KEBELAKANGAN ini, hobi menunggang basikal semakin menjadi tumpuan dan mengumpul semakin ramai penggemar.
Namun, gelagat segelintir daripada mereka yang dilihat seolah-olah mementingkan diri dan tidak kisah dengan soal keselamatan, menimbulkan kemarahan banyak pihak.
Jaguh berbasikal trek negara, Mohd Azizulhasni Awang dalam satu kemas kini di Facebook, secara terbuka memberi teguran kepada golongan ini agar tidak menjadikan isu keselamatan di jalan raya sebagai satu perkara remeh.
"Di atas jalan raya ni bukan macam main Saidina bang. Kalau tersilap, boleh repeat balik. Masya Allah, cukuplah dengan apa yang saya lihat dengan mata saya sendiri.
"Kita rasa kita hebat atas jalan raya tapi kalau kena langgar dengan kenderaan lain macam mana?
"Harus diingat, kita ni hanya beroda dua saja, paling berat pun mungkin 100kg jika nak dibandingkan dengan kenderaan lain yang empat tayar dan beratnya paling kurang 1,000kg," tulis pemenang pingat gangsa Olimpik 2016 itu.
Beliau turut berkongsi beberapa tip bagi membantu penunggang basikal mengelak kecelakaan di jalan raya.
"Kalau boleh pilih tempat kayuhan yang selamat dan kurang kesesakan kenderaan lain. Apabila berkayuh tu, kalau boleh rapat dengan line jalan, cuba untuk tidak ketepi dan ketengah macam zig-zag.
"Bila berkayuh dalam kumpulan kecil, buat satu line panjang sahaja dan boleh buat swap turn. Begitu juga dengan kayuhan dalam kumpulan besar, buat dua line dan cuba untuk rapat dengan bahu jalan.
"Apabila hendak membelok, pastikan anda memberikan isyarat tangan, sama juga apabila ada lubang atau halangan di atas jalan raya.
"Kalau berkayuh dalam kumpulan besar, adalah lebih baik jika anda ada escort sekurang-kurangnya di belakang. Dan paling penting, tolonglah berhenti bila lampu merah," tambahnya.
Prospek emas negara dalam Sukan Olimpik akan datang itu juga sempat berpesan agar penunggang basikal mengamalkan sikap saling menghormati semasa di jalan raya.
"Treat people the way you want to be treated. Jangan timbulkan kemarahan pengguna jalan raya yang lain kerana impaknya nanti semua orang kena. Kerana nila setitik rosak susu sebelanga," tambahnya.
Madiha Abdullah
Sat Sep 19 2020
Azizulhasni tegur penunggang basikal agar tidak menjadikan isu keselamatan sebagai satu perkara remeh. - Gambar fail
JS-SEZ beri impak positif, bantu tingkat jualan hartanah di Johor - Exco
Impak positif penubuhan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) telah membantu meningkatkan penjualan hartanah di Johor.
Johor rancang bangun sukan padel, pickleball - Exco
Johor merancang untuk membangunkan sukan padel dan pickelball sekali gus menjadi tarikan pelancongan sukan di negeri itu.
Larian obor sukan musim sejuk Asia ke-9 bermula pada Isnin
Kurang seminggu sebelum pembukaan rasmi Sukan Musim Sejuk Asia (AWG) ke-9 di Harbin, larian obor temasya tersebut akan bermula secara rasmi di "Bandar Ais" pada Isnin.
KESUMA teruskan libat urus berhubung gaji minimum - Sim
Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) akan terus mengadakan sesi libat urus dengan pelbagai pihak berhubung pelaksanaan gaji minimum supaya dasar itu boleh ditambah baik dari semasa ke semasa.
Ke arah Kuala Lumpur lebih inklusif, lestari dan selesa didiami - Lee Lam Thye
Orang ramai diingatkan untuk merenung kemajuan ibu negara dan terus berusaha menjadikan bandar raya ini lebih inklusif, lestari dan selesa untuk didiami.
Pengurusan taman tema dipanggil setelah laporan penuh dibentang - Amirudin
Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari berkata pertemuan itu juga mungkin melibatkan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) setelah maklumat penuh diperoleh.
EU laksana had sekatan penggunaan AI
Keperluan baharu untuk mengawal selia penggunaan kecerdasan buatan (AI) mula dikuatkuasakan di Kesatuan Eropah (EU) pada Ahad dengan pelaksanaan Akta AI EU.
Penggiliran kerja petugas kaunter dilaksana secara berfasa
Pelaksanaan sistem penggiliran kerja bagi penjawat awam yang telah berkhidmat lebih lima tahun di kaunter perkhidmatan telah dilaksanakan bermula Januari 2025 secara berfasa.
ASEAN: Anwar adakan pertemuan dengan Thaksin dan George Yeo
Dalam pertemuan tersebut, pelbagai isu penting serantau dibincangkan termasuk situasi di Myanmar serta pembangunan mata wang kripto.
Tiga ditahan susulan dua kes rogol berasingan
Polis menahan tiga lelaki termasuk warga emas bagi membantu siasatan bersabit dua kes rogol berasingan di Jeram, Kuala Selangor semalam.
Azizulhasni belum putuskan sertai Program Podium - Amarjit
Keputusan sama ada jaguh berbasikal trek negara Datuk Mohd Azizulhasni Awang bersetuju kekal dalam Program Podium tahun depan atau tidak, dijangka mengambil masa dua minggu lagi untuk diketahui.
Beasley yakin Azizulhasni akan kembali ke gelanggang tahun depan
Kehadiran semula pemenang pingat Olimpik dua kali itu motivasi buat pasukan negara.
Mohd Azizulhasni kekal dalam Program Podium, KPI ke Santiago
PKBM dan Majlis Sukan Negara (MSN) bersetuju untuk mengekalkan jaguh berbasikal trek negara Datuk Mohd Azizulhasni Awang dalam Program Podium tahun depan.
Azizulhasni tidak akan beraksi pada ACC 2025
Beliau bagaimanapun tetap akan hadir ke kejohanan berkenaan untuk membantu serta memberi sokongan kepada pelumba-pelumba negara.
Pocket Rocketman bakal kembali berkayuh di ACC 2025?
Datuk Mohd Azizulhasni Awang mungkin bakal 'berkayuh' secara rasmi di Velodrom Nasional, Nilai seawal Februari tahun hadapan pada Kejohanan Berbasikal Trek Asia (ACC) 2025.
Azizulhasni kembali berkayuh sejak Olimpik Paris 2024
Jaguh berbasikal trek negara Datuk Mohd Azizulhasni Awang kembali berkayuh basikal selepas kali terakhir melakukannya ketika temasya Sukan Olimpik Paris 2024.
Azizulhasni kenang jasa MSN
MSN telah memainkan peranan yang amat penting dalam perjalanan karier saya selama ini, kata Azizulhasni.
Muhammad Shah Firdaus sedia galas tanggungjawab jika Azizulhasni bersara
Pelumba berbasikal trek negara Muhammad Shah Firdaus Sahrom sedia menggalas tanggungjawab sebagai pelumba utama, sekiranya Datuk Mohd Azizulhasni Awang secara rasmi tidak beraksi lagi.
Azizulhasni Awang tawar diri jadi penasihat prestasi
Beliau berkongsi perkara itu menerusi media sosial, sambil menyenaraikan beberapa kelebihan dan pengalamannya sepanjang bergelar atlet.
'Fizikal, mentaliti Azizulhasni lain macam' - Beasley
Beliau berkata, ia berdasarkan kepada kekuatan mental dan fizikal pelumba yang terkenal dengan julukan The Pocket Rocketman itu.