ALOR SETAR: Pada era 90-an nama Abdul Rahman Tasu, 60, amat digeruni pihak lawan sewaktu menjadi penyerang pasukan Kedah.
Namun semuanya berubah apabila dia kini hanya mampu duduk di atas kerusi roda sambil mengharapkan ihsan orang lain untuk membantunya menguruskan diri selepas diserang strok.
Isterinya, Asmanida Ismail, 45, berkata suaminya sudah tidak mampu bercakap setelah diserang strok buat kali keempat pada 16 September lalu.
Katanya, ketika diserang angin ahmar buat kali ketiga November tahun lalu, suaminya masih boleh bercakap dan berjalan menggunakan tongkat tetapi setelah diserang penyakit sama buat kali keempat, keadaannya menjadi lebih teruk dan kini terlantar di katil.
“Selepas diurut seorang lelaki beberapa minggu lalu, suami saya berupaya untuk setidak-tidaknya duduk di kerusi roda dan menggunakan sebelah kakinya bagi melonjakkan badan.
“Sebelum ini keadaan dia memang teruk sangat sehinggakan terpaksa pergi ke Klinik Kesihatan Langgar untuk masukkan air kerana hidrasi,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Langgar, di sini pada Khamis.
Tambahnya, ketika ini kedua-dua mereka bergantung kepada wang pencen dan sumbangan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) yang keseluruhannya berjumlah RM1,500 sebulan untuk menyara hidup.
Asmanida berkata, wang itu kebanyakannya digunakan untuk keperluan suaminya terutama lampin pakai buang dan keperluan perubatan secara alternatif seperti mengurut bagi kembali memulihkan otot dan sendinya.
Jelas Asmanida, sebelum ini dia bekerja sebagai tukang masak namun disebabkan kekangan masa yang memerlukannya pulang pada tengah hari bagi menguruskan suami, menyebabkan dia terpaksa berhenti kerja.
“Saya tak boleh kerja lama-lama. Contoh, baru-baru ini saya baru pergi kerja dua hari, tapi majikan berhentikan saya disebabkan saya terpaksa pulang awal untuk menguruskan suami.
“Saya merayu kepada majikan supaya membayar separuh daripada gaji namun saya tidak boleh terus berkerja di situ kerana majikan memerlukan pekerja penuh masa,” katanya.
Menurut Asmanida, suaminya sering terlihat sebak ketika bercakap mengenai perihal bola sepak dan rakan-rakan lamanya dalam pasukan.
Abdul Rahman merupakan sebahagian daripada daripada skuad muda yang mencatat sejarah apabila membawa Kedah menjadi juara dalam acara bola sepak pada edisi pertama Sukan Malaysia (Sukma) 1986 di Kuala Lumpur.
Selain itu, dia juga merupakan sebahagian daripada anggota pasukan Kedah yang meraih kejayaan menjulang Piala Malaysia 1990.
Orang ramai yang ingin menyalurkan bantuan boleh menghubungi Asmanida di talian 016-2816689.
Adie Sufian Zulkefli
Thu Dec 21 2023

Asmanida menyuap makanan kepada Abdul Rahman yang tidak mampu bergerak selepas terkena serangan strok baru-baru ini. - Gambar/ Astro AWANI

Malaysia perlu perkukuh keselamatan siber menerusi kepakaran tempatan
Usaha berkaitan keselamatan siber negara perlu diterajui pakar tempatan bagi mengurangkan ketergantungan terhadap kepakaran dan penyelesaian luar negara.
MAIWP agih RM1.85 juta kepada 14 hospital & pusat perubatan
Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan, MAIWP memberikan sumbangan sebanyak RM1.87 juta kepada 14 hospital dan pusat perubatan menerusi Tabung Kebajikan Hospital.
Dialog Poket Rakyat: RUUKP: Kawal selia ‘Buy now pay later’
Sejauh mana Rang Undang Undang Kredit Pengguna (RUUKP) mengawal selia industri kredit Malaysia terutamanya kegiatan pemberi kredit perkhidmatan BNPL sekaligus melindungi pengguna kredit daripada terma urus niaga yang berat sebelah dan tatacara pengutipan hutang yang berhemah? Diskusi dan analisis Dialog Poket Rakyat jam 9 malam ini.

FBM KLCI ditutup tinggi seiring bursa serantau
FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) mengakhiri minggu ini dengan meningkat sedikit, seiring dengan indeks serantau walaupun Wall Street mencatatkan prestasi lemah dalam tempoh semalaman.
Ismail Sabri keluar dari SPRM selepas hampir enam jam
Bekas Perdana Menteri ke-9, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob keluar dari Ibu Pejabat SPRM pada jam 5.42 petang, selepas selesai memberi keterangan hampir enam jam.
Aliff syukri diperintah bela diri kes video sumbang lagu raya
Datuk Aliff Syukri diperintah untuk membela diri oleh Makmah Sesyen hari ini atas empat pertuduhan berkaitan video raya berjudul 'Kelepok Raya'.
AWANI Sabah+: Suara generasi pelapis didengari, keperluan dipenuhi
Kepentingan generasi muda dalam mewarisi kepimpinan Sabah menjadikan pendidikan antara penekanan utama kerajaan negeri sekaligus memastikan kebajikan mahasiswa dan pelajar sentiasa diutamakan.
Statistik belia bankrap
Sejumlah 5,272 belia berusia 34 tahun ke bawah telah diisytiharkan muflis sejak 2020 hingga tahun ini.
AWANI Borneo [14/3/2025] – Jaminan keselamatan suri rumah| Pengemis cilik
AWANI Borneo bersama Pia Ernadya
1. Penjawat awam wanita diseru sertai SKSSR - CUEPACS
2. Pengemis cilik: Rakyat Malaysia pemurah, namun ada pihak ambil kesempatan
1. Penjawat awam wanita diseru sertai SKSSR - CUEPACS
2. Pengemis cilik: Rakyat Malaysia pemurah, namun ada pihak ambil kesempatan
7 kilang terbakar di Puchong
Tujuh buah kilang di Taman Industri Puchong, Selangor terbakar, dengan hampir 80 peratus struktur bangunan musnah.

Legenda bola sepak Kedah lumpuh akibat strok
Pada era 90-an nama Abdul Rahman Tasu, 60, amat digeruni pihak lawan sewaktu menjadi penyerang pasukan Kedah.