JELEBU: Terasa diri tidak dihargai dan dipinggirkan, selain kehilangan orang tersayang dan teman rapat secara berturut-turut dalam tempoh 2018 hingga 2019, membuatkan anak muda ini memilih syabu sebagai "peneman" bagi mengubat kesunyian dan membebaskan diri daripada kemurungan.
"Saya berasa tertekan disebabkan oleh pelbagai masalah yang datang bertimpa-timpa. Tidak ada tempat untuk saya mengadu. Kemudian, nenek saya meninggal dunia, diikuti oleh tiga rakan. Ada yang maut kerana kemalangan jalan raya dan ada yang kerana penyakit," kata lelaki berusia 26 tahun itu, membuka cerita kepada Bernama baru-baru ini.
Mahu dikenali sebagai Abang Chik, dia adalah antara 290 "klien" (penghuni) Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (Puspen) Jelebu, Negeri Sembilan. Pusat itu merupakan antara destinasi Program Kembara Media 2023, anjuran Jabatan Penerangan, Kementerian Komunikasi dan Digital, bagi wilayah Selangor dan Negeri Sembilan.
Sambil tangannya ligat menguli tepung untuk dijadikan tart nanas, Abang Chik menyambung cerita: "Dalam tempoh yang sama juga kedai telefon yang saya usahakan bersama bapa saudara terpaksa ditutup kerana pelbagai masalah.
"Belum habis masalah itu, restoran milik ibu pula terpaksa ditutup, juga kerana pelbagai masalah. Ketika itu saya berasa sangat kecewa dan sunyi. Saya rasa kehidupan saya gelap-gelita dan terumbang-ambing seorang diri tanpa sokongan sesiapa."
Menurutnya, pada 2021, dia yang ketika itu hidup dalam keadaan sangat tertekan, diperkenalkan kepada dadah "Ice" atau syabu oleh seorang rakan.
"Kawan beritahu 'barang' ini boleh buat kau tenang," kata anak jati Kampung Batu Muda, Kuala Lumpur itu.
Ketagihan bahan terlarang itu membawanya ke Puspen Jelebu yang menjadi "rumahnya" sejak sembilan bulan lalu, dan kini dia sedar ramai yang prihatin serta bersedia mendengar rintihannya.
"Alhamdulillah, kini saya rasa kuat. Sebenarnya ada insan-insan yang sentiasa menyokong dan memberi dorongan untuk kita berubah.
"Di sini, niat untuk berhijrah dan menjalani kehidupan yang lebih baik menjadi lebih kuat kerana kita nampak sokongan padu daripada pegawai, kaunselor, tenaga pengajar dan juga ahli keluarga," katanya, menambah dia tidak sabar untuk memulakan hidup baharu dan membuka perniagaan tart nanas apabila keluar dari Puspen kelak.
"Sebelum ini saya tidak pernah buat tart nanas, hanya tengok kakak sahaja yang buat. Akan tetapi, dengan kemahiran yang dipelajari di sini, saya merancang untuk menjual tart nanas sebagai permulaan kehidupan baharu saya," katanya.
Anak kelima daripada tujuh beradik tersebut juga bangga dengan kemahiran yang dikuasainya itu kerana katanya, dia mengambil masa yang agak lama untuk mempelajari cara membuat kuih berkenaan.
"Kini, setiap kali saya tengok kuih yang sudah siap, saya berasa puas," tambahnya.
BAHANA RASA INGIN TAHU
Jika kemurungan membawa Abang Chik ke lembah najis dadah, lain pula kisah Muhammad Faiz (bukan nama sebenar) yang menjadi penagih syabu dek rasa ingin tahu.
"Saya ambil dadah sejak umur 17 tahun. Tidak sesiapa yang memaksa saya mengambil dadah tetapi didorong oleh rasa ingin tahu dan saya pun mencuba. Ketika itu saya cuma nak 'enjoy', nak rasa seronok," kata anak muda berusia 26 tahun itu sambil memasukkan tart nanas yang siap dibakar ke dalam balang.
Dia yang sudah 11 bulan berada di Puspen Jelebu menyifatkan pusat berkenaan banyak mengajarnya erti kehidupan termasuk mendekatkan dia dengan Allah SWT.
