Menurut satu puak, ada yang mengatakan Melayu sebenarnya punca masalah perpaduan; mereka selalu menyalahkan kaum lain ingin menggugat hak mereka sedangkan hak keistimewaan Melayu dan Bumiputera dijamin dalam Perlembagaan Persekutuan. Sultan dan Raja-raja Melayu juga dijamin kedudukannya. Islam pula menjadi agama Persekutuan ini. Maka kata mereka, bila masa pula Melayu tergugat?
Kemudian situasi diburukkan lagi dengan perbalahan menghukum dan menuduh satu kaum sebagai penceroboh dan pendatang, siapa datang dahulu ke tanah ini, semua sebenarnya pendatang dan banyak lagi ungkit-mengungkit yang berlaku (supaya satu-satu kaum ini “sedar asal-usul”). Tidak kurang juga yang mengungkit peristiwa berdarah 13 Mei; antara peristiwa terakhir yang perlu diungkit (jika “perlu”) dalam masyarakat Malaysia yang majmuk ini.
Akhirnya ramai komuniti yang “progresif” dan bukan Melayu, terutamanya di media sosial dan portal berita dalam talian terus-menerus menimbulkan persoalan; apa yang Melayu tidak puas hati sangat sebenarnya?
Benarkah Melayu “sederhana” dan “progresif” mewakili majoriti Melayu?
Kini, makin ramai Melayu Muslim yang digelar atau menggelar diri mereka “sederhana” dan “progresif” bangkit bersuara dalam isu-isu tertentu seperti pertindihan bidang kuasa perundangan sivil dan syariah negeri, fatwa yang “bercanggah dengan Perlembagaan” dan tentang kalimah Allah dalam bible di Selangor. Yang terkini ialah surat terbuka 25 Melayu “moderat” (http://www.themalaysianinsider.com/rencana/article/surat-terbuka-kepada-rakyat-malaysia-noor-farida-ariffin) yang menyeru perbahasan dan diskusi terbuka mengenai Islam dan perundangan.
Secara peribadinya, saya bersetuju dengan mereka dalam aspek perlunya pendidikan undang-undang terutama pada pandangan Islam serta perbincangan dan perbahasan adil dan terbuka tentang peranan kedua-dua jalur undang-undang ini.
Malangnya, 25 Melayu “moderat” ini yang rata-rata merupakan bekas kakitangan awam tertinggi di jabatan dan kementerian masing-masing tidak semestinya mewakili Melayu bandar yang tinggal di flat kecil dan sempit dan terpaksa berhimpit seperti tin sardin di Pandan Mewah, apatah lagi Melayu yang tinggal di tepi sawah dan yang mengambil upah menoreh getah di ceruk kampung sana.
Melayu tidak puas hati
Sebelum memasuki pendedahan rahsia terbuka tentang apa sebenarnya pendapat dan pendirian orang Melayu terhadap perundangan Islam dan autoriti badan agama ini, saya suka untuk menggambarkan apa sebenarnya Melayu fikir terhadap kaum lain dalam hidup seharian mereka.
Pahit untuk dikatakan, namun hakikatnya, seperti sudah jadi satu protokol lazim untuk Melayu Muslim menetapkan untuk tidak berurusan dengan premis perniagaan Cina. Menurut mereka, kedai dan pusat servis Cina contohnya selalu memberi cas lebih untuk perkhidmatan mereka.
Malah saya teringat juga peristiwa yang melanda saya sendiri beberapa bulan lalu di pusat servis kereta yang saya singgah untuk menghantar kereta kawan saya yang rosak untuk dibaiki. Setelah memberikan bil kepada kawan saya, dia berasa pelik dengan cas yang pada pengamatannya adalah melampau. Dia juga berkata pada saya, “Kenapa pergi kedai ni? Tu kedai Cina. Lain kali cari kedai lain!”
Golongan Melayu yang sebenarnya jarang juga mempunyai kawan bukan Melayu lain melihat golongan Cina yang “menguasai perniagaan” dan “anti-Melayu” gagal memahami bahawa hal ini sebenarnya bukan isu “Cina vs Melayu”, tetapi sebenarnya “peniaga/kapitalis opportunis vs pelanggan naïf”.
Pelanggan daripada kaum berlainan juga, jika tidak arif akan pasaran semasa akan turut menjadi mangsa penipuan.
Masalah ini sebenarnya berlaku di mana-mana sahaja negara lain, bezanya bukan sahaja terdapat jurang antara peniaga dan pelanggan naïf, malah golongan peniaga kapitalis di Malaysia kebanyakannya ialah Cina dan pelanggan naïf ini banyaknya Melayu; merumitkan lagi masalah sehingga menimbulkan stereotaip kaum.
Menyentuh pula tentang perundangan, Melayu di kawasan pedalaman terutamanya sememangnya bimbang akan kemungkinan kecairan identiti Melayu-Muslim.Mereka takut jika anak-anak mereka terbaca Bible bahasa Melayu yang ada kalimah Allah, mereka akan mempercayai serta-merta dan terus murtad.
Ramai juga antara mereka (jika tidak majoriti) menyokong penguatkuasa agama menghendap hotel bajet untuk menghalang kemungkinan zina. Sudah pasti juga mereka melihat keputusan Mahkamah Rayuan tentang isu pemakaian transgender sebagai “menggugat” kedaulatan Islam; ada juga siap mengatakan “peguam Mahkamah Rayuan boleh terlepas di dunia, tapi tidak boleh terlepas dari hukum Allah”.
Golongan ini, jauh sekali bagi mereka memahami konsep kebebasan beragama dalam konteks maqasid syariah yang kontemporari, perbahasan hukuman dosa peribadi dan banyak lagi isu perundangan. Malah tidak sikit yang menyokong ISIS!
Mungkin ada yang tertanya-tanya, apa perlunya dinyatakan salah faham Melayu di sini?
Hakikatnya, memahami isu-isu seperti ini amatlah penting kerana selagi mana Melayu masih menganggap bukan Melayu sebagai musuh dalam selimut dan takkan pernah mengalah untuk “menjatuhkan Islam dan Melayu” di Malaysia ini, kita takkan mungkin boleh membawa golongan Melayu ini duduk semeja berbincang tentang salah faham ini. Ditambah pula kumpulan ekstrim sayap kanan yang sering sahaja mengapi-apikan masyarakat ini dengan isu-isu ini.
Kita buatlah berapa banyak gabungan NGO demi perpaduan sekalipun, selagi mana Melayu yang berfikiran sebegini tidak disentuh dan disantuni, hakikatnya tidak akan terjadi dialog sebenar mengenai ketakutan Melayu ini.
Salah faham ini akan terus diceritakan turun-temurun dalam keluarga Melayu selagi tidak dibetulkan. Jika benar kita mahukan dialog, golongan inilah yang perlu didekati. Jika kita terus menerus dengan pendekatan dialog tapi membawa pendekatan yang hanya menakutkan golongan ini, anjuran dialog hanyalah tinggal retorik semata-mata.
Gerakan seperti Projek Dialog dan gabungan NGO seperti Negara-Ku, jika benar mahu memberi pencerahan terhadap salah faham dalam kemajmukan masyarakat, perlu menyedari bahawa salah faham dalam golongan inilah yang menjadi kunci kepada penyelesaian masalah perpaduan di negara ini.
Akhir sekali, penyebaran mesej perpaduan dan fitrah manusia yang inginkan keharmonian perlu digerakkan dengan lebih radikal, berani dan melangkaui zon selesa jika mahukan hasil yang disasar menjadi realiti.
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
*Wan Salman Wan Sallam ialah pembaca astroawani.com. Penulis juga di Twitter sebagai @wsalmanwsallam
**Tulisan ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili pendirian Astro AWANI.
Wan Mohd Salman Wan Sallam
Sun Dec 14 2014

