Ringkasan AI
- Apple merancang untuk melabur AS$10 juta (RM44 juta) di kilang pembuatan aksesori dan alat ganti di Bandung.
- Penjualan iPhone 16 di Indonesia dihalang kerana Apple belum memenuhi janji pelaburan bernilai 1.71 trilion rupiah (RM489 juta).
- Syarikat asing perlu memenuhi keperluan 40% kandungan tempatan untuk beroperasi di Indonesia, yang turut menjejaskan siri Google Pixel 9.
Penjualan iPhone 16 telah dihalang oleh kerajaan Indonesia bulan lalu kerana Apple tidak memenuhi janji melakukan pelaburan bernilai 1.71 trilion rupiah (~RM 489 juta).
Setakat ini Apple telah melabur sebanyak 1.48 trilion Rupiah (~RM 414 juta) sahaja.
Pelaburan $10 juta yang akan dilakukan adalah pada kilang pembuatan aksesori dan alat ganti untuk peranti Apple di Bandung.
Kementerian Perindustrian Indonesia sedang menilai cadangan dengan keputusan dijangka akan diberikan tidak lama lagi.
Menurut inisiatif Tingkat Komponen Dalam Negeri (TKDN) Indonesia, syarikat asing wajib memenuhi keperluan 40% kandungan tempatan untuk beroperasi di dalam negara.
Selain siri iPhone 16, siri Google Pixel 9 juga menerima nasib serupa di Indonesia gara-gara gagal memenuhi keperluan TKDN. -Amanz