KUALA LUMPUR: Seorang daripada empat rakyat Malaysia akan mengalami strok menjelang 2040 jika tiada langkah pencegahan diambil, menurut tinjauan Global Burden of Disease Stroke Statistics Worldwide pada 2016.
Lebih menakutkan apabila pesakit strok kini semakin muda dan sebenarnya, satu dalam empat kes strok berlaku terhadap golongan di bawah umur 50 tahun.
Penolong Pengarah Perubatan dan Perunding Perubatan Kecemasan dari Pusat Perubatan Sunway, Dr Lee Tuan Cheong berkata, strok adalah punca kematian utama ketiga di Malaysia.
"Menurut Pendaftaran Strok Kebangsaan, terdapat 47,911 kejadian strok dilaporkan pada 2019, bermakna kira-kira 130 orang mengalami strok setiap hari di Malaysia," katanya dalam kenyataan pada Selasa.
Beliau berkata, negara juga mencatatkan hampir 32 kematian setiap hari akibat strok dan kebanyakan pesakit mempunyai pelbagai masalah morbiditi dengan tujuh daripada 10 pesakit strok perlu bergantung kepada orang lain untuk kelangsungan hidup.
Dr Lee berkata, faktor risiko paling kerap berlaku strok ialah tekanan darah tinggi, diabetes dan kolesterol; merokok; obesiti dan tidak aktif fizikal; penyakit jantung atau degupan jantung tidak teratur (fibrilasi atrium) dan sejarah keluarga dengan strok.
Beliau menekankan bahawa penyumbang paling ketara kepada serangan strok ialah tekanan darah tinggi kerana boleh merosakkan dinding arteri, sekali gus menyebabkan ia lebih cenderung untuk menjadi sempit atau membeku yang membawa kepada strok.
Apabila strok menyerang, tanda dan gejala dialami mungkin berbeza bergantung kepada bahagian otak yang terjejas seperti secara tiba-tiba kebas atau lemah pada sebelah badan, kekeliruan atau masalah pertuturan, masalah penglihatan pada sebelah atau kedua-dua belah mata, sukar berjalan atau mengimbangkan badan dan sakit kepala teruk tanpa diketahui punca.
Menurutnya, terdapat juga cara lebih mudah untuk mengingati tanda-tanda strok iaitu B.E.F.A.S.T (B- Imbangan: kehilangan keseimbangan, sakit kepala atau pening, E - Mata: penglihatan kabur, F- Muka: sebelah muka terkulai, A-Anggota: kelemahan lengan atau kaki, S-Pertuturan: kesukaran bercakap, T-Masa: segera hubungi ambulans atau Jabatan Kemalangan dan Kecemasan terdekat).
Dr Lee berkata, adalah penting untuk bertindak cepat dan mendapatkan rawatan perubatan dengan pantas semasa serangan strok kerana ia boleh membantu mengurangkan kerosakan disebabkan oleh strok serta meningkatkan peluang untuk pulih sepenuhnya.
"Segeralah ke hospital semasa permulaan simptom, sebaik-baiknya dalam masa 4.5 jam kerana terapi reperfusi (mewujudkan semula bekalan darah) seperti trombolisis dan trombektomi dalam strok iskemia telah terbukti dapat meminimumkan ketidakupayaan.
"Difahamkan bahawa sehingga 90 peratus kejadian strok boleh dicegah dan disebabkan oleh beberapa risiko boleh diubah suai. Dengan mengetahui faktor risiko ini dan mengambil langkah pencegahan sewajarnya, anda boleh menurunkan kemungkinan mendapat strok," katanya.
Sementara itu, Pakar Perunding Pemulihan Pusat Perubatan Sunway, Dr Foong Chee Chong berkata, dengan kemajuan perubatan hari ini, terdapat banyak proses pemulihan yang sesuai untuk mangsa strok, antaranya teknologi robotik, rangsangan otak bukan invasif dan realiti maya yang boleh membantu mangsa strok meningkatkan fungsi dengan lebih baik.
"Satu daripada teknologi canggih itu ialah exoskeleton EksoNR, iaitu sejenis peralatan pemulihan yang dapat membantu pesakit baru pulih daripada strok untuk berjalan semula. Secara umum, rawatan pemulihan ini mengambil masa satu hingga tiga bulan kerana teknologi robotik sedemikian bukan sahaja menyediakan latihan intensif dengan maklum balas tepat malah ia turut menawarkan pelbagai peringkat sokongan bergantung kepada tahap keupayaan pesakit," katanya.
Bagi mereka yang menghidap strok, Dr Foong berkata rehabilitasi merupakan rawatan penting untuk kembali ke tahap kesihatan yang optimum dan pemilihan fasiliti kesihatan dilengkapi dengan kepakaran serta peralatan sesuai dapat menyokong proses pemulihan dengan baik.
Beliau berkata, survivor strok juga boleh melakukan beberapa jenis senaman di rumah sesuai mengikut keperluan individu bergantung kepada tahap strok dialaminya seperti melakukan senaman fleksibiliti, senaman pengukuhan, imbangan, senaman tugas berfungsi dan aerobik.
"Apa yang penting, anda perlu sentiasa berada di samping orang tersayang untuk menyokong perjalanan pemulihan mereka yang panjang. Perlu sentiasa bersabar dan tabah. Walaupun kesihatan mereka mungkin tidak pulih dan berfungsi sepenuhnya, namun mereka masih boleh menjalani kehidupan bermakna walaupun dengan cara lain," katanya. - BERNAMA
Bernama
Tue Oct 31 2023

