Video berdurasi satu-minit-21-saat yang menunjukkan seorang penyanyi disuruh menyanyi lagu 'Gerimis Mengundang' dalam keadaan duduk dan tangan bergari menjadi viral sejak Khamis.
Serentak itu, ribuan reaksi membanjiri media sosial terutamanya daripada peminat dan teman dari pelbagai industri.
Dari bekas menteri, ketua polis sehingga peguam memberikan perhatian terhadap video yang dianggap menjatuhkan maruah penyanyi tersebut.
Serentak itu, ribuan reaksi membanjiri media sosial terutamanya daripada peminat dan teman dari pelbagai industri.
Dari bekas menteri, ketua polis sehingga peguam memberikan perhatian terhadap video yang dianggap menjatuhkan maruah penyanyi tersebut.
Seorang peguambela dan peguam cara, Ahmad Shuaib Ismail melalui akaun Facebooknya turut menasihatkan agar penyanyi itu mengemukakan saman RM100 juta akibat perbuatan yang dilihat menyalahi hak asasi tahanan.
Menurut Ahmad Shuaib lagi, satu pelanggaran ke atas hak tahanan yang ditangkap dan hak tahanan dari mendapat perlindungan sewajarnya.
Pengedaran video dalam balai atau lokap tanpa kebenaran bertulis Ketua polis Negeri adalah kesalahan serius kerana ia melibatkan isu keselamatan sendiri. Oleh itu, pada pendapatnya penyanyi itu berhak mendapatkan keadilan lebih lagi dari hak sivil beliau.
Namun begitu, hari ini beberapa portal hiburan melaporkan bahawa penyanyi itu dikatakan sudah memaafkan perakam dan penyebar video tersebut.
Serentak, reaksi daripada penyanyi itu telah mengundang rasa kagum dikalangan peminatnya di media sosial.
Disamping itu, melalui media sosial juga, timbul pelbagai cerita lain tentang penyanyi tersebut.
Dalam perkembangan terkini, pengurus penyanyi tersebut memaklumkan bahawa dia akan dibebaskan esok dengan jaminan polis.