CHELSEA 2 BURNLEY 2
Pertahanan Chelsea, David Luiz, mendakwa Burnley bermain secara "anti-bola sepak" ketika terikat 2-2 dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) di Stamford Bridge, awal pagi tadi.
Burnley di depan hasil jaringan Jeff Hendrick sebelum N'Golo Kante yang dikeluarkan dalam separuh masa ekoran kecederaan dan Gonzalo Higuain meletakkan Chelsea di depan menerusi jaringan yang hanya berselang dua minit.
Ashley Barnes, bagaimanapun, menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-24 dan pelawat mengekalkan keputusan itu untuk meraih satu mata penting bagi menjauhi zon penyingkiran.
Ketegangan meletus pada penghujung perlawanan dengan Maurizio Sarri diarahkan keluar padang sebelum pemain dan pegawai daripada kedua-dua pasukan terlibat dengan pergaduhan selepas tamat perlawanan.
Pergaduhan itu berlarutan sehingga ke terowong dengan Antonio Rudiger, yang tidak beraksi dalam perlawanan itu kelihatan bersikap provokatif dan Luiz menuding jari terhadap pendekatan permainan Burnley dalam sidang media selepas perlawanan.
"Kami mencuba segala-galanya untuk memenangi perlawanan ini," kata pemain kebangsaan Brazil itu kepada Sky Sports.
"Ia amat sukar apabila anda berdepan pasukan yang hanya memperoleh dua peluang tetapi menjaringkan dua gol dan tidak mahu bermain.
"Ia anti-bola sepak.
"Mereka sentiasa membazirkan masa terutama apabila mendapat bola.
"Pemain mereka akan terbaring di atas padang dan menghentikan perlawanan.
"Terdapat 11 pemain mereka di dalam kotak dan amat sukar untuk memperoleh jaringan ke atas pasukan seperti itu," katanya.
Keputusan seri itu menyaksikan Chelsea gagal melonjak ke tangga ketiga EPL untuk kini menduduki tangga keempat.
Astro Arena
Tue Apr 23 2019

David Luiz (kanan) tuduh Burnley tidak mahu bermain bola dan sengaja membuang masa. - Foto Stadium Astro.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Dyche tolak dakwaan anti-bola sepak
Pengurus Burnley, Sean Dyche, menolak dakwaan pasukannya bermain secara "anti-bola sepak" selepas mengikat Chelsea 2-2 dalam saingan Liga Perdana Inggeris, awal pagi Selasa.

Luiz tuduh Burnley bermain anti-bola sepak
Pertahanan Chelsea, David Luiz, mendakwa Burnley bermain secara "anti-bola sepak" ketika terikat 2-2 dalam saingan EPL di Stamford Bridge, awal pagi Selasa.