BULAN Ramadan bukan masa yang selesa untuk sebilangan penduduk di tiga wilayah selatan Thailand khususnya di Narathiwat. Semasa umat Islam berpuasa, menahan lapar dan dahaga, berlaku peristiwa berdarah di Tak Bai, menyebabkan 78 terbunuh. Peristiwa menyayat hati itu dingat sampai mati oleh mereka yang masih berdenyut sehingga kini, lebih-lebih lagi keluarga mangsa.
Kembali ke tarikh itu, 24 Oktober 2004, semasa umat Islam seluruh dunia semarak dalam keberkatan Ramadan, 6 lelaki rakyat tempatan ditahan sekali gus dituduh membekalkan senjata kepada pihak pemberontak atau pemisah. Sebelum itu kitarannya bermula di Pileng, juga dalam wilayah Narathiwat di mana sejumlah besar senjata hilang daripada gudang tentera. Kehilangan senjata juga dikaitkan dengan sentimen pemisah.
Penahanan 6 rakyat tempatan itu mengundang rasa tidak senang hati di kalangan saudara mara dan orang kesayangan suspek. Rasa tidak senang hati itu kemudiannya merebak menjadi tunjuk perasaan di beberapa buah pekan _ satu tindakan luar biasa oleh orang-orang kampung yang tidak pernah diadakan sebelum ini. Tunjuk perasaan oleh penduduk kampung itu lalu bertukar ganas apabila polis bertindak melepaskan gas pemedih mata bagi menyuraikan demonstrasi.
Sesuatu yang menjadi catatan sejarah dalam landskap politik Thailand secara keseluruhannya ialah reaksi pemerintah susulan apa yang terjadi pada 24 Oktober 2004, di bulan Ramadan itu. Semasa tangkapan ke atas ratusan penduduk kampung Tak Bai, mereka dilayan secara tidak asasi sebagai manusia. Direkod sebagai tiada sifat manusiawi _bahawa dalam keadaan lapar dan dahaga, mereka disusun seperti batu bata, sukar bernafas di dalam trak yang sempit, sejauh 240 kilometer dari Narathiwat untuk tiba ke kem di Pattani bagi siasatan susulan diadakan.
Apa yang lebih zalim dan menjadi sejarah juga, kata-kata pemimpin ketika itu, Thaksin Shinawatra. Jutawan telekomunikasi yang kurang arif tentang hal-hal agama Islam itu bukan sahaja menyokong tindakan tentera, malah dipetik berkata, “bukan sebab tentera mereka mati lemas, tetapi mereka sudahpun lemah dan tidak bermaya kerana tidak makan dan minum.”
Bergerak dari rasa kurang faham itu, menjadikan jurang penduduk beragama Islam di tiga wilayah di selatan dan penganut Buddha _ majoriti di Thailand, semakin melebar. Maka, keganasan mudah masuk apabila rasa kurang senang dan tidak faham ini muncul. Jalan lebih mudah untuk pihak-pihak lain yang cuba mengambil kesempatan lalu menjayakan misi mereka _ meneruskan keganasan, menutup pintu kedamaian. Itulah juga penyebab putaran keganasan tanpa surut di Narathiwat, Yala, Pattani, Songkhla dan Satun sejak 2004. Semua punca bercampur-campur _ saling tidak ubah seperti nasi kerabu, juadah kegemaran di wilayah bergolak itu. Ada mengaitkan dengan sentimen pemisah; tidak kurang menghubungkannya dengan dadah di sempadan. Malah, ada pula membuat kesimpulan, keganasan tanpa henti disumbang sikap tidak adil kerajaan kepada penduduk di tiga wilayah.
Pada lapis lain, tentera yang ramai berkawal di kampung-kampung, pekan dan bandar-bandar serta sekolah dan masjid turut menjadikan penduduk merasakan mereka tidak senang berada di tempat sendiri. Kepada mereka, apa lagi yang lebih bernilai jika tidak keselamatan? Tetapi dengan keselamatan, mereka tidak bebas ke mana-mana tidak di tempat sendiri. Rasa curiga kepada tentera ini juga dikatakan penyumbang kepada siri keganasan yang ada.