Seorang daripada empat rakyat Malaysia akan mengalami strok menjelang 2040 jika tiada langkah pencegahan diambil, menurut tinjauan Global Burden of Disease Stroke Statistics Worldwide pada 2016. - Gambar hiasan

Malaysia perlu perkukuh keselamatan siber menerusi kepakaran tempatan
Usaha berkaitan keselamatan siber negara perlu diterajui pakar tempatan bagi mengurangkan ketergantungan terhadap kepakaran dan penyelesaian luar negara.
MAIWP agih RM1.85 juta kepada 14 hospital & pusat perubatan
Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan, MAIWP memberikan sumbangan sebanyak RM1.87 juta kepada 14 hospital dan pusat perubatan menerusi Tabung Kebajikan Hospital.
Dialog Poket Rakyat: RUUKP: Kawal selia ‘Buy now pay later’
Sejauh mana Rang Undang Undang Kredit Pengguna (RUUKP) mengawal selia industri kredit Malaysia terutamanya kegiatan pemberi kredit perkhidmatan BNPL sekaligus melindungi pengguna kredit daripada terma urus niaga yang berat sebelah dan tatacara pengutipan hutang yang berhemah? Diskusi dan analisis Dialog Poket Rakyat jam 9 malam ini.

FBM KLCI ditutup tinggi seiring bursa serantau
FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) mengakhiri minggu ini dengan meningkat sedikit, seiring dengan indeks serantau walaupun Wall Street mencatatkan prestasi lemah dalam tempoh semalaman.
Ismail Sabri keluar dari SPRM selepas hampir enam jam
Bekas Perdana Menteri ke-9, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob keluar dari Ibu Pejabat SPRM pada jam 5.42 petang, selepas selesai memberi keterangan hampir enam jam.
Aliff syukri diperintah bela diri kes video sumbang lagu raya
Datuk Aliff Syukri diperintah untuk membela diri oleh Makmah Sesyen hari ini atas empat pertuduhan berkaitan video raya berjudul 'Kelepok Raya'.
AWANI Sabah+: Suara generasi pelapis didengari, keperluan dipenuhi
Kepentingan generasi muda dalam mewarisi kepimpinan Sabah menjadikan pendidikan antara penekanan utama kerajaan negeri sekaligus memastikan kebajikan mahasiswa dan pelajar sentiasa diutamakan.
Statistik belia bankrap
Sejumlah 5,272 belia berusia 34 tahun ke bawah telah diisytiharkan muflis sejak 2020 hingga tahun ini.
AWANI Borneo [14/3/2025] – Jaminan keselamatan suri rumah| Pengemis cilik
AWANI Borneo bersama Pia Ernadya
1. Penjawat awam wanita diseru sertai SKSSR - CUEPACS
2. Pengemis cilik: Rakyat Malaysia pemurah, namun ada pihak ambil kesempatan
1. Penjawat awam wanita diseru sertai SKSSR - CUEPACS
2. Pengemis cilik: Rakyat Malaysia pemurah, namun ada pihak ambil kesempatan
7 kilang terbakar di Puchong
Tujuh buah kilang di Taman Industri Puchong, Selangor terbakar, dengan hampir 80 peratus struktur bangunan musnah.

Nobuyo Oyama, pemilik suara Doraemon, meninggal dunia pada usia 90 tahun
Nobuyo Oyama, pelakon suara yang terkenal kerana memainkan watak utama dalam siri anime Jepun popular "Doraemon," meninggal dunia pada usia 90 tahun, menurut agensinya pada Jumaat.

Sharon Stone kehilangan RM84 juta dalam simpanan selepas hidap strok
Banyak pihak ambil kesempatan di atas kesakitannya sehinggakan peti sejuk dan telefon Stone atas nama orang lain.

Setiausaha politik PM ziarah penyanyi Sheqal, sampaikan sumbangan
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menghulurkan sumbangan kepada penyanyi Shahrin Salehuddin, atau lebih dikenali sebagai Sheqal.

Legenda bola sepak Kedah lumpuh akibat strok
Pada era 90-an nama Abdul Rahman Tasu, 60, amat digeruni pihak lawan sewaktu menjadi penyerang pasukan Kedah.

Strok: Ambil tindakan, bertindak pantas
Seorang daripada empat rakyat Malaysia akan mengalami strok menjelang 2040 jika tiada langkah pencegahan diambil.

Golongan muda perlu ambil langkah proaktif cegah strok
Strok berlaku dalam satu daripada dua cara, arteri yang disekat (strok iskemia) atau arteri pecah (strok pendarahan).

Maritim Malaysia bawa penumpang kapal alami strok dapatkan rawatan
Wanita warga Indonesia, Hon Siu Fung, penumpang kapal Spectrum Of The Seas mengalami strok semasa kapal dalam pelayaran ke Singapura.

Phuket antara 3 wilayah di Thailand diramal catat suhu lebih 54 darjah Celsius
Jabatan Meteorologi Thailand mengeluarkan amaran pendedahan berpanjangan kepada haba boleh menyebabkan strok haba atau strok matahari.

Legenda rock Rahim Maarof sudah sedar dari koma
Penyanyi rock legenda, Rahim Maarof kini dilaporkan sudah sedar dari koma selepas ditahan di Unit Rawatan Rapi (ICU) akibat angin ahmar di Hospital Sungai Buloh, Selangor.

Serangan strok boleh dielak? Ini penjelasan doktor
Sama ada kesan secara langsung atau tidak langsung pengambilan minyak zaitun sangat bermanfaat bagi mengelakkan serangan strok.