"Di sini saya dapat mendisiplinkan diri, memang jauh berbeza dengan kehidupan sebelum ini. Sekarang saya betul-betul menyesal dengan apa yang saya lakukan selama ini. Lapan tahun hidup di jalan yang salah," ujarnya yang berasal dari Kuala Selangor, Selangor.
Bercerita tentang tart nanas, Muhammad Faiz berkata bidang bakeri adalah sesuatu yang baharu baginya yang sebelum ini bekerja sebagai pemandu van di sebuah universiti awam.
"Memang tak ada kaitan langsung dengan memandu van, tapi saya nampak potensi kerjaya sebagai pembuat tart nanas ini.
"Saya mahu membuktikan kepada keluarga dan orang di luar sana, bahawa saya juga boleh berjaya dengan ilmu yang diperoleh di sini. Saya berhasrat jadikan perniagaan tart nanas ini sebagai langkah permulaan untuk pergi lebih jauh. Tidak semestinya orang yang ada episod hitam seperti kami tidak boleh melakar kejayaan," katanya.
"LAGI TERUK JIKA TAK DATANG SINI"
Tart nanas yang dikeluarkan oleh Puspen Jelebu ini adalah hasil daripada ladang nanas milik institusi itu sendiri yang diusahakan oleh kliennya.
Kumar (bukan nama sebenar), 35, yang memilih untuk mempelajari kaedah penanaman nanas, berhasrat membuka ladang tanaman itu apabila keluar dari pusat itu kelak.
"Sebelum ini saya berniaga jual besi buruk. Saya pun ada usahakan tanaman pisang dan ladang getah semasa di kampung, tetapi semua terbengkalai disebabkan pengambilan dadah. Kini, saya dapat pengalaman baharu bagaimana menguruskan ladang nanas. Selepas keluar nanti saya hendak usahakan tanaman nanas pula, seronok juga," katanya.
Menurut Kumar, mereka menghabiskan masa kira-kira dua jam di ladang nanas setiap hari, bermula 10 pagi. Di situ, mereka dibimbing tentang penjagaan nanas oleh tenaga pengajar yang mendapat latihan daripada Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM).
Bercerita tentang pembabitannya dalam najis dadah, Kumar yang berasal dari Padang Besar, Perlis berkata dia menjadi penagih syabu ketika berusia lewat 20-an akibat pengaruh kawan.
"Hidup saya musnah. Perniagaan saya bankrap. Duit banyak habis untuk dadah. Jika tak ada dadah saya tidak mahu kerja, sudah dapat dadah baru saya kerja," kongsi bapa kepada empat anak itu.
"Kalau saya tidak datang ke sini, keadaan saya pastinya jadi lebih teruk," tambahnya.
TERAPI PEMULIHAN
Sementara itu, Pengarah Puspen Jelebu Arzmi Abdullah berkata projek nanas tersebut bermula pada Oktober 2013, melibatkan tanah seluas 30 ekar (12 hektar) dengan benih disumbangkan oleh LPNM Zon Tengah Serdang, Selangor secara berperingkat.
Pada peringkat awal, buah nanas hanya dijual mentah atau diproses menjadi jus, katanya, menambah idea membuat tart nanas direalisasikan pada 2018.
"Ada banyak program kemahiran yang kita jalankan, tetapi Puspen Jelebu ini dikenali dengan penanaman nanas. Kita ada pelbagai jenis nanas, iaitu N36, Selangor Sweet atau Yankee, MD2, Moris, Crystal Honey dan Sarawak.
"Selain mengusahakan ladang nanas, klien turut menghasilkan produk daripada nanas, antaranya tart, jem, kek serta jus menerusi Pusat Titigold Puspen Jelebu," katanya, menjelaskan Puspen Jelebu beroperasi berdasarkan Model i-Pulih, iaitu rawatan dan pemulihan yang meliputi aspek biologi, psikologi, kerohanian dan sosial yang sesuai dengan keperluan penghuni.
