Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) Kelantan akan memberi lebih fokus kepada golongan muda pada sambutan Hari Kemerdekaan Ke-57 tahun ini.
Pengarahnya Datuk Makhtar Mustapha berkata ini bagi menyemai jati diri kebangsaan dalam kalangan golongan muda yang semakin pupus.
"Kita telah merangka beberapa program yang sesuai untuk golongan remaja pada bulan Kemerdekaan ini. Program itu dijangka diadakan selama tiga hari bermula 29 Ogos," katanya.
Terdahulu, beliau menghadiri Majlis Mesra Aidilfitri anjuran Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam Malaysia (Puspanita) Cawangan JPP Kelantan dan Kelab Media Kelantan Darul Naim (Kemudi) di Kompleks Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) di sini, hari ini.
Majlis itu yang dihadiri kira-kira 1,500 orang dirasmikan Ketua Pengarah Unit Penyelarasan dan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Shukry Mohd Salleh.
Makhtar berkata lebih 100 badan bukan kerajaan (NGO) akan menyertai acara sambutan Hari Kemerdekaan Ke-57 di Kelantan.
Beliau turut menggalakkan rakyat negeri ini untuk mengibarkan Jalur Gemilang bagi menggalakkan rasa cinta kepada negara.
Para pemilik bangunan juga diminta mengibarkan Jalur Gemilang sepanjang bulan Kemerdekaan ini, katanya.
Bernama
Sat Aug 09 2014
Ketua Pengarah Unit Penyelarasan dan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri ,Tan Sri Shukry Mohd Salleh (tiga, kanan) beramah mesra bersama mualaf. - Foto BERNAMA
Shah Rukh Khan teruja kembali ke Malaysia
"Saya bukanlah orang yang penting untuk dianggap sebagai rakan tetapi saya adalah rakan bagi Malaysia dan UAE."
Moscow lancar peluru berpandu hipersonik Oreshnik, Zelensky gusar
Zelenskyy "secara langsung menuduh sekutunya di barat meninggalkannya tanpa perlindungan ketika menghadapi tindakan Rusia."
China bakal laksana dasar visa percuma untuk sembilan negara lagi
Pengecualian visa akan diberikan kepada pemegang pasport biasa dari Bulgaria, Romania, Croatia, Montenegro, Macedonia Utara, Malta, Estonia, Latvia dan Jepun secara percubaan.
Piala Malaysia: Perak mula bergaya, KDA belum selamat
Perak FC merobek gawang KDN FC menerusi Clayton Da Silva yang menanduk masuk hantaran Adilet Kanybekov pada minit ke-22.
Masyarakat pelbagai linguistik jadi pemangkin keharmonian Malaysia
Masyarakat itu bukan sahaja tahu untuk berkomunikasi, tetapi juga menghargai kepelbagaian budaya dan bahasa yang ada di sekeliling mereka.
Misi Jelajah Dunia Akhir BWF Aaron-Wooi Yik terima tamparan
Aaron-Wooi Yik terpaksa akur dengan kehebatan pasangan tuan rumah He Ji Ting-Ren Xiang Yu dalam aksi yang berlanjutan ke set penentuan.
Kerajaan Pahang tingkatkan Bantuan Prihatin Pahang Siswa kepada RM14.18 juta
Peningkatan RM6.18 juta itu bagi membolehkan peruntukan BPP Siswa diagihkan kepada 19,525 mahasiswa daripada pelbagai IPT.
RM10 untuk dapatkan salinan sijil SPM di Program 2TM
Harga asal bagi penggantian sijil SPM ialah RM30 dan 'kadar istimewa' itu hanya berlangsung hingga hari terakhir program pada Ahad ini.
KKDW perkenal konsep Smart Village, perkasa komuniti desa dengan teknologi moden
Projek rintis 'Smart Village' KKDW akan diadakan di tiga kampung yang memenangi Anugerah Desa MADANI (ADM) 2024.
Empat projek sedang, bakal dilaksana JPS atasi risiko banjir akibat air pasang besar
Sebanyak empat projek sedang dan bakal dilaksanakan JPS Melaka di beberapa lokasi pesisir pantai negeri ini bagi mengurangkan risiko banjir berikutan fenomena air pasang besar.
Kuasa belia dilihat sebagai kunci masa depan ASEAN-China
Golongan muda berfungsi sebagai penghubung penting dalam memupuk hubungan ASEAN-China yang lebih erat.
Kerajaan terus beri galakan kepada pemaju komited dengan pembinaan RMM - Fadillah
Kerajaan akan terus memberi galakan menerusi pelbagai insentif termasuk pelepasan cukai dan akses kepada tanah yang lebih strategik kepada pemaju yang komited dengan pembinaan rumah mampu milik (RMM)
Ibu bapa perlu luang lebih masa, interaksi bersama anak
Isteri Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menasihatkan ibu bapa agar meluangkan lebih masa dan berinteraksi bersama anak-anak bagi memupuk hubungan lebih harmoni.
Aplikasi Facebook dikemas kini untuk menarik pengguna lebih muda
Ciri terbaharu ini sedang diuji di Amerika Syarikat dan Kanada.
FWD perkukuh program celik kewangan, lebih 15,000 pelajar dijangka terima manfaat
FWD Insurance berganding bahu dengan organisasi-organisasi tempatan untuk meningkatkan ilmu kewangan pelajar dari segenap peringkat usia.
Golongan muda 'penentu' PRK Mahkota, cabaran BN pastikan kemenangan lebih baik
Ku Hasnan berkata, golongan muda mendominasi jumlah pengundi DUN Mahkota, menjadikan parti yang bertanding perlu bijak menambat hati mereka.
Amanat Hari Kebangsaan: Anak muda, jangan jadi perkakas murahan atas nama kaum, agama - PM
Perdana Menteri menasihatkan golongan muda untuk banyak membaca, mencari kebenaran dan tidak terpedaya dengan dakyah palsu.
Himpunan Solidariti Raja, Rakyat Berpisah Tiada berlangsung aman di Kuantan
Himpunan solidariti Raja dan Rakyat Berpisah Tiada anjuran Majlis Mahasiswa Anak Pahang (MAMPAN) di hadapan Masjid Sultan Ahmad 1 di sini petang tadi berlangsung dengan aman.
Kerajaan giat gerak inisiatif jadikan TVET pilihan utama pelajar - Mustapha
Usaha memperkasa aliran TVET oleh Kerajaan MADANI dapat dilihat menerusi peruntukan RM6.8 bilion dalam Belanjawan 2024.
Kebankrapan di Jepun meningkat ke tahap tertinggi dalam sedekad - Tinjauan
Kebankrapan korporat di Jepun meningkat sebanyak 22 peratus tahun ke tahun ke tahap tertinggi dalam sedekad pada separuh pertama tahun ini.