Peminat jenama kamera foto langsung jadi ataupun instant photo, Polaroid sangat teruja dengan keluaran terbaru jenama itu, Socialmatic.

Mereka kini boleh membuat pesanan awal untuk kamera yang akan dikeluarkan 1 Januari depan.

Polaroid Socialmatic adalah kamera dua fungsi yang boleh mencetak foto terus selepas dirakam dan berkongsinya terus di media sosial.

Polaroid bekerjasama dengan ADR Studio untuk membangunkan Socialmatic pada Mac 2013.

Dalam menjayakan kamera ini, Polaroid menjadi pembekal komponen yang diperlukan bagi merevolusikan kamera tradisional Polaroid.

Pesanan awal kamera 14 megapixel ini boleh dibuat di Amazon pada harga AS$299.99.

Selain mencetak gambar, pengguna juga boleh melihat gambar terlebih dahulu di skrin 4.5 inci pada kamera itu dan menyimpan gambar pada storan dalaman kamera selain kad micro SD.

Disebalik kesediaan sokongan Bluetooth dan GPS pada Socialmatic, perkongsian gambar ke media sosial perlu dihubungkan dengan Wifi kerana ia tidak dilengkapi rangkaian selular.