WISCONSIN: Tular sebuah video di Amerika Syarikat sejak beberapa hari lalu yang memaparkan sebuah kereta peronda polis dengan seorang penumpang wanita bergari dilanggar sebuah kereta api.
Pihak berkuasa Colorado dalam satu kenyataan memaklumkan kejadian berlaku selepas seorang anggota polis Platteville menahan sebuah trak pikap milik Yareni Rios-Gonzalez, 20, yang disyaki membawa senjata.
Memetik laporan The Guardian, anggota polis bertindak menahan trak milik Gonzales berhampiran landasan kereta api dan kemudiannya bertindak memarkir kereta peronda terbabit di atas landasan.
Menerusi rakaman dashcam yang disiarkan, kelihatan beberapa anggota polis sedang menggeledah trak pikap milik wanita itu sebelum kedengaran bunyi hon kereta api dari jauh.
Anggota polis terbabit hanya mula menyedari kereta api itu sudah menghampiri kereta peronda kurang 15 saat sebelum kemalangan berlaku yang menyebabkan kereta peronda dirempuh keluar beberapa meter dari landasan.
Sementara itu, Gonzalez yang berada di dalam kereta peronda ketika kejadian dilaporkan tidak sedarkan diri ketika tiba di hospital.
Wanita yang diwakili oleh peguamnya, Paul Wilkinson mengkritik tindakan anggota polis yang didakwa tidak masuk akal meletakkan kereta di atas landasan kereta api.
Dalam masa sama, Gonzalez dilaporkan mengalami kecederaan pada tangan, patah sembilan tulang rusuk, patah tulang dada serta luka di belakang dan kepalanya.
The Denver Post melaporkan Ketua Polis Platteville memaklumkan salah seorang anggota polis yang terlibat dalam insiden itu ‘direhatkan’ buat sementara waktu namun tidak mendedahkan nama pegawai itu serta memberi komen lanjut. -- Agensi
Agensi
Mon Sep 26 2022
Menerusi rakaman dashcam yang disiarkan, kelihatan beberapa anggota polis sedang menggeledah trak pikap dan kawasan berhampiran sebelum sebuah kereta api membunyikan hon dari jauh. - Gambar hiasan/Unsplash
Israel umum bina pos tentera di Bukit Golan
Pasukan Pertahanan Israel (IDF) mengumumkan bahawa pihaknya berhasrat membina pos tentera dalam zon penampan yang telah dinyah tenterakan di Bukit Golan, Barat Daya Syria.
Angka korban terkini di Palestin terus meningkat
Angka kematian terkini rakyat Palestin akibat serangan berterusan rejim Zionis meningkat kepada 45,361 orang dan jumlah kecederaan setakat ini meningkat kepada 107,803.
[TERKINI] Telegram dan WeChat mula proses pelesenan
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) mengumumkan bahawa Telegram dan Tencent (WeChat) telah memulakan proses pelesenan yang diperlukan untuk mereka
Temui karakter kandungan Astro di Home of Kids
Orang ramai dijemput hadir ke Home of Kids yang berlangsung selama empat hari bermula 26 hingga 29 Disember dari jam 10.30 pagi hingga 9 malam di IOI Grand Convention Centre, IOI City Mall, Putrajaya.
Tiada rakyat Malaysia terjejas akibat pergolakan di Mozambique
Wisma Putra memaklumkan, tiada rakyat Malaysia di Mozambique terjejas akibat pergolakan yang berterusan yang kebanyakannya memberi kesan di kawasan bandar, termasuk ibu negara Maputo.
Pegawai pengurus gudang didakwa seleweng barang kawalan
Seorang pegawai pengurus gudang borong dan runcit sebuah pasar raya didakwa di Mahkamah Sesyen Pasir Mas atas pertuduhan memindahkan barang kawalan iaitu minyak masak berjumlah 2.41 tan dan gula pasir kasar berjumlah 480 kilogram pada 14 Januari lepas.
AWANI Ringkas: Dua beranak maut, empat cedera kemalangan di WCE
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Banjir di Lipis pulih sepenuhnya
Mangsa yang ditempatkan di PPS Sekolah Kebangsaan Lubuk Kulit dan PPS Masjid Kampung Beletik dibenarkan pulang ke rumah masing-masing sekitar 12.20 tengah hari tadi.
Dua Dekad Tsunami: Aceh bertafakur tiga minit
Majlis khas sempena memperingati 20 tahun tsunami Aceh dengan tema Aceh Thanks The World sekali gus mengangkat iltizam rakyat Aceh Beranjak dari Masa Lalu, Menuju Masa Depan Bersyariat.
Tragedi tukar pemandu, dua penuntut UTeM maut
Dalam kejadian kira-kira jam 6.20 pagi itu, mangsa Nurul Syafiqah Nasruddin dan Nurhanis Afryna Azizan, masing-masing berusia 19 tahun maut akibat kecederaan parah di bahagian kepala.
10 cedera dalam insiden tembakan di Wisconsin
Sekurang-kurangnya 10 orang cedera dalam insiden tembakan awal pagi di Madison, ibu negeri Wisconsin, Amerika Syarikat (AS), pada Ahad.
Wanita parah, kereta peronda diparkir atas landasan dirempuh kereta api
Anggota polis menahan trak milik Gonzales berhampiran sebuah landasan kereta api dan memarkir kereta peronda terbabit di atas landasan.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tiga maut, dua cedera dalam insiden tembakan di Wisconsin
Tiga terbunuh dan dua cedera parah dalam satu kejadian tembakan di bandar Kenosha di Wisconsin, Amerika Syarikat, lapor Sputnik.
Donald Trump gagal cabar keputusan pilihan raya di Wisconsin
Keputusan pilihan raya presiden di Wisconsin, selepas pengiraan semula di daerah Dane dan Milwaukee, adalah kekal.
AS Memilih: Tiada aduan mengenai penipuan diterima di Wisconsin
Kempen presiden dijangka menyaman bandar Philadelphia dan memfailkan tuntutan mahkamah di Wisconsin, mendakwa berlakunya penipuan oleh Parti Demokrat.
Jacob Blake miliki pisau, kata penyiasat
Jabatan Kehakiman Wisconsin mengatakan Blake "mengakui dia memiliki pisau."
NBA: Perlawanan ditunda gara-gara protes selepas Jacob Blake ditembak
Keputusan itu diambil selepas Milwaukee Bucks memilih untuk memboikot perlawanan kelima pusingan pertama menentang Orlando Magic dalam siri playoff itu.
Tunjuk perasaan bertukar ganas di Wisconsin, dua terbunuh
Pergolakan tercetus di bandar raya Lake Michigan yang mempunyai 100,000 penduduk sejak Ahad, apabila polis menembak Jacob Blake, 29 tahun, di belakang, dari jarak dekat.
Ibu rendam bayinya dalam air panas hingga mati
Seorang ibu durjana sanggup menyeksa bayinya dengan merendam badan bayinya di dalam air panas yang bersuhu 50 darjah celcius di Milwaukee, Wisconsin, Amerika Syarikat.