Atas sebab banyaknya punca keganasan dan pelbagai usaha menghapuskan huru-hara, jalan penyelesaian dicari tanpa jemu oleh pihak berkuasa Bangkok untuk sebuah keamanan. Antara jalan itu ialah meminta Malaysia menjadi fasilitator.
Tugas itu dijalankan dengan baik oleh Kuala Lumpur segera menjemput Bangkok dan kumpulan bertelagah ke meja rundingan memulakan dialog. Langkah permulaan pada 29 Mac, Bangkok dan Barisan Revolusi Nasional (BRN) adakan rundingan di Kuala Lumpur. Sehingga kini, sudah tiga pusingan rundingan diadakan, namun gagal menghentikan keganasan daripada terus berlaku.
“Keganasan kembali marak, mungkin petanda tidak setuju atau protes pihak-pihak tertentu dengan usaha yang dirangka Malaysia serta pihak berkuasa di Bangkok ke arah perdamaian,’’kata seorang rakan warga selatan Thailand, semasa kami bersembang di pentas maya. Rakan saya itu, graduan Australia National University (ANU), kini berkhidmat dalam tentera, tidak percaya jika tiada lorong bagi kembalikan selatan Thai ke pangkuan keamanan. Bagaimanapun, rakan saya, Bhoomjit Bhoominath , yang saya panggil Chat itu menolak model selatan Filipina diaplikasi di selatan Thailand. Katanya, selatan Thai tidak sama seperti selatan Filipina. “Tentera di selatan Filipina memerangi MILF , tetapi kami di sini “berperang” dengan banyak kumpulan pemisah. BRN ada, PULO pun begitu juga. Tidak kurang RKK, kumpulan ronda kecil ditubuhkan orang kampung untuk tentang kerajaan. Mahu berunding pun sukar,’’ujar Chat.
Namun kesukaran itu bukan satu penghalang. Ketika Bangkok tidak putus-putus dengan usaha mahukan selatan Thai aman, Malaysia tetap komited dengan peranannya sebagai fasilitator. Sebab itu, satu gencatan diminta dipatuhi oleh kedua-dua belah pihak terutamanya BRN sepanjang bulan Ramadan. Antara lain, gencatan merangkumi penggantungan aktiviti keganasan di tiga wilayah. Sebagai syarat di pihak BRN pula, tentera perlu mengundurkan sebahagian besar tentera yang berkawal di banyak kawasan di Narathiwat, Yala dan Pattani.
Gencatan itu dilihat langkah perintis untuk mengurangkan keganasan di selatan Thailand. Selebihnya, ada yang melihat ia bertujuan memberi nyaman kepada kepanasan hati sebilangan penduduk yang masih menyimpan kesumat kepada tentera atas apa yang berlaku pada satu hari di bulan Ramadan, hampir 10 tahun lalu.
Dr Azlinariah Abdullah
Mon Jul 15 2013
'Zhuhai Airshow' kembali menemui pencinta aeronautik
Pertunjukan penerbangan dan pameran aeroangkasa antarabangsa terbesar China kembali menemui peminat industri aeronautik yang membuka tirainya pada Selasa. Pertunjukan udara Zhuhai yang kembali bagi tahun ke-15 itu mempamerkan pelbagai jenis pesawat berteknologi tinggi yang dihasilkan oleh China dan pelbagai negara lain, termasuk aset ketenteraan.
Tumpuan Rabu – 13 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
China terus beri tekanan kepada Filipina
Isu laut China Selatan terus memuncak antara Filipina dengan China. Filipina mendakwa China tidak berhenti memberi tekanan untuk menyerahkan hak kedaulatannya di lautan itu.
10 Berita Pilihan - (12 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Aktor Korea Selatan, Song Jae Rim, meninggal dunia
Punca kematian masih disiasat, namun polis memaklumkan tidak menemui sebarang unsur jenayah setakat ini.
New Zealand buat permohonan maaf
New Zealand menawarkan permohonan maaf kepada mangsa dan keluarga ratusan ribu orang muda dan golongan rentan yang mengalami penderaan fizikal dan seksual di institusi jagaan sejak 70 tahun lalu.
Israel bawa bencana alam sekitar di Gaza - Erdogan
Erdogan menuntut agar mereka yang bertanggungjawab dibicarakan di mahkamah antarabangsa dan diberi hukuman setimpal.
