Kementerian Kesihatan akan mengkaji permintaan Pertubuhan Pengamal Perubatan Ozon Malaysia untuk menyemak keputusan mengharamkan rawatan terapi ozon di semua salun kecantikan dan klinik, kata timbalan menterinya, Datuk seri Dr Hilmi Yahaya.
Bagaimanapun, katanya, tiada sebarang bukti saintifik yang menunjukkan rawatan terapi ozon mendatangkan kebaikan dan manfaat kepada pengguna, malah ia hanya membahayakan nyawa pengguna.
Rabu lepas, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S. Subramaniam mengumumkan pengharaman rawatan terapi ozon kerana ia boleh menyebabkan komplikasi perubatan sehingga menyebabkan kematian.
"Kita harap pengguna dapat berfikir dengan betul sebelum membuat rawatan berkenaan," kata Dr Hilmi kepada pemberita selepas merasmikan Pertandingan Jom Cari Siput Peringkat Parlimen Balik Pulau di Pantai Gertak Sanggul, Teluk Kumbar, di sini pada Sabtu.
Dalam perkembangan lain, Dr Hilmi, yang juga Anggota Parlimen Balik Pulau, terus membantah hasrat kerajaan negeri Pulau Pinang pimpinan DAP untuk menambak laut di kawasan Gertak Sanggul yang terletak di kawasan selatan negeri ini.
"Kawasan Gertak Sanggul ini kaya dengan hasil laut seperti siput, udang dan ikan. kawasan ini merupakan kawasan yang istimewa kerana ia terlindung dari musim tengkujuh yang membolehkan nelayan dan orang ramai mencari sumber laut sepanjang tahun," katanya.
Beliau berkata rancangan penambakan laut itu akan menggangu ekosistem kehidupan laut serta menjejaskan rezeki nelayan di negeri itu.
Sementara itu seorang suri rumah, Mahsuri Husin,57, yang turut menyertai program mencari siput ketika ditemui Bernama turut senada dengan Dr Hilmi agar kawasan Gertak Sanggul tidak ditambak laut.
"Saya tidak setuju 100 peratus jika nak tambak laut kawasan ini, Inilah tempat nelayan mencari rezeki juga kami. Bayangkan kalau ditambak tidak ada lagi aktiviti mencari siput seperti hari ini yang turut mendapat perhatian golongan kanak-kanak belajar mencari siput.,''katanya.
Wanita yang berasal dari Sungai Batu, Teluk Kumbar itu, berkata beliau turut menjana pendapatan sampingan dengan mengutip siput di pantai itu dan kebiasaannya akan memperoleh 10 kilogram siput sehari dan kemudiannya di jual di restoran dengan harga RM30 untuk sekilogram siput.
-- BERNAMA
Bernama
Sat May 06 2017

tiada sebarang bukti saintifik yang menunjukkan rawatan terapi ozon mendatangkan kebaikan dan manfaat kepada pengguna, malah ia hanya membahayakan nyawa pengguna. - Gambar fail

Tema raya ‘Meriah lain macam’, Astro bakal himpun 160 rancangan
Bertemakan Meriah lain macam pada raya tahun ini, Astro bakal menghimpunkan lebih daripada 160 kandungan raya yang telah dirancang khas untuk seisi keluarga.

ICJ adakan pendengaran awam berkaitan kewajipan Israel di Wilayah Palestin yang diduduki
Mahkamah akan mengadakan pendengaran awam yang dijadualkan bermula Isnin, 28 April 2025, di Peace Palace, The Hague, ibu pejabat ICJ.

LPP sasar lahirkan 5,000 usahawan tahun ini
Lembaga Pertubuhan Peladang menyasarkan untuk melahirkan 5,000 usahawan dalam kalangan peladang dan anak peladang yang berpendapatan bersih tidak kurang RM5,000 tahun ini.

Harimau Malaya lawan Nepal di Stadium Sultan Ibrahim - FAM
Keputusan untuk beraksi di Stadium Sultan Ibrahim selepas mendapat perkenan daripada Pemangku Sultan Johor sebagai tanda permulaan revolusi Harimau Malaya.

Utusan Khas Trump akan ke Moscow bincang gencatan senjata - White House
Utusan khas Presiden Trump bagi Timur Tengah dijadual berkunjung ke Moscow hujung minggu ini untuk mengadakan perbincangan dengan pegawai Rusia.

