Dunia terkejut apabila pertahanan Brazil David Luiz tersenarai dalam kesebelasan dunia FIFA/FifPro.

Telegraph UK melaporkan badan pemain bola sepak profesional, FifPro menyatakan 'Team of the Year' dipilih berdasarkan undian yang dibuat 23,383 pemain dari 58 negara.

Wartawan dan peminat tidak terlibat dalam undian ini. Ini bermakna para pemain profesional mengiktiraf David sebagai salah seorang pertahanan terbaik di dunia.

Penulis laporan itu, Jason Burt turut menyatakan keputusan yang dibuat lebih 23,000 pemain dan jurulatih bekas Paris St Germain (PSG), Carlo Ancelotti adalah lebih matang berbanding troll terhadap pemilihan David di media sosial.

Baginya lagi, David Luiz adalah pemain pertahanan yang hebat dan pemimpin yang layak untuk berada dalam pasukan Fifa tahun.

Kenapa pemilihan David Luiz disindir? Mungkin ramai yang menghukum David berdasarkan persembahan buruknya semasa Piala Dunia bersama Brazil tahun lalu.

Skuad bimbingan Luiz Felipe Scolari itu diaibkan di halaman mereka sendiri 1-7 kepada juara dunia, Jerman.
Selain itu ramai juga berkongsi gambar pengurus Chelsea, Jose Mourinho yang sedang ketawa kononnya ketawa sinis terhadap penyenaraian David dalam World XI.

David pernah beraksi bersama Chelsea bersama Mourinho. Laporan menyebut Mourinho membuat keputusan untuk menjual David kerana tidak berpuas hati dengan persembahannya.

Tuah berpihak kepada Mourinho kerana berjaya menjual David kepada PSG dengan bayaran 50 juta pound.

Mungkin itu reaksi wartwan dan peminat bola sepak. Bagi bekas pemain dan pertahanan Liverpool ia satu yang mengejutkan.

Pemerhati dan blogger sukan tempatan, Rizal Hashim yang merupakan salah juri Ballon D'or menyatakan David mempunyai pengaruh positif dan serba boleh.

Troll demi troll terhadap pemilihan itu dibuat, antaranya menggunakan salah satu babak animasi daripada siri the Simpsons.


Senarai kesebelasan dunia terbaik dikeluarkan FIFA pada Isnin selepas anugerah Ballon D'or.