Menurutnya, sejak diperkenalkan, sebanyak 458 klien menerima manfaat daripada projek nanas yang diusahakan oleh Puspen Jelebu dengan kerjasama Agensi Antidadah Kebangsaan serta Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (kini Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan) itu.
Mengulas lanjut, Arzmi berkata Puspen Jelebu merancang untuk memperluaskan lagi penanaman nanas selain mempelbagaikan produk berasaskan tanaman itu dengan matlamat menyediakan modal insan untuk memenuhi keperluan industri nanas.
"Tujuan utama kami menjalankan penanaman nanas ini sebenarnya ialah sebagai satu rawatan terapi dalam bentuk pertanian," ujarnya.
Menurutnya, pada sambutan Aidifitri lepas, Puspen Jelebu meraih jualan bernilai kira-kira RM16,800 daripada produk berasaskan nanas, termasuk 480 balang tart.
"Air tangan klien Puspen ini kami bekalkan kepada pemborong tempatan dari Titi, Mantin, Lenggeng serta Kuala Lumpur," katanya, menambah sebahagian kecil hasil jualan akan diserahkan kepada penghuni apabila mereka keluar dari pusat itu selepas dua tahun menjalani rawatan pemulihan.
Tambah beliau, pada masa ini perusahaan nanas itu melibatkan 20 klien, iaitu masing-masing 10 orang di bakeri dan ladang.
KEMAHIRAN JANGKA PENDEK
Bercerita lanjut, Arzmi berkata Puspen Jelebu memfokuskan pada program kemahiran yang boleh dipelajari dalam masa singkat kerana didapati lebih cepat memberi impak kepada penghuni.
"Mereka boleh memanfaatkan kemahiran itu sebaik keluar dari Puspen kerana tidak memerlukan modal besar berbanding kemahiran yang mengambil masa untuk dipelajari.
"Fokus saya ialah kemahiran seperti gunting rambut, buat roti canai, kuih, donat serta biskut sebab bidang ini boleh membawa klien pergi lebih jauh apabila mereka keluar nanti.
"Contohnya, jika mahir gunting rambut, mereka boleh bekerja dengan orang, dan sekiranya klien ada sedikit modal, dia dah boleh buka kios kecil untuk kedai gunting rambut. Begitu juga dengan (kemahiran) tebar roti canai, sama ada boleh bekerja dengan restoran atau kedai makan, mereka boleh sewa di bahagian tepi restoran untuk jual roti canai," katanya.
Menurut beliau, pihaknya pernah mengajar kemahiran yang mengambil masa lama, namun apabila penghuni keluar dari Puspen, mereka tidak mampu mengaplikasikan kemahiran itu disebabkan oleh kekangan modal.
Katanya, Puspen Jelebu juga bersedia bekerjasama dengan agensi lain yang berminat menanam nanas.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jun 22 2023
Abang Chik tidak sabar untuk memulakan hidup baharu dan membuka perniagaan tart nanas apabila keluar dari Puspen kelak. - Foto BERNAMA
Hanya 12 trak bantuan makanan, air diedar ke utara Gaza dalam tempoh 2 setengah bulan
Bantuan kemanusiaan sering dihalang, dengan beberapa trak yang berjaya menghantar bantuan kemudian diserang.
KPDN Pulau Pinang terima 115 aduan berhubung minyak masak paket sejak Januari
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Pulau Pinang menerima 115 aduan berkaitan minyak masak bersubsidi dalam tempoh Januari sehingga 22 Dis lepas.
AWANI Borneo [23/12/2024] - Mangsa angin kencang | Musim perayaan | Hujung minggu ini
AWANI Borneo Isnin, 23 Disember 2024 bersama Dzulfitri Yusop.
Penduduk penempatan atas air perlukan penempatan lebih sistematik dan kukuh.
Utamakan keselamatan, rai Krismas dengan keceriaan.
Rock In The Jungle bakal gegarkan Gunung Santubong.
Penduduk penempatan atas air perlukan penempatan lebih sistematik dan kukuh.
Utamakan keselamatan, rai Krismas dengan keceriaan.
Rock In The Jungle bakal gegarkan Gunung Santubong.