Muat naik kandungan palsu sentuh sensitiviti agama, lelaki disiasat MCMC
Kandungan tersebut dipercayai dimuat naik pada 9 Mac, yang mendakwa laungan azan melalui pembesar suara di Masjid Ayer Kuning tidak lagi dibenarkan.

Baca al-Quran empat jam sehari rutin harian Neelofa sepanjang Ramadan
Neelofa memulakan harinya seawal jam 4.30 pagi dengan mengerjakan solat sunat sebelum bersahur dengan suami.
AWANI Pagi: Panduan Mahu Kaya, Jadi Bangsa Enam Angka
8:30 pagi Khamis bersama pempengaruh kewangan dan penulis buku kewangan, Azraei Muhamad berkongsi buku tulisannya yang menawarkan panduan untuk menjadi kaya dan mengumpul kejayaan sehingga muncul sebagai bangsa enam angka dalam masa ditetapkan.
Pembiayaan lebih 1 bilion kepada Sapura, apa nasib vendor?
Presiden MOGSC, Ts. Syed Saggaf Syed Ahmad, membincangkan kesan pembiayaan lebih RM1 bilion kepada Sapura serta implikasinya terhadap vendor industri minyak dan gas. Adakah langkah ini memberi kelegaan atau menambah ketidaktentuan?

Suntikan RM1.1 bilion bukan dana hangus, dilaksanakan dalam bentuk pinjaman - PM Anwar
Keputusan itu dibuat selepas melalui proses ketat termasuk pelaksanaan audit forensik oleh firma perakaunan Ernst & Young, tegas Anwar.

Dr Hilmi umum letak semua jawatan dalam UMNO dan BN
Ketua UMNO Bahagian Balik Pulau Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya meletak semua jawatannya dalam UMNO dan Barisan Nasional (BN) berkuatkuasa hari ini selepas kekalahan teruk parti itu pada Pilihan Raya Umum

Isu Hospital Balik Pulau: 'Bakhtiar tak baca surat khabar, tak tengok TV' - Dr Hilmi
Calon PKR bagi Parlimen Balik Pulau, Muhammad Bakhtiar Wan Chik mengkritik Datuk Seri Dr. Hilmi Yahya yang didakwa memungkiri janji PRU13.

PRU14: Projek tambak laut Pulau Pinang batal jika BN menang - Dr Hilmi
Kata calon BN Parlimen Balik Pulau, Datuk Dr Hilmi Yahaya, projek tebusguna tanah seluas 4,500 ekar yang akan dilaksanakan Kerajaan Negeri DAP akan mengganggu ekosistem kehidupan laut.

Kementerian Kesihatan cipta penawar Hepatitis C
Penawar itu mampu merawat 500,000 pesakit di negara ini dan dengan penemuan itu, orang ramai boleh mendapatkan rawatan pada kadar yang teramat murah iaitu RM1,200 berbanding negara lain RM320,000.

Empat institusi mental, 33 hospital kerajaan sedia perkhidmatan psikiatri
Kerajaan menyediakan fasiliti perkhidmatan psikiatri di empat institusi mental dan 33 hospital kerajaan di seluruh negara.

KKM akan kaji masukkan pneumokokal dalam program imunisasi
Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya berkata, buat masa ini tiada keperluan mendesak untuk memasukkan vaksin berkenaan ke dalam NIP.

GST bukan punca kemurungan 300,000 rakyat Malaysia
Statistik menunjukkan 1.8 peratus daripada anggaran 30 juta rakyat Malaysia pada ketika ini mengalami masalah kemurungan.

Lesen doktor tawar suntikan Vitamin C boleh dibatalkan
Mereka yang mendapatkan suntikan Vitamin C tidak berdafatar terdedah kepada risiko kemudaratan kepada wajah dan tubuh.

Kementerian Kesihatan pertimbang wujud pusat rawatan jantung Pantai Timur
Kementerian meneliti perkara itu dan akan melaksanakannya secepat mungkin agar dapat memberi kemudahan kepada pesakit dari Zon Timur supaya mereka tidak perlu ke IJN untuk mendapatkan rawatan.

Populasi warga tua dijangka meningkat kepada 5.6 juta menjelang 2030
Jumlah penduduk warga tua di Malaysia dijangka meningkat 15 peratus kepada 5.6 juta orang menjelang 2030, kata Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya.