KUALA KRAI: Seorang siswazah Universiti Malaysia Kelantan (UMK) sama sekali tidak menyangka percubaannya untuk mengusahakan tanaman nanas di Kampung Chuchuh Puteri dekat sini sekitar tiga tahun lepas, membolehkan beliau kini meraih pendapatan lumayan, mencecah sehingga lima angka bagi semusim.
Wan Lokman Wan Haron, 33, alumni pertama dari Fakulti Agro Industri dan Sumber Asli (FASA) UMK itu berjaya membuktikan bahawa bidang agro tani mampu memberi pulangan lumayan sekiranya diusahakan secara serius dan komited.
Katanya selepas tiga tahun berpanas dan bermain lumpur, akhirnya ladang nanas miliknya yang diusahakan di atas tanah seluas 10 ekar di Kampung Chuchuh Puteri itu mampu menghasilkan sekitar tujuh tan nanas, semusim.
"Ia dijual dengan harga borong di pasaran tempatan iaitu RM2.50 sekilogram (nanas Madu Kaca) manakala nanas varieti MD2 pula dijual pada harga RM4 sekilogram.
"Bagi jualan secara runcit harga sekilogram nanas Madu Kaca sekitar RM3.50 hingga RM5 dan nanas MD2 mencecah harga RM5 hingga RM8 sekilo bergantung kepada pasaran semasa," katanya ketika dihubungi, di sini hari ini.
Wan Lokman berkata nanas MD2 antara yang menjadi rebutan dan mendapat permintaan tinggi kerana rasanya yang manis, lebih berjus dan serat yang bagus untuk kesihatan.
"Saya memulakan tanaman ini menggunakan modal sekitar RM30,000 yang diperoleh daripada wang simpanan keluarga saya, dengan memulakan tanaman secara berperingkat dengan memperoleh anak benih nanas yang dibeli di pasaran," katanya.
Wan Lokman turut menyifatkan pengalaman belajar ketika menuntut di UMK banyak membantunya untuk menjadikan bidang pertanian sebagai 'lubuk rezeki' baginya.
"Saya juga merancang untuk mempelbagaikan hasil pertanian pada masa datang dengan mengusahakan kebun durian, sayur-sayuran dan beberapa lagi hasil tanaman lain. Saya turut menaruh harapan tinggi untuk menjadikan kawasan Kampung Chuchuh Puteri ini antara lokasi pengeluaran nanas premium di Kuala Krai," tambahnya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jul 04 2021
Wan Lokman Wan Haron iaitu alumni pertama dari Fakulti Agro Industri dan Sumber Asli (FASA) UMK, berjaya membuktikan bahawa bidang agro tani mampu memberi pulangan lumayan. - Foto: Facebook Wan Lokman Wan Haron
Pemindahan besar-besaran selepas kebakaran baharu meletus berhampiran LA
Kebakaran ini berlaku ketika kawasan Los Angeles masih pulih daripada dua kebakaran besar yang telah mengorbankan lebih 24 orang.
AWANI Pagi: Perpustakaan kreatif, suntik ilmu untuk komuniti
Diskusi AWANI Pagi 8.30 bersama Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS), Datin Paduka Mastura Muhamad mengupas sisi lain peranan perpustakaan untuk membantu komuniti khususnya golongan B40 mendapat akses lebih baik dalam pendidikan.
Siti Mastura bayar saman RM830,000 kepada tiga pemimpin DAP
Siti Mastura telah menyelesaikan pembayaran sebanyak RM830,034.75 dalam bentuk ganti rugi dan kos guaman kepada tiga pemimpin DAP.
Rangkuman Lawatan Delegasi Malaysia ke WEF 2025 di Davos
Saksikan bagaimana delegasi Malaysia mengangkat naratif ASEAN di Forum Ekonomi Dunia (WEF) 2025 di Davos, Switzerland. Selain memacu perbincangan global, delegasi turut memanfaatkan peluang untuk menarik pelaburan dan memperkukuh hubungan perdagangan antarabangsa.
Dialog WEF PM Anwar: Daripada Manchester United, cabaran serantau, hingga imbangi dinamik kuasa besar global
Keupayaan Perdana Menteri mengimbangi perbualan dalam perbincangan beliau mempamerkan kedudukan unik Malaysia dalam diplomasi global.