Rock In The Jungle bakal gegarkan Gunung Santubong
Berlangsung hujung minggu ini, acara Rock In The Jungle bakal menghimpunkan kumpulan-kumpulan rock terkemuka bukan sahaja dari Malaysia, juga negara jiran Singapura dan Indonesia.
TH larang syarikat haji, umrah promosi visa mujamalah, furada
Pengelola Jemaah Haji (PJH) yang dilesen di bawah Lembaga Tabung Haji tidak dibenarkan mempromosikan pakej visa mujamalah atau furada.
Kerani bank rugi lebih RM100,000 terperdaya 'phone scam'
Seorang kerani bank kerugian RM115,950 selepas terperdaya sindiket penipuan melalui telefon atau 'phone scam' yang menyamar sebagai polis dan pendakwa raya.
Kerja pembaikan SMK Lutong akan dilakukan segera
Kerja-kerja pembaikan asas SMK Lutong, Miri yang terjejas akibat ribut pada hujung minggu lalu akan dilakukan dengan segera.
Terus bersatu meraikan kepelbagaian dan kepercayaan - Hajiji
Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor mahu rakyat di negeri itu terus bersama-sama sebagai satu masyarakat bersatu dalam meraikan kepelbagaian dan kepercayaan
Hujan berterusan di timur Sabah hingga 30 Disember
MetMalaysia keluarkan amaran ramalan cuaca signifikan berdasarkan analisis model-model cuaca terkini, luruan monsun lemah dijangka berlaku pada 28 hingga 30 Disember 2024.
Penduduk perlukan penempatan lebih sistematik dan kukuh
Perancangan jangka panjang sedang dirangka bagi membantu mangsa insiden angin kencang di penempatan atas air di Semporna.
LPNM mahu jadikan nanas sebagai buah kebangsaan
Sheikh Umar Bagharib berkata pihaknya sedang dalam usaha ke arah itu, namun perancangan mengenainya masih dalam peringkat awal.
Pasaran nanas diperluas ke Osaka, Jepun - LPNM
Pasaran nanas MD2 kini telah diperluaskan ke Osaka sekali gus menyumbang kepada peningkatan jumlah eksport negara, kata Pengerusi Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM) Sheikh Umar Bagharib Ali.
Terapi nanas buka lembaran baharu buat penghuni Puspen Jelebu
Dengan kemahiran yang dipelajari, saya merancang untuk menjual tart nanas sebagai permulaan kehidupan baharu saya, kata Abang Chik.
Nilai eksport produk nanas dijangka cecah RM1.3 bilion tahun ini
Nilai eksport produk berasaskan nanas negara dijangka boleh mencecah sehingga RM1.3 bilion pada tahun ini selari dengan trend peningkatan.
Banjir: 54 pekebun nanas di Johor rugi RM8.41 juta - LPNM
Seramai 54 pekebun nanas di Johor mengalami kerugian bernilai RM8.41 juta, selepas kawasan tanaman seluas 99.35 hektar terjejas akibat banjir.
Eksport nanas negara tunjuk trend peningkatan dari 2016 hingga 2020
Eksport nanas Malaysia menunjukkan trend peningkatan dari 2016 hingga 2020 dengan pertambahan permintaan dari China dan Timur Tengah terutama bagi varieti MD2, N36 dan Josapine.
Sarawak mungkin atasi Johor sebagai pengeluar nanas terbesar negara
Sarawak juga mempunyai seramai 700 hingga 900 petani yang terlibat dengan penanaman nanas di negeri ini sejak RMK-11, dengan paling ramai mereka di Bahagian Samarahan.
Nanas bantu penduduk Iban di perkampungan Muara Payang tambah pendapatan
Sehingga kini, hampir semua 11 keluarga yang mendiami kampung itu terlibat dengan penanaman nanas jenis (baka) Sarikei.
Alumni UMK jadi 'tauke' nanas raih pendapatan lumayan
Bidang agro tani mampu memberi pulangan lumayan sekiranya diusahakan secara serius dan komited.
Nanas kembar lapan jadi tarikan di Alor Setar
Daripada 2,000 pokok yang ditanamnya, sebiji nanas dari baka MD2 didapati bercantum dan berbentuk seperti kipas.