Meskipun pernah digelar 'Mat Jambu' dan diperli oleh rakan-rakan hanya kerana mahu berkhidmat sebagai jururawat, namun ia ternyata gagal mematahkan semangat Mohd Aswardi Mat Zin, hingga akhirnya kerjaya itu sebati dengan jiwanya.
Mohd Aswardi, 32, kini bertugas di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), di sini sejak empat tahun lalu sebagai jururawat bius di dewan bedah am.
"Saya berpeluang membantu doktor menjalankan pembedahan untuk pelbagai jenis penyakit antaranya merawat kerosakan organ dalaman dan pembedahan otak.
"Paling mengerikan dan mencabar ialah ketika membantu doktor menjalankan pembedahan otak terutama jika membabitkan mangsa kemalangan namun alah bisa tegal biasa, saya kini sudah biasa berdepan dengan semua situasi mencemaskan itu," katanya.
Beliau yang ditemui pemberita sempena Hari Jururawat Sedunia yang disambut pada Jumaat berkata kenangan paling manis ketika bertugas ialah apabila dapat menyelamatkan nyawa pesakit yang sedang kritikal selepas menjalani pembedahan usus tahun lalu.
"Pembedahan berjalan lancar, namun secara tiba-tiba pesakit kritikal dan saya bersama lima lagi jururawat bergilir-gilir melakukan CPR (bantuan pernafasan dari mulut ke mulut dan tekanan dada) yang akhirnya berjaya menyelamatkan pesakit itu," kata bapa kepada dua anak itu.
Mohd Aswardi, pelajar lepasan Diploma Kejururawatan dari Kolej Islam dan Sains Teknologi (KIST) itu sangat bertuah kerana isterinya Norashikin Che Musa, 28, juga adalah seorang jururawat yang bertugas di dewan bersalin HSNZ.
"Kami saling memahami kerjaya masing-masing dan ini memudahkan kami untuk mengatur tugasan terutama jika perlu bekerja syif malam. Sokongan kedua-dua belah keluarga juga faktor penting yang menyokong kerjaya kami selama ini," katanya yang berharap mampu menjalankan tugas dengan lebih cemerlang pada masa akan datang.
Seorang lagi jururawat, Mohd Hazarul Imam Hamzah, 29, berkata beliau amat meminati bidang perubatan dan ketika kecil memang bercita-cita mahu menjadi seorang doktor.
"Namun, untuk menjadi doktor bukanlah mudah, memerlukan pengorbanan yang sangat tinggi bagi meraih keputusan cemerlang dalam setiap peperiksaan.
"Walaupun agak kecewa, namun saya tetap memilih untuk melanjutkan pelajaran di Kolej Jururawat Alor Setar, Kedah agar dapat berkhidmat dalam bidang kejururawatan kerana ia masih dalam ruang lingkup kerjaya yang saya minati," katanya.
Selepas menamatkan pelajaran di Kolej Jururawat Alor Setar, beliau dihantar bertugas ke Hospital Queen Elizabeth, Sabah dan bertugas di negeri itu selama tiga tahun sebelum ditukarkan ke HSNZ.
"Alhamdulillah, walaupun berjauhan dengan mak ayah, saya masih mampu bertugas dengan senyuman walaupun tidak dapat menyambut detik istimewa pada Ramadan dan Aidilfitri bersama-sama mereka.
"Tiada istilah sunyi atau bosan apabila bertugas kerana ramai pesakit yang memerlukan perhatian saya. Mereka perlu sentiasa dibantu terutama untuk pesakit terlantar yang memerlukan bantuan jururawat sepenuhnya untuk bergerak ke mana-mana.
"Sebelum ini, ketika berada di perantauan, Laut China Selatan yang memisahkan saya dan keluarga di Manir tidak menjadikan saya lemah semangat sebaliknya sokongan moral keluarga menguatkan lagi azam saya untuk berkhidmat tanpa mengira latar belakang, usia dan warna kulit pesakit," katanya tersenyum.
Ketika ini, beliau berkhidmat sebagai jururawat di wad ortopedik lelaki HSNZ dan mengakui sangat cintakan kerjaya itu yang dianggap sebagai ibadah untuk bekalan di alam yang kekal abadi nanti.
Ditanya persepsi masyarakat umum terhadap jururawat lelaki, Mohd Hazarul Imam berkata lebih ramai yang menghargai peranan mereka ketika ini malah ramai pesakit lelaki yang mahukan jururawat lelaki membantu mereka di wad.
"Selain masalah aurat, pesakit lelaki lebih selesa dengan jururawat lelaki malah tugasan ini agak mencabar untuk jururawat wanita kerana menguruskan pesakit lelaki memerlukan tenaga dan kudrat yang banyak kerana fizikal yang berbeza berbanding pesakit wanita.
"Saya berharap lebih ramai yang akan menceburi bidang kejururawatan ini dan tiada istilah malu untuk bergelar jururawat kerana masih ramai pesakit yang memerlukan khidmat jururawat lelaki," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat May 13 2017

Kini lebih ramai yang menghargai peranan jururawat lelaki malah ramai pesakit lelaki yang mahukan jururawat lelaki membantu mereka di wad. - Gambar hiasan

