Universiti Malaysia Kelantan (UMK) buat julung kalinya mengadakan Minggu Fiesta Batik Malaysia 2016 bagi mengukuhkan kembali industri batik negara.
Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) Prof Datuk Dr Ibrahim Che Omar berkata program yang berlangsung seminggu mulai Ahad, akan menjadi platform kepada pembatik menyusun langkah memartabatkan imej batik di peringkat dunia.
"Terdapat ramai pembatik khususnya di Kelantan yang mampu mengetengahkan hasil tangan masing-masing melalui transformasi tertentu supaya berupaya bersaing di peringkat lebih besar," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Program tersebut diadakan di 11 lokasi di sekitar Kota Baharu seperti di perkarangan Stadium Sultan Muhammad Ke-IV, Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Tunjong, Dataran al-Quran dan beberapa hotel.
Fiesta yang turut menampilkan pelbagai rekaan batik daripada pereka tempatan dan antarabangsa, juga diadakan di kampus UMK Pengkalan Chepa, Bachok dan Jeli.
Antara aktiviti sepanjang fiesta itu ialah pameran dan jualan batik, seminar batik, pelancaran muzium batik, pameran lukisan batik, pertunjukan fesyen dan malam gala batik.
Ibrahim berkata fiesta tersebut adalah usaha UMK bersama pelbagai pihak bagi menyediakan peluang perniagaan lebih luas kepada pengusaha batik.
Beliau berkata industri batik tempatan telah mencatat pertumbuhan memberangsangkan dengan nilai jualan sebanyak RM144 juta atau 32 peratus daripada RM444 juta nilai jualan keseluruhan industri kraf negara tahun lepas.
"Industri batik seharusnya menjadi sumber penjanaan ekonomi yang kukuh melalui peningkatan nilai tambah dalam produk, pemprosesan dan strategi pemasaran, bagi menjadikan batik sebagai produk pelancongan yang unggul," katanya.
Bernama
Mon Aug 15 2016
Aktiviti sepanjang fiesta itu ialah pameran dan jualan batik, seminar batik, pelancaran muzium batik, pameran lukisan batik, pertunjukan fesyen dan malam gala batik. - Gambar fail
AS sahkan kes baharu selesema burung H5 melibatkan manusia di California
Tiada kaitan ditemukan antara kedua-dua kes setakat ini, menandakan ia kejadian berasingan penularan virus dari haiwan kepada manusia.
Mangsa banjir di PPS Perak bertambah, beberapa tempat di Selangor, Kedah dinaiki air
Di Selangor, 1,968 individu daripada 480 keluarga terjejas akibat banjir dipindahkan ke enam PPS yang dibuka pagi ini.
[LAPOR LANGSUNG] Pengganti Hassan Nasrallah, Hashem Safieddine sasaran terbaharu Israel
Angkatan Pertahanan Israel (IDF) menjadikan Hashem Safieddine iaitu pengganti pemimpin Hezbollah, Hassan Nasrallah sebagai sasaran baharu.
Penjaga rumah amal GISB mengaku tidak bersalah dera kanak kanak
Mohd Syahid Hanapiah mengaku tidak bersalah di hadapan hakim Lailatul Zuraida Harron @ Harun di Mahkamah Sesyen Selayang pagi ini.
UNL: Kylian Mbappe tercicir dalam skuad Perancis
Mbappe terus diketepikan daripada skuad Perancis untuk perlawanan Liga Negara-Negara (UNL).
AWANI Pagi: Kenali Melayu Cocos
Sebut sahaja Melayu Cocos mungkin ramai yang membayangkan Pulau Krismas dan Kepulauan Cocos (Keeling), Australia, lokasi di mana sebahagian besar komuniti ini berada.
Namun tidak ramai yang tahu komuniti unik ini juga berada di Sabah, Malaysia terutamanya di Tawau, Lahad Datu dan Kunak. Sejauh mana adat dan budaya mereka dikekalkan di sini?
#AWANIPagi
Namun tidak ramai yang tahu komuniti unik ini juga berada di Sabah, Malaysia terutamanya di Tawau, Lahad Datu dan Kunak. Sejauh mana adat dan budaya mereka dikekalkan di sini?
#AWANIPagi
Angka korban Taufan Helene melebihi 200 di Amerika Syarikat
Sekurang-kurangnya 204 orang disahkan maut di enam negeri akibat Taufan Helene sejak ia melanda Florida seminggu lalu.
4 rakyat Malaysia di Lubnan selamat tiba di KLIA, seorang lagi petang ini - Wisma Putra
Wisma Putra sedang berusaha untuk memastikan baki 16 rakyat Malaysia bersama keluarga mereka dapat dipindahkan dengan selamat.
Pasukan pengaman PBB di Lubnan teruskan misi, bersiap sedia untuk pelbagai senario
Pasukan UNIFIL berasa bertanggungjawab terhadap mandat yang diberikan kepada mereka oleh Majlis Keselamatan.
Lubnan kemuka aduan terhadap Israel di PBB susulan pencerobohan darat
Aduan terbabit mengecam pencerobohan terhadap kedaulatan Lubnan dan kemasukan pasukan Israel ke dalam sempadan Lubnan sejak malam 1 Okt.
Debat asal usul batik, netizen Malaysia-Indonesia masih 'bertempur' di alam maya
Sejurus menerima hadiah baju batik daripada peminat, IShowSpeed bertanya kepada pemandu pelancongnya berhubung negara asal batik.
Keretapi Sarong 2023: Pasangan Baba dan Nyonya teruja kongsi budaya Peranakan
Aunty Joo berkata, KS2023 telah membawa beliau mengimbau nostalgia saat remajanya selain berpeluang melihat pelbagai jenis dan corak pakaian generasi muda hari ini.
Sertai Batik Fun Walk 2023 untuk eksplorasi gaya hidup aktif berwarna-warni!
Peluang beriadah dan menjalani aktiviti kecergasan dengan fesyen batik di Kuala Lumpur.
Cuaca panas beri kelebihan kepada perusahaan batik di Kelantan
Malah menurut pengusaha batik, aktiviti menjemur untuk mengeringkan kain batik menjadi lebih cepat berbanding biasa.
Aksesori batik buatan tangan pikat generasi muda
Motif batik semakin mendapat tempat di hati anak muda bukan sahaja melalui pakaian, namun kini turut diketengahkan dalam aksesori wanita menerusi pelbagai teknik seni kraf.
Indonesia rai pemimpin G20 dalam majlis gilang-gemilang
Kehadiran mereka disambut Presiden Indonesia, Joko Widodo atau Jokowi serta isteri, Iriana dengan mengenakan pakaian tradisi adat Bali.
Batik rekaan Permaisuri Agong dipamer di Pameran Synthesis
Raja Permaisuri Agong telah berkenan berangkat menyempurnakan majlis perasmian pameran itu pada Isnin.
Hari Batik Malaysia meriah di Astro AWANI
Penyampai yang tampil di kaca televisyen sepanjang hari ini juga segak dan menawan dalam gaya batik pilihan masing-masing.
RMK-12: Pengusaha batik, penggiat seni Kelantan harap tidak dipinggirkan
Kalangan pengusaha dan peniaga batik serta kesenian di Kelantan mula menyusun strategi perniagaan bagi meneruskan kelangsungan.
Berjaya Corporation Bhd umum batik sebagai pakaian rasmi bagi promosi seni dan budaya Malaysia
Berjaya Corporation Bhd mengumumkan pemakaian pakaian batik sebagai pakaian rasmi untuk semua kakitangan syarikat itu.