Setelah warga Kedah puas menikmati keindahan bunga tekoma atau nama saintifiknya Tabebuia Sosea, kini warga Sabah turut sama meraikannya.

Bertempat di Tawau, Sabah, jalan di sepanjang Persisiran Tawau dipenuhi pokok bunga tekoma merimbun sehingga menarik perhatian ramai.

BACA: Bersiar-siar di Alor Setar terasa seperti di Jepun



Bunga yang turut diberi gelaran 'Sakura Malaysia' ini berasal dari Amerika Syarikat dan cukup sinomin dengan negara yang mempunyai empat musim.

Fenomena yang sama berlaku di Alor Star Kedah sekitar minggu lepas, ketahanan bunga tekoma berkembang penuh bergantung kepada suhu panas musim kemarau.



Bunga tersebut akan mula gugur sepenuhnya sekiranya hujan mula turun.

Warga Tawau dilihat memenuhi laluan di sekitar persisiran dan tidak melepaskan peluang bergambar dengan bunga yang berwarna merah jambu dan putih ini.