Kata kunci "Selamat Hari Batik Nasional" antara yang paling trending hari ini.

Presiden Susilo Bambang Yudhoyono mengucapkan Selamat Hari Batik Nasional kepada seluruh rakyat Indonesia yang disambut hari ini menerusi laman Twitter rasminya.

Beliau juga menyeru seluruh bangsa Indonesia agar memartabatkan batik sebagai satu identiti dan kebanggaan negara itu.

Status itu diretweet lebih 1,500 kali dan mendapat ratusan favourite.


batik

Dimulakan sejak tahun 2009, Hari Batik Nasional ditetapkan pada 2 Oktober setiap tahun bagi memperingati batik sebagai warisan kemanusiaan dan budaya.

Tanggal tarikh itu, setiap masyarakat negara itu daripada pelajar, karyawan, ahli perniagaan kepada pemerintah disaran mengenakan pakaian bernuansa batik.

Batik disifatkan bukan sekadar satu motif atau corak semata-mata, tetapi satu budaya yang kuat berakar dalam diri masyarakat.

Selamat Hari Batik Nasional, warga Indonesia!