KUALA LUMPUR: Seawal 6 pagi, Lai Joo Lian, 70, dan suaminya John Roland Goh, 71, sudah mula berdandan serta melakukan persiapan bagi menyertai program Keretapi Sarong 2023 (KS2023) yang berlangsung hari ini.
Mengenakan busana tradisional Peranakan Baba dan Nyonya iaitu kebaya pendek dan kain sarung serta baju batik Malaysia, riak wajah pasangan suami isteri itu kelihatan begitu teruja kerana ini merupakan kali pertama mereka menyertai program tersebut.
Lai, yang lebih mesra disapa Aunty Joo, berkata KS2023 telah membawa beliau mengimbau nostalgia saat remajanya selain berpeluang melihat pelbagai jenis dan corak pakaian generasi muda hari ini.
"Program ini turut memberi peluang kepada saya untuk bercerita kepada generasi muda tentang pakaian masyarakat Peranakan. Saya gembira ramai anak muda yang ingin tahu keunikan masyarakat Baba dan Nyonya," kata Aunty Joo yang merupakan generasi ketiga kaum Peranakan.
Kebaya pendek dan kain sarung adalah busana tradisional kaum Peranakan Cina Baba dan Nyonya yang dipakai setiap hari.
Pakaian itu dipadankan dengan aksesori batu berlian, kasut sulaman manik dan paling unik, kipas tangan bercorak batik yang boleh dijadikan topi.
Bagi suami Aunty Joo, Roland, program KS2023 adalah platform yang menyatupadukan bangsa di Malaysia melalui busana tradisional etnik masing-masing.
"Tidak kira tua atau muda, hari ini semua bangsa berkumpul dan mempamerkan keindahan budaya serta keunikan patriotisme yang hanya terdapat di Malaysia.
"Kami pernah tinggal di Scotland hampir 10 tahun tetapi bak kata pepatah 'hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri' lebih baik di negeri sendiri. Ungkapan itu amat tepat, kami tidak dapat rasa perasaan ini di negara lain. Saya bangga jadi rakyat Malaysia," katanya.
Lebih 10,000 peserta pelbagai kaum dan usia menyertai program Keretapi Sarong 2023 yang bertujuan menyemai semangat cintakan negara sempena sambutan Hari Malaysia hari ini.
-- BERNAMA / Amirul Mohd Sajadi
Bernama
Sat Sep 16 2023
Lai Joo Lian (kiri) dan suaminya, John Roland Goh (kanan) dan ibunya Song Yoke Lan bergambar di rumah mereka di Taman Suria, Cheras sebelum menghadiri Program Keretapi Sarong sempena Hari Malaysia 2023 hari ini. - Bernama
Kedutaan Malaysia di Bangkok bantu cari warga Sarawak yang hilang
Beliau mengarahkan pasukannya untuk bekerjasama dengan keluarga Andy Jee Ying Kit, yang dilaporkan tiba di Bangkok pada 8 Januari.
Sebagai Pengerusi ASEAN, Malaysia beri tumpuan kepada tenaga, ketersambungan - PM Anwar
Selain itu, Anwar berkata, ASEAN juga akan melibatkan diri secara membina dengan kuasa global utama sambil melindungi kedaulatannya.
Penalti Safawi bantu TFC atasi PSM Makassar FC 1-0
Dengan kemenangan itu, TFC menduduki tangga kedua kumpulan dengan berkongsi tujuh mata bersama PSM Makassar.
Warga asing terlibat kebakaran kilang gas meninggal dunia
Mangsa mengalami kesan kebakaran tahap tiga dan disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan Hospital Tunku Ampuan Rahimah, Klang.
ASEAN ambil pendekatan berhati-hati dalam isu Myanmar, kritikal untuk pastikan keamanan - PM Anwar
Pendekatan ASEAN bukanlah dalam bentuk menguatkuasakan sistem tertentu, sebaliknya memastikan wujudnya keterangkuman dan keamanan.
Sarawak kuat kuasa perintah vaksinasi antirabies baharu
Dr Rundi berkata semua anjing di Sarawak kini diwajibkan untuk menjalani vaksinasi antirabies dan menerima suntikan penggalak tahunan.
Prabowo puji kabinetnya atas komitmen pada tiga bulan pertama
Beliau menekankan komitmen dan etika kerja menteri dan timbalan menteri, serta memberi penekanan kepada fokus berkhidmat untuk rakyat.
Kelahiran bayi di Korea Selatan pada November tertinggi dalam 14 tahun
Ini merupakan kenaikan tahun ke tahun terbesar sejak November 2010, apabila kelahiran meningkat sebanyak 17.5 peratus.
Sarawak perlukan tenaga kerja berkemahiran tinggi dan inovatif - Abang Johari
Untuk mencapai matlamat itu, Sarawak akan memberi tumpuan kepada pelaburan dalam pendidikan dan pembangunan kemahiran.
Thailand lancar video AI untuk pulihkan keyakinan pelancong China
Video tersebut bertujuan untuk memulihkan kepercayaan dan keyakinan pelancong China terhadap keselamatan di Thailand.
Keretapi Sarong terima Anugerah Best ASEAN Cultural Preservation Effort 2025
Acara ikonik tahunan Keretapi Sarong menerima Anugerah Best ASEAN Cultural Preservation Effort 2025 daripada ASEAN Tourism Association (ASEANTA).
Keretapi Sarong 2023: Pasangan Baba dan Nyonya teruja kongsi budaya Peranakan
Aunty Joo berkata, KS2023 telah membawa beliau mengimbau nostalgia saat remajanya selain berpeluang melihat pelbagai jenis dan corak pakaian generasi muda hari ini.
Ribuan sertai Keretapi Sarong 2017 sempena Hari Malaysia
Mengenakan kain sarung dan kain pelikat yang pelbagai warna dengan pelbagai gaya, peserta melangkah dengan bangganya dari lima stesen Transit Aliran Ringan (LRT) dan Transit Aliran Massa (MRT).