menteri (PMO) Rozaid Abdul Rahman meninggal dunia pada Ahad.
Sun Aug 18 2024
Putera Mahkota Brunei adakan lawatan rasmi ke Malaysia
Putera Mahkota Brunei dan Menteri Kanan di Pejabat Perdana Menteri, Pengiran Muda Mahkota Al-Muhtadee Billah Sultan Hassanal Bolkiah akan mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia dari 17 hingga 21 Ogos.
Sat Aug 17 2024
Ketua Pengarah UKAS, Datuk Seri Shamsul Azri dilantik sebagai KSN baharu
Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan pada Rabu memaklumkan, pelantikan itu telah mendapat perkenanan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim.
Wed Aug 07 2024
Perbuatan Meta jelik, hina penderitaan rakyat Palestin - Pejabat Perdana Menteri
PMO Malaysia berkata, Meta telah berjanji akan membuat kenyataan susulan tindakan mereka menurunkan hantaran PM Anwar tentang Palestin
Mon Aug 05 2024
PMO kecam Meta sekali lagi turunkan hantaran Anwar bertemu pemimpin Hamas
Pejabat Perdana Menteri mengecam tindakan Meta yang menurunkan hantaran gambar perjumpaan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan pemimpin Hamas di Doha.
Wed Jul 31 2024
MAHA 2024 sasar lebih 150 penyertaan seluruh dunia - Mohamad Sabu
MAHA 2024 merupakan antara perkara yang disentuh pada Mesyuarat Kabinet yang dipengerusikan Perdana Menteri di Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya, pagi ini.
Fri Jul 19 2024
Perundangan baharu diperkenal kawal selia Badan Berkanun Persekutuan - Pejabat PM
Satu perundangan baharu akan diperkenalkan bertujuan mengawal selia Badan Berkanun Persekutuan (BBP) serta syarikat-syarikat di bawahnya.
Wed Jul 17 2024
Program MADANI Rakyat Zon Timur bermula 5 hingga 7 Julai
Ia dianjurkan oleh Pejabat Perdana Menteri (PMO) melalui Unit Penyelarasan Lonjakan Prestasi (PACU) dengan kerjasama strategik Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) dan kerajaan Pahang.
Mon Jun 24 2024