Penyebaran mesej perpaduan dan fitrah manusia yang inginkan keharmonian perlu digerakkan dengan lebih berani dan melangkaui zon selesa. - Gambar Hiasan

Wartawan portal berita didakwa tuduhan rasuah Jumaat ini - Azam Baki
Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki ketika mengesahkan perkara itu berkata tindakan tersebut diambil selepas perkara itu dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya hari ini.

Wakil wanita dalam pengurusan kanan dijangka turun kepada 36.2 peratus pada 2025
Laporan bertajuk Women in Business oleh Grant Thornton mendedahkan berlaku penurunan yang membimbangkan melibatkan perwakilan wanita dalam jawatan pengurusan kanan di Malaysia.

1,821 veteran terima kenaikan kadar pencen hilang upaya
Sebanyak 1,821 veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang mengalami kecederaan semasa dalam perkhidmatan menerima Kenaikan Kadar Pencen Hilang Upaya (PHU) yang berkuat kuasa 1 Jan lepas.
AWANI Borneo [12/3/2025] – Peruntukan baik pulih| Balik kampung| Pendidikan Tinggi Percuma
AWANI Borneo bersama Assim Hassan
1. Sekolah terjejas banjir di Sabah akan terima peruntukan baik pulih
2. Lee Kim Shin beri jaminan penerbangan untuk Sarawak mencukupi untuk hari raya.
3. Senarai kursus terlibat Skim Pendidikan Tinggi Percuma Sarawak diumum November ini.
1. Sekolah terjejas banjir di Sabah akan terima peruntukan baik pulih
2. Lee Kim Shin beri jaminan penerbangan untuk Sarawak mencukupi untuk hari raya.
3. Senarai kursus terlibat Skim Pendidikan Tinggi Percuma Sarawak diumum November ini.

