KUALA LUMPUR: Lebih 40 rekaan batik yang dihasilkan oleh Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dipamerkan pada Pameran Synthesis di Galeri Prima, Balai Berita The New Straits Times Press di sini bermula hari ini hingga 18 Sept depan.
Menerusi perkongsian di laman Facebook Istana Negara, Raja Permaisuri Agong telah berkenan berangkat menyempurnakan majlis perasmian pameran itu semalam.
Turut berangkat Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Afzan Aminah Hafidzatullah Binti Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Menurut Istana Negara, Galeri Prima adalah galeri seni persendirian pertama mendapat perkenan Raja Permaisuri Agong untuk mempamerkan karya eksklusif baginda iaitu batik cetakan blok yang merupakan antara teknik pembuatan batik tradisional tertua di Malaysia.
Baginda turut memperkenan Galeri Prima mempamerkan 12 karya pelukis batik terbaik negara iaitu Ramli Malek di antara tahun 1943 hingga 1982 dan beberapa karya yang dipamer adalah sebahagian daripada koleksi seni persendirian Seri Paduka serta tidak pernah dipamerkan kepada umum sebelum ini.
Pameran itu turut menampilkan 42 karya seni 37 artis tempatan terkenal dan baharu seperti Datuk Chuah Thien Teng, Chuah Seow Keng, Yusof Ghani, Abdullah Jones, Fauzin Mustafa, Mastura Abdul Rahman, Zaharin Muhammad serta Raja Azhar Idris.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Aug 08 2022

Galeri Prima adalah galeri seni persendirian pertama mendapat perkenan Raja Permaisuri Agong untuk mempamerkan karya eksklusif baginda. - Foto Facebook Istana Negara
Penerima pendidikan tinggi percuma tidak terikat berkhidmat di Sarawak
Anak Sarawak yang menerima tawaran pendidikan tinggi percuma oleh kerajaan negeri tidak terikat untuk berkhidmat di Sarawak apabila tamat pengajian.
Kerajaan Sarawak sedia bincang skop kerjasama Petros-Petronas - Abang Johar
Kerajaan Sarawak bersedia mengadakan perbincangan dengan Kerajaan Persekutuan bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Pemilihan CEC DAP: Chow Kon Yeow umum bertanding
Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow mengesahkan akan bertanding pada pemilihan Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP bulan depan.

Paus Francis stabil selepas alami masalah pernafasan - Holy See
Paus Francis yang sedang menerima rawatan akibat radang paru-paru telah melalui malam yang tenang selepas mengalami serangan asma.

Malaysia selaku Pengerusi ASEAN utamakan usaha damai di selatan Thailand - Thaksin
Thaksin berkata lawatannya ke selatan Thailand susulan perbincangan beliau dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim, baru-baru ini.

Polis buka 15 kertas siasatan penipuan pelaburan saham didalangi 'Datuk'
Dalam tempoh 19 Jan hingga Khamis lepas, pihaknya menerima 32 laporan membabitkan kes berkenaan yang melibatkan sebuah syarikat dengan kerugian lebih RM1.3 juta.
Penindasan etnik Rohingya ujian kredibiliti ASEAN
Bekas Menteri Luar, Tan Sri Syed Hamid Albar berkata sebagai Pengerusi ASEAN pada tahun ini, peranan Malaysia datang dengan harapan dan jangkaan yang tinggi dalam mencari penyelesaian kepada krisis tersebut.

KKM sedia bekerjasama tangani peningkatan CKD
KKM alu-alukan pandangan semua pihak sama ada NGO, swasta mahupun agensi kerajaan berkaitan untuk menghasilkan inisiatif yang berkesan.
Kerajaan tidak campur urusan penguatkuasa
Anwar menegaskan kerajaan tidak mencampuri urusan badan penguat kuasa dalam mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak.

Ismail Sabri masih perlu pemantauan rapi doktor
Ismail Sabri dilaporkan telah sedar sepenuhnya petang semalam namun masih memerlukan pemerhatian rapi daripada doktor.

Debat asal usul batik, netizen Malaysia-Indonesia masih 'bertempur' di alam maya
Sejurus menerima hadiah baju batik daripada peminat, IShowSpeed bertanya kepada pemandu pelancongnya berhubung negara asal batik.

Keretapi Sarong 2023: Pasangan Baba dan Nyonya teruja kongsi budaya Peranakan
Aunty Joo berkata, KS2023 telah membawa beliau mengimbau nostalgia saat remajanya selain berpeluang melihat pelbagai jenis dan corak pakaian generasi muda hari ini.

Sertai Batik Fun Walk 2023 untuk eksplorasi gaya hidup aktif berwarna-warni!
Peluang beriadah dan menjalani aktiviti kecergasan dengan fesyen batik di Kuala Lumpur.

Cuaca panas beri kelebihan kepada perusahaan batik di Kelantan
Malah menurut pengusaha batik, aktiviti menjemur untuk mengeringkan kain batik menjadi lebih cepat berbanding biasa.

Aksesori batik buatan tangan pikat generasi muda
Motif batik semakin mendapat tempat di hati anak muda bukan sahaja melalui pakaian, namun kini turut diketengahkan dalam aksesori wanita menerusi pelbagai teknik seni kraf.

Indonesia rai pemimpin G20 dalam majlis gilang-gemilang
Kehadiran mereka disambut Presiden Indonesia, Joko Widodo atau Jokowi serta isteri, Iriana dengan mengenakan pakaian tradisi adat Bali.

Batik rekaan Permaisuri Agong dipamer di Pameran Synthesis
Raja Permaisuri Agong telah berkenan berangkat menyempurnakan majlis perasmian pameran itu pada Isnin.

Hari Batik Malaysia meriah di Astro AWANI
Penyampai yang tampil di kaca televisyen sepanjang hari ini juga segak dan menawan dalam gaya batik pilihan masing-masing.

RMK-12: Pengusaha batik, penggiat seni Kelantan harap tidak dipinggirkan
Kalangan pengusaha dan peniaga batik serta kesenian di Kelantan mula menyusun strategi perniagaan bagi meneruskan kelangsungan.

Berjaya Corporation Bhd umum batik sebagai pakaian rasmi bagi promosi seni dan budaya Malaysia
Berjaya Corporation Bhd mengumumkan pemakaian pakaian batik sebagai pakaian rasmi untuk semua kakitangan syarikat itu.