Tenaga, Ketersambungan, dan Keterangkuman
Sebagai Pengerusi ASEAN 2025, Malaysia, di bawah kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, memfokuskan sektor tenaga dan ketersambungan, termasuk Grid Kuasa ASEAN dan teknologi alternatif. Beliau menekankan keterangkuman, pembangunan digital, kecerdasan buatan (AI), dan kerjasama strategik dalam menangani cabaran iklim, ekonomi, dan keamanan serantau.
ASEAN perlu cipta acuan sendiri, bukan ikut rentak barat - Muhammad Yunus
Profesor Muhammad Yunus, Ketua Penasihat Kerajaan Bangladesh, menyarankan agar ASEAN mencipta acuan sendiri dalam pelbagai aspek dan tidak terikut rentak Barat. Beliau menekankan bahawa model memaksimumkan keuntungan demi pertumbuhan tidak lagi relevan. Sebaliknya, pertumbuhan yang boleh diagihkan kepada rakyat terbanyak adalah acuan terbaik.
Industrial Star Rating: Will it help the Malaysian industrial sector?
Discover how the star rating system could transform Malaysian industrial parks, enhance global competitiveness, and strengthen supply chain resilience in strategic sectors with insights from Director, Research Rahim & Co International Sdn Bhd, Sr Sulaiman Saheh.
BRICS & Hubungan ASEAN-China: Pendekatan Malaysia di WEF 2025
Penerangan:Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru pembaharuan struktur kewangan global melalui IMF dan PBB sambil menekankan pentingnya BRICS dalam dialog Selatan Global. Beliau juga menegaskan peranan ASEAN, hubungan strategik dengan China, dan kepentingan Malaysia sebagai negara perdagangan bebas di pentas Forum Ekonomi Dunia (WEF) 2025.
AWANI Ringkas: Struktur kewangan IMF & PBB perlu pembaharuan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
LPNM bangunkan Pusat Pemprosesan Sisa, komited perkukuh rantaian industri nanas
Pusat Pemprosesan Sisa Nanas dijangka beroperasi pada suku pertama tahun ini, dengan peruntukan RM2 juta disalurkan KPKM untuk pelbagai projek pembangunan berkaitan sisa nanas.
LPNM mahu jadikan nanas sebagai buah kebangsaan
Sheikh Umar Bagharib berkata pihaknya sedang dalam usaha ke arah itu, namun perancangan mengenainya masih dalam peringkat awal.
Pasaran nanas diperluas ke Osaka, Jepun - LPNM
Pasaran nanas MD2 kini telah diperluaskan ke Osaka sekali gus menyumbang kepada peningkatan jumlah eksport negara, kata Pengerusi Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM) Sheikh Umar Bagharib Ali.
Terapi nanas buka lembaran baharu buat penghuni Puspen Jelebu
Dengan kemahiran yang dipelajari, saya merancang untuk menjual tart nanas sebagai permulaan kehidupan baharu saya, kata Abang Chik.
Nilai eksport produk nanas dijangka cecah RM1.3 bilion tahun ini
Nilai eksport produk berasaskan nanas negara dijangka boleh mencecah sehingga RM1.3 bilion pada tahun ini selari dengan trend peningkatan.
Banjir: 54 pekebun nanas di Johor rugi RM8.41 juta - LPNM
Seramai 54 pekebun nanas di Johor mengalami kerugian bernilai RM8.41 juta, selepas kawasan tanaman seluas 99.35 hektar terjejas akibat banjir.
Eksport nanas negara tunjuk trend peningkatan dari 2016 hingga 2020
Eksport nanas Malaysia menunjukkan trend peningkatan dari 2016 hingga 2020 dengan pertambahan permintaan dari China dan Timur Tengah terutama bagi varieti MD2, N36 dan Josapine.
Sarawak mungkin atasi Johor sebagai pengeluar nanas terbesar negara
Sarawak juga mempunyai seramai 700 hingga 900 petani yang terlibat dengan penanaman nanas di negeri ini sejak RMK-11, dengan paling ramai mereka di Bahagian Samarahan.
Nanas bantu penduduk Iban di perkampungan Muara Payang tambah pendapatan
Sehingga kini, hampir semua 11 keluarga yang mendiami kampung itu terlibat dengan penanaman nanas jenis (baka) Sarikei.
Alumni UMK jadi 'tauke' nanas raih pendapatan lumayan
Bidang agro tani mampu memberi pulangan lumayan sekiranya diusahakan secara serius dan komited.