Tatkala isu perkauman banyak dimainkan sesetengah pihak yang tidak bertanggungjawab sejak beberapa hari yang lalu, status Eddie dilihat menyindir pihak-pihak berkenaan dalam cara yang cukup sinis.
Status yang menerima lebih 30,000 likes dan lebih 12,000 perkongsian itu dipadam oleh Facebook dan puncanya tidak diumumkan oleh pemilik akaun tersebut.
Mesej utama status tersebut adalah untuk menyedarkan orang ramai betapa besar nikmat yang diperolehi rakyat Malaysia, hasil daripada kehidupan berbilang bangsa dan agama yang diamalkan di negara ini sejak merdeka.
Status Eddie di laman Facebook miliknya jadi perhatian netizen.
Di hujung status itu, Eddie meminta agar pihak yang tidak bertanggungjawab berhenti menyebarkan idealogi salah dan membiarkan rakyat Malaysia terus hidup aman dan bersatu.