Siri WonderLab Ageless Pre-Ageing menawarkan produk prapenuaan terkini untuk kulit yang tampak lebih muda dan tegang, manakala WonderDewi Cica memudahkan penjagaan kulit bagi pengguna baharu dengan produk yang melegakan, mencerahkan, dan menghidrasi kulit.
Siri WonderLab Ageless Pre-Ageing membawakan formulasi terkini prapenuaan yang menyediakan ‘Trio Youth Effect’ iaitu ketegangan, keanjalan, dan kecerahan.
Bahannya merangkumi kacang hitam, beras hitam, dan bijan hitam, yang dipetik dari Pulau Jeju, Korea Selatan yang dipupuk di dalam keadaan pulau yang bersih dan tanah gunung berapi yang penuh dengan zat mineral.
Ia juga menerapkan sains terkini untuk memanfaatkan kekayaan semula jadi Jeju melalui proses pengekstrakan terbaharu yang mesra alam, Hyalsquiz™, yang boleh memetik sel tumbuhan secara terus sambil meningkatkan kesan kelembapan bahan-bahan tersebut.
Siri WonderLab Ageless Pre-Ageing menampilkan Toner Essence Niacinamide yang menawarkan kebaikan toner dan esen 2-dalam-1 untuk memudahkan rutin penjagaan kulit, di mana 91 peratus pengguna mendapati kulit lebih tegang selepas 2 minggu, 100 peratus melihat keanjalan lebih baik dalam 4 minggu, dan 91 peratus mendapati keserian kulit segera dalam masa 3 minggu.
Ia juga mengandungi Masker Tidur Ginseng Hitam yang mencergaskan dan memberi tenaga kepada kulit semalaman, meningkatkan peredaran darah dan kolagen, serta memastikan kulit muka segar di pagi hari, bersama Balm Pembersih Muka Minyak Biji Anggur, Pelembap Muka Genggam Fatimah, dan Pelindung Matahari ‘Tone Up’ Zink Oksida.
Sementara Siri WonderDewi Cica pula direka sebagai pengenalan praktikal bagi mereka yang baru bermula untuk memakai produk penjagaan kulit dengan set empat serangkai.
Dirumus khas untuk cuaca Malaysia, siri WonderDewi Cica mengandungi Tecamin-CTM, sejenis Cica yang diperkaya dengan Vitamin C semula jadi yang ditumbuh dengan teliti menggunakan teknik penanaman terkini.
Dengan gabungan khasiat Cica dan Vitamin C, siri ini memberikan hidrasi yang melegakan dan meningkatkan seri muka untuk memenuhi keperluan kulit wajah tempatan.
Siri WonderDewi Cica merangkumi Pelembap Prebiotik, diperkaya dengan prebiotik dan Tecamin-CTM, yang menyegarkan dan mencergaskan kulit dengan segera, mengimbangi mikrobiom, serta mengawal sebum dan keradangan untuk kulit muka yang lebih cerah.
Siri ini juga menampilkan Pembersih Muka Asid Amino, Toner Hialuronik, dan Pelindung Matahari Niasinamida.
Siri WonderLab Ageless Pre-Ageing dan WonderDewi Cica yang diperbaharui boleh didapati di kedai WonderLab seluruh negara dan secara dalam talian daripada TikTok, Shopee, dan Lazada.
Sempena hari jadi kelima WonderLab | WonderDewi ini juga, kalian dijemput ke WonderLab 5bulous Anniversary Pop-Up di The Starhill Bukit Bintang, Kuala Lumpur, di mana anda akan terinspirasi untuk ‘Be Iconic’ dan boleh membeli produk kecantikan seakan barangan runcit, dari 10 pagi hingga 10 malam sehingga 1 September 2024.
Selain pengalaman runcit yang tidak dapat dilupakan, ‘pop-up mart’ ini juga menyediakan pelbagai aktiviti interaktif, permainan mini yang nostalgik, dan analisis kulit percuma.
Ada pelbagai promosi termasuk tawaran happy hour, diskaun eksklusif 10 peratus seluruh kedai (termasuk promosi lain-lain lagi), serta hadiah percuma dengan belian, seperti barangan edisi terhad dan gelang tangan Celovis yang bernilai sehingga RM399, mengesyorkan pengalaman membeli-belah yang memuaskan hati.
Bagi yang tidak berkesempatan mengunjunginya, anda masih boleh mendapati tawaran eksklusif melalui strim langsung 48-jam istimewa di laman TikTok WonderLab (@wonderlab_my), dari 29 Ogos hingga 1 September, setiap hari dari 10 pagi ke 10 malam.
Maklumat lanjut tentang sambutan ulang tahun, produk penjagaan kulit WonderLab dan WonderDewi yang diperbaharui boleh didapati www.wonderlab.com.my.