Sebuah video oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia kini trending di media sosial.

Klip berdurasi 3 minit itu menampilkan beberapa pegawai kastam lengkap berpakaian seragam dan menerangkan tentang cukai barangan dan perkhidmatan (GST) (klik untuk infografik) secara nyanyian.

Antaranya video itu menerangkan bahawa bukan semua cukai dikenakan, ada yang di kecuali dan ada disifarkan seperti pendidikan, perubaan dan makanan mentah.

Ia juga menerangkan bahawa sistem percukaian diautomasikan.

'Lagu GST versi Kastam' dimuat naik di YouTube.

Koir GST

Warga media sosial hangat membincangkan tentang video ini.

Ada yang tertanya-tanya jika video ini benar, antaranya adalah pelakon Tony Eusoff:





Penyanyi Hafiz Hamidun berkata perlu ada cara lain untuk semua orang faham tentang GST:


Perunding media sosial dan juga bekas wartawan hiburan Joe Lee menyoalkan tentang kos pembikinan video ini:


Antara komen yang lain oleh pengguna media sosial:






Adakah anda terhibur dengan lagu GST itu?

Astro AWANI menyediakan satu laman khas berkenaan GST di http://gst.astroawani.com.