BAYANGKAN jika anda sedang memandu kenderaan dalam keadaan hujan lebat dan kemudian terlihat jalan di hadapan anda mula dinaiki air. Apakah yang anda akan lakukan?
Adakah anda akan terus meredah jalan tersebut atau mengambil langkah yang lebih selamat iaitu berpatah balik?
Sekiranya anda terperangkap dalam situasi banjir kilat dan tidak mempunyai pilihan lain selain meredah jalan tersebut, ada beberapa perkara yang perlu anda lakukan.
Jangan panik!
Okey, perkara pertama yang perlu anda ingat adalah anda tidak boleh berasa panik dan sentiasa dalam keadaan tenang. Hal ini kerana, sekiranya anda panik, anda akan cenderung untuk memandu secara tidak berhemah. Malah, peratusan anda untuk terlibat dalam kemalangan jiwa adalah sangat tinggi.
Anggarkan kedalaman paras banjir
Jika anda telah terperangkap di atas jalan yang sudah dinaiki air, salah satu cara yang paling mudah ialah perhatikan objek di hadapan anda untuk menganggarkan paras kedalaman air di jalan tersebut. Sekiranya, paras air tersebut di bawah paras ekzos kenderaan, ia masih selamat untuk dilalui.
Periksa laluan jika ada sebarang halangan
Kemudian, pastikan laluan di hadapan anda tidak terhalang. Sekiranya terdapat halangan atau laluan tersebut sesak, tunggu seketika sehingga laluan tersebut selamat.
Stabilkan kelajuan
Ketika melalui jalan yang dinaiki air banjir, pastikan kelajuan kereta adalah optimum iaitu tidak terlalu laju dan tidak terlalu perlahan. Hal ini bagi memastikan kereta tidak mudah dibawa arus dan terbabas ke bahu jalan.
TETAPI, sekiranya paras air adalah lebih tinggi daripada ekzos kenderaan dan anda tidak mempunyai pilihan lain selain meredah banjir, maka lakukan langkah ini:
Kenderaan bertransmisi automatik
Jika kenderaan anda bertransmisi automatik, tukarkan gear kenderaan kepada low (gear rendah) atau ‘L’.
Kemudian, kawal kenderaan menggunakan brek tangan serta pastikan butang brek tangan atau ‘hand break’ sentiasa ditekan untuk mengelakkan brek dari terkunci.
Kenderaan bertransmisi manual
Untuk kenderaan bertransmisi manual, pastikan anda menggunakan gear 1 dan kekalkannya di sepanjang pemanduan di atas jalan tersebut. Kawal klac, untuk pastikan meter RPM sentiasa berada lebih dari 2,500.
PENTING!
Selepas kembali ke laluan yang tiada air, pastikan anda periksa brek kenderaan. Kebiasaannya, brek tidak berfungsi dengan baik ketika basah.
Oleh itu, pandu dengan perlahan. Hadkan kepada 10 hingga 15km/j sambil menekan brek dan minyak secara serentak.
Atau, pergi ke bengkel terdekat untuk lakukan pemeriksaan kenderaan.
Afiq Ariffin
Sun Sep 20 2020
Sekiranya anda terperangkap dalam situasi banjir kilat dan tidak mempunyai pilihan lain selain meredah jalan tersebut, ada beberapa perkara yang perlu anda lakukan. -Foto Astro AWANI
Polis Filipina sahkan pemergiaan Malabed satu kehilangan
Polis Filipina pada Jumaat mengesahkan seorang pegawainya Kolonel Polis Pergentino Malabed berada dalam pesawat American Airlines yang terhempas ke Sungai Potomac selepas bertembung dengan helikopter Black Hawk Tentera pada Rabu.
Junta tentera lanjutkan darurat
Junta Tentera melanjutkan darurat selama enam bulan lagi, sehari sebelum ulang tahun keempat rampasan kuasa.
Hamas umum nama tiga tebusan bakal dilepaskan
Hamas pada Jumaat mengumumkan nama tiga tebusan yang bakal dilepaskan pada Sabtu.
Tiga individu itu ialah Ofer Calderon, Keith Siegel dan Yarden Bibas.
Tiga individu itu ialah Ofer Calderon, Keith Siegel dan Yarden Bibas.
Pemimpin pembangkang India ditahan atas dakwaan rogol, serangan
Seorang pemimpin parti pembangkang Kongres India ditangkap pada Khamis atas tuduhan rogol dan serangan.