Anugerah usaha tegas cungkil bakat kesenian artis muda
Seni bukan hanya sekadar karya perhiasan semata-mata tetapi ia adalah simbol mengungkap banyak mesej tersirat dalam setiap coretan lukisan.
Pengerusi Pertandingan Seni Warisan Usaha Tegas 2024, Henry Tan berkata, penganjuran anugerah berprestij lebih dua dekad itu bagi mengembang bakat pelajar seni tempatan dengan objektif menonjolkan kekayaan warisan negara.
Pengerusi Pertandingan Seni Warisan Usaha Tegas 2024, Henry Tan berkata, penganjuran anugerah berprestij lebih dua dekad itu bagi mengembang bakat pelajar seni tempatan dengan objektif menonjolkan kekayaan warisan negara.
Siasatan kerugian pelaburan diguna tambah baik tatakelola
Dapatan audit dalaman dan siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkaitan kerugian pelaburan bernilai RM43.9 juta dalam FashionValet Sdn Bhd (FashionValet), akan digunakan untuk menambah baik tatakelola Khazanah Nasional Bhd (Khazanah)
Pengamal media bantu bendung elemen negatif di media sosial - Fadillah
Pengamal media sebagai rakan komunikasi strategik kerajaan perlu bersama membantu membendung elemen negatif di media sosial termasuk buli siber dan menangkis berita palsu.
Isu selatan Thailand: Cabaran besar menanti Kabinet Srettha
Pentadbiran Perdana Menteri Srettha Thavisin dikhuatiri berdepan cabaran besar dalam menyantuni isu selatan Thai, jelas mantan penasihat kepada Thaksin Shinawatra.
Selatan Thai: PEDP-RTG, BRN setuju bentuk Pelan Komprehensif Kerjasama ke Arah Pendamaian
Pelan hala tuju itu untuk kedamaian bagi komuniti Patani di Wilayah Sempadan Selatan Thailand dan mewujudkan peluang menamatkan konflik.
Proses damai di Selatan Thai: Barisan Revolusi Melayu Patani mahukan jaminan keselamatan
Barisan Revolusi Nasional Melayu Patani (BRN) menuntut kerajaan Thailand memastikan keselamatan anggotanya yang menyertai rundingan awam ke arah perdamaian kekal di selatan.
Dialog Selatan Thai: Panel Kerajaan Thailand dan BRN capai tiga substantif
Mesyuarat Rasmi Proses Dialog Damai Selatan Thailand Kali-4 secara bersemuka antara Panel Kerajaan Thailand dan Barisan Revolusi Nasional (BRN) capai tiga substantif secara prinsip am.
Tak peduli pandangan serong, wanita Melayu ini berani jadi renjer di wilayah bergolak
Berpasangkan niat mahu menolong orang kampung serta membantu membawa keamanan berpanjangan ke wilayah itu, dia tekad mengenepikan pandangan serong.
Manfaatkan Asean 2019 untuk cari penyelesaian isu Selatan Thailand
Pemimpin Asean harus memanfaatkan Sidang Kemuncak Asean 2019 di Bangkok untuk mencari jalan penyelesaian terhadap isu berpanjangan Selatan Thailand.
Polis Thailand dakwa 129 penjenayah berlindung di Malaysia
Penjenayah yang berlindung di Malaysia itu terlibat pelbagai kesalahan termasuk pengedaran dadah dan pembunuhan.
Sembilan lelaki terlibat plot pengeboman di Bangkok dihukum penjara
Sebuah mahkamah di sini menjatuhkan hukuman penjara antara empat hingga enam tahun terhadap sembilan lelaki dari selatan Thailand kerana terlibat dalam plot untuk mengebom tempat strategik di Bangkok
Mara Patani gesa kerajaan Thai siasat kematian dua remaja lelaki
Mara Patani menggesa kerajaan Thai agar menyiasat dengan teliti insiden di Daerah Ruso, Narathiwat, baru-baru ini yang mengakibatkan dua remaja lelaki ditembak mati.
Seorang maut, lima cedera dalam ribut di selatan Thai
Sebatang pokok berusia 100 tahun tumbang akibat ribut dan menghempap sebuah rumah di Mukim Tungnui, menyebabkan seorang wanita maut.