SUKAR dibayangkan bagaimana kehidupan terperangkap di lapangan terbang selama 18 tahun. Dikelilingi hiruk pikuk kesibukan orang ramai, namun dia sebenarnya keseorangan.
Individu bernama Mehran Karimi Nasseri ini dikenali di seluruh dunia kerana kisahnya 'terperangkap' di Lapangan Terbang Antarabangsa Charles de Gaulle, Paris selama 18 tahun. Ramai yang memperdebatkan tentang mengapa nasib Nasseri sedemikian rupa, dengan pelbagai teori berbeza.
Apa yang terjadi sebenarnya?
Pada tahun 1973, Nasseri merupakan pelajar dari Iran di Universiti Bradford, England. Semasa pengajiannya, dia menyertai protes terhadap Raja (Shah) Iran yang terakhir, Mohammad Reza Pahlavi. Apabila dia kembali semula ke Iran pada tahun 1977, dia tidak diterima di negara asalnya itu.
Oleh kerana dia dibuang negeri, Nasseri menerima status pelarian yang membolehkannya memohon kewarganegaraan di mana-mana negara Eropah.
Memandangkan dia menetap di England semasa pengajiannya, dia memutuskan untuk mendapatkan kerakyatan British dan tinggal di sana.
Pada tahun 1988, dia merancang untuk memasuki England melalui Perancis. Sebaik sahaja dia tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Charles de Gaulle, entah bagaimana dia kehilangan dokumen yang mengesahkan statusnya sebagai pelarian, menyebabkan dia tidak dapat meneruskan perjalanannya.
Tidak mampu berkomunikasi dalam bahasa Perancis membuatkan Nasseri terkandas di lapangan terbang berkenaan. Dia hidup juga atas ehsan pekerja dan orang ramai yang berada di sekitar lapangan terbang. Sebahagian besar masanya dihabiskan dengan memerhati orang ramai di sekitar lapangan terbang dan membaca.
Situasi Nasseri kemudiannya mendapat perhatian seorang peguam hak asasi manusia Perancis bernama Christian Bourguet.
Bourguet berusaha membantu Nasseri dan selepas 10 tahun, beliau berjaya meyakinkan Belgium pada 1999 untuk menghantar dokumen gantian, yang mengesahkan Nasseri sebagai pelarian. Ini akan memberikan dia permit untuk tinggal di Perancis.
Anehnya, sebaik sahaja Nasseri menerima dokumen itu, dia menolaknya atas alasan ia dokumen palsu, dan memutuskan untuk kekal tinggal di lapangan terbang berkenaan.
Pada ketika itu, ramai menganggap Nasseri mengalami gangguan psikologi kerana terlalu lama terperuk di lapangan terbang itu.
Akhirnya, pada tahun 2006 Nasseri dibawa keluar dari lapangan terbang secara paksa, apabila dia perlu dimasukkan ke hospital atas sebab masalah kesihatan.
Kisah Nasseri merupakan inspirasi filem "The Terminal" lakonan Tom Hanks. Filem itu diterbitkan pada tahun 2004, ketika Nasseri masih berada di lapangan terbang itu.
Pada tahun 2005, dia diberi bayaran lebih AS$300,000 sebagai hak ke atas ceritanya, walaupun penerbit bertegas kisah filem itu bukanlah seratus peratus berdasarkan kisah Nasseri.
Khabar angin mengatakan bahawa dia menggunakan wang itu untuk mendapat kerakyatan British dan memulakan kehidupan baharu.
Lebih 15 tahun berlalu, tiada khabar terbaharu tentang Nasseri. Jika masih hidup, usianya sudah mencecah 76 tahun.
Agensi
Fri Aug 12 2022

Tidak mampu berkomunikasi dalam bahasa Perancis membuatkan Nasseri terkandas di lapangan terbang berkenaan. - Foto tangkapan layar portal agensi

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

'Terperangkap' di lapangan terbang selama 18 tahun, ini kisah Mehran Karimi Nasseri
Oleh kerana dia dibuang negeri, Nasseri menerima status pelarian yang membolehkannya memohon kewarganegaraan di mana-mana negara Eropah.