FDA lulus ubat baharu berpotensi jadi alternatif opioid
Pil itu dinamakan Journavx, yang digunakan untuk merawat sakit akut jangka pendek yang sering berlaku selepas pembedahan atau kecederaan.
Malaysia bantu permudah Timor-Leste sertai perjanjian ekonomi ASEAN
ASEAN menantikan kesediaan daripada Timor-Leste untuk menyertai perjanjian-perjanjian dan bersedia memberikan sokongan pembinaan kapasiti.
Sekitar Masjid Umawi sempena solat Jumaat pertama selepas pembentukan kerajaan sementara
Hari Jumaat di Syria merupakan hari hujung minggu. Hujung minggu kali ni sedikit berbeza kerana rakyat Syria dilihat keluar beramai-ramai solat Jumaat di Masjid Umawi di Damsyik dan Hilal Azmi yang berada di lokasi sempat bertemu dengan pelajar Malaysia di sana.
Kertas siasatan kes guru pukul murid telah lengkap
Polis telah melengkapkan kertas siasatan berhubung dakwaan seorang murid sebuah sekolah rendah di Bagan Serai mengalami kecederaan akibat dipukul guru seperti yang tular di media sosial.
Bantuan RM25 juta amat diperlukan - Hajiji
Menyambut baik dan berterima kasih atas bantuan itu, Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata bantuan segera merangkumi RM1,000 untuk semua keluarga yang terkesan juga amat penting dalam usaha membantu mangsa banjir.
Amaran hujan berterusan tahap waspada di tujuh kawasan di Sarawak
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada hingga Sabtu di tujuh kawasan di Sarawak.
Ketua Pengarahnya Dr Mohd Hisham Mohd Anip berkata analisis model ramalan cuaca terkini menunjukkan luruan monsun yang sedang berlaku dijangka berterusan hingga Sabtu.
Ketua Pengarahnya Dr Mohd Hisham Mohd Anip berkata analisis model ramalan cuaca terkini menunjukkan luruan monsun yang sedang berlaku dijangka berterusan hingga Sabtu.
Pembukaan banyak pusat data boleh jejas sumber air negara
Meskipun Malaysia mengalu-alukan pelaburan itu, pakar bimbang tidak ada cukup langkah untuk melindungi air bagi kegunaan awam dan persekitaran.
Semua empangan di Selangor berkapasiti penuh, mampu bertahan empat bulan
Secara keseluruhan, kapasiti air mentah mampu bertahan selama tempoh empat bulan tanpa hujan.
Masalah air perlukan penyelesaian yang lebih saksama
Jelas beliau, jika masalah air ini gagal diatasi ia juga akan menyumbangkan kepada penutupan kilang-kilang dan pelabur berpindah ke negara lain.
Dasar Air Negara diperkemas, KASA lantik UKM jalankan kajian
Pakar runding dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dilantik Kementerian Alam Sekitar dan Air bagi menjalankan kajian Dasar Negara dalam mengukuhkan dasar air yang lebih menyeluruh dan holistik.
Ketika banjir melanda, LRA Cheras Batu 11, Langat 2 dihenti tugas, jejas 472 kawasan - Air Selangor
Berikutan peningkatan paras air sungai yang mengakibatkan banjir, dua LRA iaitu LRA Cheras Batu 11 dan LRA Langat 2 dihenti tugas manakala LRA Sungai Langat beroperasi pada pengeluaran separa.
Bekalan air terjejas kerana elektrik terputus - AKSB
Bekalan air terawat yang terjejas di beberapa jajahan di Kelantan berpunca dari bekalan elektrik yang terputus hingga menyebabkan pam air mentah terhenti pada Jumaat lepas.
Euro 2020: Ronaldo tolak tepi minuman tajaan kejohanan
Cristiano Ronaldo mengetepikan botol tersebut dan menyebut 'agua', sekali gus memberikan mesej kepada semua supaya tidak mengambil minuman yang mengandungi gula yang tinggi itu.
Lubang benam gergasi 'muncul' di Mexico
Lubang itu pada mulanya hanya berukuran lima meter namun saiznya menjadi berkali ganda hanya dalam beberapa jam.
Indeks Harga Pengguna naik 1.7 peratus pada Mac 2021
Peningkatan dalam keseluruhan IHP tersebut didorong oleh kenaikan indeks pengangkutan, makanan, pelbagai barangan dan perkhidmatan.
Ramadan 2021: Masalah mulut berbau.. Apa puncanya?
Ramai salah anggap, samakan plak dengan makanan yang tertinggal dalam mulut, sedangakan ia adalah benda yang bebeza.