ROMPIN: Pasaran nanas MD2 kini telah diperluaskan ke Osaka sekali gus menyumbang kepada peningkatan jumlah eksport negara, kata Pengerusi Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM) Sheikh Umar Bagharib Ali.
Sebagai permulaan, beliau berkata sebuah kontena dengan muatan 4,355 biji nanas segar dari ladang milik Aqina Fruits Sdn Bhd di sini telah dieksport ke negara matahari terbit itu pada Isnin dengan sebahagiannya akan dihantar ke Osaka.
Jepun adalah negara yang telah lama mengimport nanas tempatan dan kali ini LPNM dan syarikat telah berjaya menembusi pasaran Osaka selain Tokyo sebelum ini.
"LPNM sangat mengalu-alukan eksport nanas kerana dapat membantu negara dari segi jumlah eskport nanas tempatan. Malah, di peringkat lembaga, kita akan membantu seberapa banyak pemain industri yang berhasrat menyumbangkan eksport," katanya.
Beliau berkata demikian kepada Bernama selepas majlis pelepasan eksport Nanas MD2 ke Jepun yang turut dihadiri Ketua Pengarah LPNM Mohd Khairuzamri M Salleh dan Pengarah Urusan Kumpulan Syarikat Aqina Wesley Tan.
Sheikh Umar Bagharib berkata trend eksport nanas juga telah meningkat dengan nilai eksport keseluruhan produk berasaskan nanas berjumlah RM1.148 bilion tahun lepas berbanding RM1.106 bilion pada 2021.
Sehingga kini, hampir 20 negara mengimport produk nanas antaranya Singapura, Mesir, China dan Jepun.
Selain itu, beliau berkata industri itu telah berjaya menjadikan taraf hidup kumpulan B40 ke tahap yang lebih baik.
Katanya berdasarkan laporan kajian hasil pada tahun lepas, seramai 2,842 daripada 3,552 pengusaha tanaman nanas telah mencapai pendapatan bulanan melebihi RM5,000 selaras dengan sasaran Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK11).
"Nanas mempunyai potensi dan memberi pelbagai manfaat kepada pengusaha kerana tanaman ini tidak bermusim dan mempunyai pulangan yang baik. Kita memang mengalakkan orang ramai untuk melibatkan diri dengan tanaman ini sekali gus dapat meningkatan bekalan sedia ada," katanya.
Sementara itu, Wesley berkata syarikatnya menyasarkan untuk mengeksport 10 kontena nanas sebulan ke Jepun pada masa akan datang, sambil berharap lebih banyak pihak terutamanya golongan muda untuk terlibat dalam industri nanas.
"Pendapatan mengusahakan nanas adalah tinggi. Malah risiko tanaman juga rendah kerana mudah menguruskannya. Kami memerlukan lebih ramai pekebun untuk terlibat dengan tanaman ini," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Sep 18 2023
Pengerusi LPNM, Sheikh Umar Bagharib Ali (tiga, kanan) melihat proses pembersihan buah nanas MD2 yang akan dieksport ke Jepun pada Majlis Flag-Off Pengeksportan Nanas MD2 Ke Jepun di Ladang Aqina Fruits Sdn Bhd pada Isnin. - Foto BERNAMA
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 23 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Konsert Maliq & D'Essentials ditunda
Kumpulan itu berjanji untuk kembali ke Malaysia dan bertemu peminat sebaik tarikh baharu dapat ditetapkan.
Bangladesh tidak akan benarkan lagi kemasukan Rohingya ke wilayahnya
Bangladesh pada Isnin menegaskan tidak akan membenarkan lebih ramai etnik Rohingya memasuki wilayahnya.
Peniaga rugi lebih setengah juta diperdaya 'scammer'
Seorang peniaga kerugian lebih setengah juta ringgit apabila terperdaya dengan individu yang menyamar sebagai wakil Tenaga Nasional Berhad (TNB) pada Sabtu lepas.
Enam maut dalam nahas babitkan bas persiaran di Ayer Keroh
Sekurang-kurangnya enam maut dalam nahas membabitkan tiga kenderaan di kilometer 204 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah utara berhampiran kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Ayer Keroh, malam ini.
Akaun TikTok dikesan guna suara, video pakar perubatan tanpa kebenaran
Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Bukit Aman mengesan kewujudan akaun TikTok yang menggunakan suara dan video pakar perubatan tempatan tanpa kebenaran bagi mempromosikan produk kesihatan.
Peningkatan pelepasan abu di Gunung Berapi Kanlaon
Kepulan gelap setinggi kira-kira 1.2 kilometer dikesan di Gunung Berapi Kanlaon.
Rusia pertimbang penerbangan terus dengan Brazil, Malaysia, Pakistan
Kementerian Pengangkutan Rusia sedang mengadakan rundingan untuk melancarkan penerbangan terus ke Brazil, Malaysia, dan Pakistan.
Tumpuan Isnin – 23 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
LPNM mahu jadikan nanas sebagai buah kebangsaan
Sheikh Umar Bagharib berkata pihaknya sedang dalam usaha ke arah itu, namun perancangan mengenainya masih dalam peringkat awal.
Pasaran nanas diperluas ke Osaka, Jepun - LPNM
Pasaran nanas MD2 kini telah diperluaskan ke Osaka sekali gus menyumbang kepada peningkatan jumlah eksport negara, kata Pengerusi Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM) Sheikh Umar Bagharib Ali.
Terapi nanas buka lembaran baharu buat penghuni Puspen Jelebu
Dengan kemahiran yang dipelajari, saya merancang untuk menjual tart nanas sebagai permulaan kehidupan baharu saya, kata Abang Chik.
Nilai eksport produk nanas dijangka cecah RM1.3 bilion tahun ini
Nilai eksport produk berasaskan nanas negara dijangka boleh mencecah sehingga RM1.3 bilion pada tahun ini selari dengan trend peningkatan.
Banjir: 54 pekebun nanas di Johor rugi RM8.41 juta - LPNM
Seramai 54 pekebun nanas di Johor mengalami kerugian bernilai RM8.41 juta, selepas kawasan tanaman seluas 99.35 hektar terjejas akibat banjir.
Eksport nanas negara tunjuk trend peningkatan dari 2016 hingga 2020
Eksport nanas Malaysia menunjukkan trend peningkatan dari 2016 hingga 2020 dengan pertambahan permintaan dari China dan Timur Tengah terutama bagi varieti MD2, N36 dan Josapine.
Sarawak mungkin atasi Johor sebagai pengeluar nanas terbesar negara
Sarawak juga mempunyai seramai 700 hingga 900 petani yang terlibat dengan penanaman nanas di negeri ini sejak RMK-11, dengan paling ramai mereka di Bahagian Samarahan.
Nanas bantu penduduk Iban di perkampungan Muara Payang tambah pendapatan
Sehingga kini, hampir semua 11 keluarga yang mendiami kampung itu terlibat dengan penanaman nanas jenis (baka) Sarikei.
Alumni UMK jadi 'tauke' nanas raih pendapatan lumayan
Bidang agro tani mampu memberi pulangan lumayan sekiranya diusahakan secara serius dan komited.
Nanas kembar lapan jadi tarikan di Alor Setar
Daripada 2,000 pokok yang ditanamnya, sebiji nanas dari baka MD2 didapati bercantum dan berbentuk seperti kipas.