Segarkan ingatan pada satu hari di bulan April 2007.
Seorang kanak-kanak istimewa dilaporkan hilang semasa ibu bapanya membeli belah di Kompleks Beli Belah Sogo.
Perhatian dan laporan selepas itu tertumpu kepada usaha mencari Muhamad Nazrin Shamsul Ghazali atau dikenali sebagai Yin, ketika itu berusia 5 tahun.
Radar perhatian kepada insiden sebenar, bahawa kanak-kanak itu hilang semasa ibu bapanya membeli belah sedikit bertukar apabila ada wang ganjaran masuk sebagai tarikan untuk menyerahkan Yin, jika benar-benar dia diculik. Wang RM15,000 ditawarkan sekali gus cerita dan laporan di akhbar dan kaca televisyen, malah analisis, bertukar sudut pandang lagi.
Sorot perhatian beralih arah pula kepada pasangan Rohingya, yang dikatakan menculik Yin bagi mendapatkan wang tebusan.
Yin diserahkan dengan selamat kepada ibu bapanya, walaupun ada laporan menyebut bahawa Yin cuba ditukar identiti untuk dijadikan peminta sedekah _satu label atau imej yang cukup akrab dengan Rohingya. Namun, pasangan Rohingya itu tidak mengambil satu sen pun wang ganjaran yang ditawarkan.
Sejak peristiwa Yin hilang sekali gus melibatkan sama pasangan Rohingya itu, masyarakat di negara ini, mula mencari maklumat tentang siapa itu Rohingya dan dari mana asal usul mereka. Kalau sebelum itu, laporan tentang apa sahaja tentang Rohingya tidak keterlaluan dikatakan hanya bersifat negatif. Contohnya , “Rohingya ditangkap, tiada dokumen”, “Rohingya antara yang dicekup dalam Ops Kutu Rayau oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat”.
Sisi negatif tentang Rohingya itu bertitik tolak daripada ketiadaan maklumat dan kefahaman sebenar tentang diri, asal dan masalah yang dihadapi Rohingya, kaum minoriti yang dilupakan negara sendiri, Myanmar.
Disebabkan itu juga barangkali, sukar untuk masyarakat di negara ini untuk duduk dan meneliti orbit kehidupan mereka baik sebagai pelarian atau minoriti yang tertindas. Jangan tidak tahu, masalah Rohingya mirip Palestin dan Bosnia, sama-sama ditindas kerana agama dan diusir dari tanah air sendiri kerana faktor minoriti, sekali gus berkait pula dengan soal identiti. Namun anehnya, Rohingya tidak begitu mendapat pembelaan sebagaimana Palestin dan Bosnia atau Aceh sekali pun.
Sekarang, balik semula ke satu minggu di bulan Jun, 2012. Nah, Rohingya yang isunya sebelum ini tenggelam, timbul semula apabila tersiar laporan penindasan, penyeksaan dan kekejaman oleh tentera ke atas Muslim di Rakine (dahulunya dikenali sebagai Arakan).
Laporan kematian dan imej-imej dizalimi penuh tragik segera menghantar simpati yang bukan sedikit kepada masyarakat di dunia.
Di negara ini, walaupun jaraknya berpuluh-puluh ribu kilometer dari Rakine, tempat berlakunya laporan penindasan terbabit, tidak terkecuali, ada perhatian dan tempat istimewa diberikan kepada isu Rohingya ini. Bantuan kepada kaum ini segera diumumkan.
Misi kemanusiaan juga secara kilat dilancar. Apa sebabnya? Barangkali, tidak salah dikata, kefahaman terhadap akar masalah sudah dapat diteka. Maka, bentuk bantuan lebih mudah diselenggara.
Di sebalik bentuk bantuan dan perhatian yang diberikan, memahami secara lebih mendalam sejarah dan asal usul kaum ini amat dituntut. Maklumat dan kajian mengenainya dari sudut ilmiah dan kontemporari wajar dialu-alukan jika mahu masalah Rohingya dan isu pelarian ini ingin diselesaikan. Kerana itu, buku mengenai Rohingya “Air Mata
Kesengsaraan Rohingya: Penindasan, Indentiti dan Pelarian” yang saya tulis, diterbitkan atas sifatnya untuk memberikan kefahaman yang lebih meluas tentang isu ini. Naskhah terbitan InTeam Publishing ini juga tujuannya untuk segarkan ingatan sesiapa sahaja tentang Rohingya.
Kita sebenarnya tidak perlukan insiden atau tarikh tertentu untuk sentiasa ingat kepada kaum yang dilupakan ini, Rohingya.
Dr Azlinariah Abdullah
Mon Jan 28 2013
![Usah lupakan Rohingya Usah lupakan Rohingya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-04/51365568946_120x90.jpg)
![Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740002324_TBShaikhAbdulrahman.jpg)
Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.
![Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739356184_tbrubbleofbuilding.jpg)
Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.
![Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/51702459753_TBGOOGLE.jpg)
Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.
![Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41740002799_TBPutin.jpg)
Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.
![WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/51728085724_Suspectedmpoxpatie.jpg)
WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.
![ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16 ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61740001410_TBAFC.jpg)
ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.
![Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740000807_TBAFC.jpg)
Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.
![Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71736157021_wabakdenggisandak.jpg)
Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.
![WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/51726067904_tbpoliovaccine.jpg)
WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.
![Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026 Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/61735290530_TBrusia.jpg)
Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.
![Usah lupakan Rohingya Usah lupakan Rohingya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-04/51365568946_120x90.jpg)
Usah lupakan Rohingya
Segarkan ingatan pada satu hari di bulan April 2007. Seorang kanak-kanak istimewa dilaporkan hilang semasa ibu bapanya membeli belah di Kompleks Beli Belah Sogo.