Kerajaan Persekutuan, Sarawak akan perinci skop kerjasama Petronas-Petros - PM Anwar
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).
AWANI Ringkas: Gegaran di Butterworth berpunca latihan TUDM
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Usaha basmi miskin tegar akan dilipat ganda, lebih agresif - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
AWANI Ringkas: Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

PBB suarakan kebimbangan mendalam terhadap serangan berterusan Israel di Tebing Barat
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyuarakan kebimbangan mendalam terhadap serangan berterusan Israel ke atas bandar-bandar di Tebing Barat.
#AWANIRingkas 22 Februari 2025 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 22 Februari 2025
1️⃣ ADUN Ayer Kuning meninggal dunia
2️⃣ Ismail Sabri dimasukkan ke hospital
3️⃣ Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula
#awaniringkas
1️⃣ ADUN Ayer Kuning meninggal dunia
2️⃣ Ismail Sabri dimasukkan ke hospital
3️⃣ Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula
#awaniringkas
AWANI 7:45 [22/2/2025] – Perlu Tambah Baik | Tingkat Keselamatan OKU | Taktik Unik | Ajal Di Padang Bola Sepak
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Syaff Shukri
Tumpuan #AWANI745 malam ini
- PM akui menteri Kabinet tidak sempurna
- Kaji semua keselamatan OKU di LRT
- Sindiket seludup rokok beroperasi di tanah kubur
- Adun Ayer Kuning meninggal dunia
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews
Tumpuan #AWANI745 malam ini
- PM akui menteri Kabinet tidak sempurna
- Kaji semua keselamatan OKU di LRT
- Sindiket seludup rokok beroperasi di tanah kubur
- Adun Ayer Kuning meninggal dunia
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews

AS akan kemukakan resolusi mengenai konflik Ukraine kepada Perhimpunan Agung PBB pada 24 Feb
Amerika Syarikat (AS) akan membentangkan resolusi "bersejarah" mengenai penyelesaian konflik di Ukraine kepada Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada 24 Feb.

Pihak berkuasa, pengurusan masjid diseru ambil tindakan proaktif jaga keselamatan jemaah
Pihak berkuasa dan pengurusan masjid perlu segera mengambil tindakan proaktif bagi menjaga keselamatan jemaah, terutama kanak-kanak.
Agenda AWANI Asia: Pembangunan AI untuk kebaikan manusia
Sejauh mana pembangunan teknologi AI seperti ChatGPT, DeepSeek dan terkini Grok-3 membantu kehidupan manusia dan memacu perkembangan industri?
Diskusi dan analisis mengenai pembangunan teknologi dan penggunaan AI serta impak kepada perkembangan industri dalam Agenda AWANI Asia jam 9malam ini.
Diskusi dan analisis mengenai pembangunan teknologi dan penggunaan AI serta impak kepada perkembangan industri dalam Agenda AWANI Asia jam 9malam ini.

Gangguan bekalan elektrik: 'Kecoh juga, urusan tergendala seketika'- Pesakit
Gangguan bekalan elektrik di beberapa kawasan di Lembah Klang memberi kesan terutama kepada pesakit di hospital apabila tidak terlepas mengalami gangguan pada Rabu.

Hartal Doktor Kontrak: Jangan ambil tindakan terhadap doktor terbabit protes - Cuepacs
Adnan Mat, berkata meskipun Cuepacs pada dasarnya tidak bersetuju dengan tindakan kumpulan itu, namun tetap menghormati suara dibawa mereka.

Mohamad Sabu stabil, dijangka keluar hospital esok
Presiden Amanah, Mohamad Sabu yang dimasukkan ke hospital pada Khamis lalu kini berada dalam keadaan stabil.

Hospital bergerak Australia teruskan usaha rawat hidupan liar di tapak baharu
Hospital bergerak yang merawat hidupan liar di Australia seperti koala dan kangaroo bakal berpindah ke lokasi baharu di Byron Bay.

Empat kluster baharu dikesan hari ini - Dr Noor Hisham
KKM memaklumkan terdapat empat kluster baharu dikenal pasti pada Ahad iaitu Kluster Bah Layangan, Kluster Alma, Kluster Auto dan Kluster Penjara Kepayan.

Dua kanak-kanak antara empat kes baharu COVID-19 di Sarawak
Sarawak mencatat empat lagi kes COVID-19 menjadikan kes keseluruhan berjumlah 763 kes

Perdana Menteri negatif COVID-19 bagi saringan kedua, tamat kuarantin
Tambah kenyataan tersebut lagi, Muhyiddin yang juga Ahli Parlimen Pagoh telah tamat tempoh kuarantin pada 16 Oktober.

COVID-19: KKM kesan tiga lagi kluster baharu
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengesan tiga lagi kluster baharu dikenali sebagai Kluster Lekir, Kluster Buntar, dan juga Kluster Merbok.

6 kluster baharu COVID-19 dikenal pasti, 4 di Sabah
Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, daripada jumlah itu, empat adalah di Sabah, satu masing-masing di Selangor dan Pulau Pinang.

COVID-19: Gelombang ketiga lebih mencabar, namun KKM lebih bersedia - Dr Noor Hisham
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menyifatkan gelombang ketiga COVID-19 di Malaysia lebih mencabar.