Ana Raffali selamat melahirkan seorang bayi lelaki Khamis lepas.

Penyanyi dan penulis lirik ini berkongsi berita gembira ini dengan memuatnaik gambar putera sulungnya di laman Instagram semalam.

Dalam status di Instagram dan turut dikongsi di Twitter dan Facebook rasminya, Ana menyatakan anaknya dilahirkan pada 12 Februari lalu secara normal.



Peminat tidak ketinggalan mengucapkan tahniah melalui platform media sosial.






Penyanyi berusia 29 tahun ini berkahwin dengan Ahmad Aznaim Abdullah pada Februari 2012 selepas tujuh tahun percintaan.