Di sebalik ketibaan kedua panda Fu Wa dan Feng Yi ke Malaysia, pasangan panda atas dasar setiakawan serta pinjaman, ia turut membabitkan kos kepada Malaysia.
Untuk tempoh 10 tahun, Malaysia perlu membayar kepada China sekitar RM3 juta kepada China setiap tahun untuk membela haiwan berkenaan.
Perkara itu sepertimana dipersetujui dalam Perjanjian Kerjasama Konservasi Antarabangsa Panda Gergasi yang ditandatangani antara Malaysia dan Persatuan Pemuliharaan Hidupan Liar China pada 15 Jun 2012.
Untuk menempatkan pasangan panda, dianggarkan RM25 juta dibelanjakan untuk membina kompleks panda gergasi di Zoo Negara melibatkan kawasan eksibit khas berkeluasan 1.6 hektar.
Sejumlah RM15 juta ditanggung 1Malaysia Development Berhad (1MDB) manakala bakinya oleh kerajaan.
Kos penjagaan panda oleh Zoo Negara pula dianggarkan RM1.5 juta setahun.
Sekiranya kedua panda membiak, Malaysia perlu membayar China sebanyak RM2 juta dan hanya boleh menyimpan bayi panda itu untuk tempoh 2 tahun.
Kesediaan kerajaan China meminjamkan beruang panda itu disifat sebagai simbol keakraban hubungan kedua negara yang bakal meraikan ulang tahun ke-40 jalinan diplomatik sejak 1974.
Bantahan pinjaman
Dalam keterujaan menyambut panda ke Malaysia, ada pihak yang membantah tindakan haiwan terancam itu dipinjamkan ke Malaysia.
Tabung Alam Sedunia (WWF) Malaysia berpendapat keutamaan perlu diberikan memastikan survival haiwan itu di habitat liar.
Melainkan hasil perjanjian itu membawa pulangan positif kepada pemuliharaan panda dan hidupan liar, WWF melihat ia sebagai satu pembaziran kos.
Ini kerana kos RM3 juta setahun untuk membiayai kedua panda itu dilihat lebih baik digunakan untuk program pemuliharaan haiwan lain khususnya haiwan terancam di malaysia seperti harimau, penyu, orang utan dan badak Sumatra.
Bakal tarik pelancong
Namun jika dilihat skop lebih luas dahulunya Zoo Negara sepi sahaja kini dengan kehadiran panda, ia bakal menarik lebih ramai lagi pelancong.
Kejayaan zoo lain yang mempunyai panda membuktikan haiwan itu merupakan daya tarikan yang cukup memberangsangkan.
Daripada 300 ekor panda gergasi di dalam kurungan, lebih kurang 250 ekor di China manakala 47 ekor di negara-negara lain.
Menurut laporan The Guardian, Zoo Edinburgh berjaya memecah rekod pengunjung dengan kehadiran panda Tian Tian dan Yang Guang.
Pemiliknya Royal Zoological Society Of Scotland mendedahkan pulangan keuntungan zoo telah meningkat lebih daripada RM27 juta kepada RM81 juta pada tahun 2012.
Kedatangan pengunjung meningkat mendadak 51% dengan kehadiran panda pada 2011.
Zoo berkenaan yang mengalami defisit RM6.5 juta mencatatkan pulangan lebihan RM13 juta tahun lepas selepas ketibaan panda.
Menurut laporan itu, penjualan tiket dan barangan cenderamata sahaja mampu menampung kos menyimpan panda.
Selain itu, orang ramai juga dapat memahami hidupan liar dan belajar untuk memulihara mereka.
Tan Su Lin
Tue May 20 2014
![Kos di sebalik meminjam panda dari China Kos di sebalik meminjam panda dari China](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2014-05/41399991990_295x200.jpg)
Panda Fu Wa dan Feng Yi yang dipinjamkan China kepada Malaysia. --gambar fail
10 Berita Pilihan - (15 Ogos 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Pasukan PBB lawat Bangladesh, siasat pembunuhan protes pelajar
Pasukan penyiasat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) akan melawat Bangladesh minggu depan untuk menyiasat ratusan kematian semasa protes yang diketuai pelajar baru-baru ini, menurut pegawai badan dunia itu pada Khamis.
Gempa bumi bermagnitud 5.7 gegar timur laut Taiwan
Gempa bumi berukuran 5.7 skala richter melanda daerah Timur Laut Taiwan pada Khamis.
Angka kematian di Gaza cecah 40,000 individu
Pasukan tentera Israel melakukan tiga pembunuhan beramai-ramai terhadap keluarga-keluarga di Semenanjung Gaza dalam tempoh 24 jam lepas, mengakibatkan sekurang-kurangnya 40 rakyat Palestin terbunuh dan 107 lagi cedera, menurut sumber perubatan.
Jepun tamatkan amaran gempa bumi mega
Dalam tempoh berjaga-jaga, Agensi Meteorologi Jepun tidak melihat sebarang pergerakan gempa bumi yang luar biasa atau kerak bumi.
Rakyat UK terancam dengan imigran rampas peluang pekerjaan
Bimbang golongan imigran akan merampas peluang peluang pekerjaan menjadikan rakyat United KIngdom terutamanya mereka yang mempunyai masalah ekonomi melihat imigran sebagai satu ancaman.
