Pengumuman penutupan sesi persekolahan hari ini, 15 September 2015, yang membabitkan sekolah di beberapa buah negeri iaitu Kuala Lumpur, Selangor, Putrajaya, Negeri Sembilan dan Melaka, melegakan banyak pihak.

Dengan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di kawasan-kawasan terbabit mencecah 200, keputusan yang dibuat Kementerian Pendidikan semalam itu dilihat tepat pada masanya.

Namun begitu, di kalangan orang awam, ada segelintir yang mempersoalkan mengapa keputusan tersebut hanya membabitkan pelajar dan guru.




Golongan pekerja dan orang awam berpendapat jerebu teruk menyebabkan mereka tidak selesa untuk keluar bertugas seperti biasa.






Paling lantang meluahkan rasa tidak puas hati adalah golongan pelajar institusi pengajian tinggi yang merasakan mereka juga wajar diberikan cuti.









Setakat ini, hanya Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) yang dilaporkan menangguhkan sesi pembelajaran untuk hari ini akibat jerebu.