Panel dinding stesen LRT Masjid Jamek runtuh, tiada kemalangan jiwa - Rapid Rail
Insiden terbabit bagaimanapun tidak melibatkan sebarang kemalangan jiwa dan kerosakan besar pada struktur binaan stesen.
Thailand ramal jana RM131 bilion Sambutan Tahun Baharu
Festival Songkran menarik minat ramai pelancong khususnya daripada kalangan pelawat antarabangsa, tidak ketinggalan juga rakyat Malaysia.
Agenda AWANI: Mengurus perpaduan, cakap baik-baik
Apa cabaran terbesar dalam menguruskan perpaduan dan mempromosi hidup bersama dalam budaya damai di Malaysia? Jadikan media sosial sebagai platform semai kecintaan, bukan kebencian? Diskusi 8.30 malam
Suara Rakyat: Dulu syurga beli-belah, kini sepi daripada pengunjung
Peniaga di Kompleks Hentian Bas Majlis Bandaraya Kuala Terengganu berharap pihak berwajib dalam mengambil langkah segera menghidupkan semula Kompleks Hentian Bas Majlsi Bandaraya Kuala Terengganu yang suatu ketika dulu menjadi syurga beli belah bagi pelancong dan penduduk setempat, tetapi kini sepi.

Rusia, AS bakal berbincang dalam beberapa hari lagi - Kementerian Luar Rusia
Pegawai Rusia dan Amerika Syarikat (AS) boleh mengadakan rundingan dalam beberapa hari akan datang.

70 peratus pelajar baharu SBP, MRSM perlu pilih STEM mulai tahun hadapan - PM Anwar
Perlu ada usaha untuk menambah jumlah pelajar dalam bidang displin Sains, Teknologi Kejuruteraan dan Matematik (STEM) di negara ini, bagi menampung keperluan dalam bidang berkaitan.

"Mak terpaksa 'lepaskan' ayah kembali dalam politik" - Anak Tun Dr Ismail
Keputusan Allahyarham Tun Dr Ismail Abdul Rahman untuk kembali memimpin negara selepas hampir dua tahun berehat demi meluangkan masa bersama keluarga, mencerminkan keperibadian beliau.

Klip video amaran rusuhan, MCMC panggil TikTok beri penjelasan
Susulan penyebaran video berbaur provokasi yang tersebar di aplikasi TikTok, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah memanggil pihak pengurusan syarikat berkenaan.

Buku: Ahmad Maslan buat laporan polis terhadap Tommy Thomas
Beliau mendakwa penulisan yang terkandung dalam buku itu berbaur hasutan dan berniat jahat serta boleh menimbulkan kebencian terhadap pentadbiran negara.

Mengenang Tun Rahah: Tenaga perkasa di belakang Tun Razak
Swee Tin berkata, Allahyarham juga antara individu yang sentiasa membawa ketenangan khususnya ketika era pemerintahan Tun Razak.

Titik perpaduan beracuan ekonomi
Umumnya masyarakat menerima fakta bahawa konflik ekonomi merupakan salah satu satu faktor asas yang menimbulkan perasaan tidak puas hati dan saling mencurigai antara kaum.

Kenapa perlu bangkitkan cerita 13 Mei? - Muhyiddin
Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata, sejarah itu harus dijadikan pengajaran selain memberitahu insiden itu berada di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA).

Kenyataan '13 Mei' Jamal Yunos bersifat menghasut, polis akan ambil tindakan - KPN
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar hari ini berkata kenyataan Presiden Baju Merah, Datuk Jamal Yunos yang dimuat naik di laman Twitter peribadinya pada 21 September lalu adalah berbau hasuta

Ketakutan Melayu dan penyelesaian masalah perpaduan
Penyebaran mesej perpaduan dan fitrah manusia yang inginkan keharmonian perlu digerakkan dengan lebih radikal, berani dan melangkaui zon selesa jika mahukan hasil yang disasar menjadi realiti.

13 Mei: Elak isu sensitif, kata bekas pemimpin PERKASA
Rakyat Malaysia mesti mengelakkan memainkan isu sensitif dan menolak ekstremisme dalam memperingati 13 Mei.

Kutipan filem 'Tanda Putera' disalur semula ke dalam dana program
Kutipan tayangan filem patriotik kontroversi Tanda Putera akan disalurkan semula ke dalam dana program bagi membangun dan memberi peluang kepada lebih banyak filem-filem kenegaraan dihasilkan.