Parti Pheu Thai pilih anak perempuan Thaksin calon PM
Paetongtarn, 37, adalah anak perempuan kepada jutawan yang juga bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra.
Pemilihan anak Thaksin sebagai PM Thailand dianggap tidak efektif
Pemilihan anak perempuan bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra, Paetongtarn Shinawatra, untuk menggantikan Srettha Thavisin sebagai Perdana Menteri negara itu dianggap sebagai tidak efektif.
![Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81723343252_Palestiniansmourn.jpg)
Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera
Perkhidmatan kecemasan masih tidak dapat membantu ramai mangsa dan membawa keluar mayat yang terperangkap di bawah runtuhan.
DNA mangsa kebakaran di Pagoh diperoleh, jenazah dijangka dikebumikan esok
Polis mengesahkan telah menerima laporan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) dua mayat mangsa yang rentung dalam kebakaran rumah di Kampung Paya Redan, Pagoh, Johor Jumaat lepas.
![6 maut, 10 cedera selepas pavilion runtuh akibat petir 6 maut, 10 cedera selepas pavilion runtuh akibat petir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81723440656_mayat.jpg)
6 maut, 10 cedera selepas pavilion runtuh akibat petir
Sebuah pavilion di taman di Changzhou wilayah Jiangsu, timur China runtuh akibat dipanah petir, mengakibatkan enam orang maut dan sepuluh lagi cedera, lapor Xinhua.
![ASEAN kekal rakan perdagangan terbesar China ASEAN kekal rakan perdagangan terbesar China](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81723413726_ASEANChina.jpg)
ASEAN kekal rakan perdagangan terbesar China
China menjadi rakan perdagangan terbesar ASEAN selama 15 tahun berturut-turut, manakala ASEAN menjadi rakan perdagangan terbesar China selama empat tahun berturut-turut.
![China dijangka 'selamatkan' ekonomi global sekali lagi - Penganalisis China dijangka 'selamatkan' ekonomi global sekali lagi - Penganalisis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/81703472832_MalaysiaChina.jpg)
China dijangka 'selamatkan' ekonomi global sekali lagi - Penganalisis
Tan berkata, China bakal memperkenalkan dasar agresif bagi memperkukuh ekonominya sejajar perkembangan terkini di negara itu.
![Duta Besar China ke AS: Jom melancong ke China tanpa ragu-ragu Duta Besar China ke AS: Jom melancong ke China tanpa ragu-ragu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/71722935843_tbForbiddenCity.jpg)
Duta Besar China ke AS: Jom melancong ke China tanpa ragu-ragu
Antara lain, China menyediakan layanan transit tanpa visa selama 72 jam atau 144 jam kepada pemegang pasport dari 54 negara termasuk AS.
![Budaya Baba dan Nyonya semakin diiktiraf masyarakat antarabangsa - Wong Budaya Baba dan Nyonya semakin diiktiraf masyarakat antarabangsa - Wong](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/51722762952_FestivalPeranakanM.jpg)
Budaya Baba dan Nyonya semakin diiktiraf masyarakat antarabangsa - Wong
Budaya masyarakat Baba dan Nyonya di Melaka semakin diiktiraf komuniti antarabangsa khususnya pelancong dari China, kata Pengerusi Bernama Datuk Seri Wong Chun Wai.
![Olimpik Paris 2024: Beregu lelaki Taiwan tewaskan China untuk pertahan emas Olimpik Paris 2024: Beregu lelaki Taiwan tewaskan China untuk pertahan emas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/41722788987_TBTAIWANVSCHINA.jpg)
Olimpik Paris 2024: Beregu lelaki Taiwan tewaskan China untuk pertahan emas
Mereka menumpaskan beregu lelaki nombor satu dunia dari China, Liang Weikeng-Wang Chang, menerusi keputusan 17-21, 21-18, 21-19.
![Malaysia terima hampir 1.2 juta pelancong dari China Malaysia terima hampir 1.2 juta pelancong dari China](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81722742681_TiongKingSing.jpg)
Malaysia terima hampir 1.2 juta pelancong dari China
Malaysia menerima 1,185,050 pelancong dari China setakat Mei 2024 iaitu peningkatan 194 peratus berbanding tempoh sama tahun lepas.
![China sumbang dana kepada UNRWA, tingkat bantuan ke Gaza China sumbang dana kepada UNRWA, tingkat bantuan ke Gaza](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/51722640282_tbUNRWA.jpg)
China sumbang dana kepada UNRWA, tingkat bantuan ke Gaza
Katanya, China sentiasa memberikan sokongan kepada UNRWA sementara menyeru masyarakat antarabangsa menyokong agensi itu melaksanakan misinya.
![China catat bulan Julai paling panas sejak 1961 China catat bulan Julai paling panas sejak 1961](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/71722527134_TBChinaHot.jpg)
China catat bulan Julai paling panas sejak 1961
Purata suhu di China pada bulan Julai mencapai 23.21 darjah Celsius, mengatasi 23.17 darjah Celsius yang dicatatkan pada Julai 2017.
![Malaysia harap China timbal balik kemudahan pengecualian visa 30 hari Malaysia harap China timbal balik kemudahan pengecualian visa 30 hari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81722314618_TBTokMat.jpg)
Malaysia harap China timbal balik kemudahan pengecualian visa 30 hari
Malaysia berharap China menimbal balik kemudahan pengecualian visa buat rakyat negara ini selama 30 hari seperti yang diberikan Malaysia.