Restoran terkemuka McDonald’s berharap lebih ramai orang boleh merubah tabiat tidak mengambil hidangan yang paling penting iaitu sarapan dengan memberi Egg McMuffins secara percuma pada Isnin ini.

Sarapan percuma ini akan diberikan kepada 1,000 pelanggan pertama yang mengunjung ke 222 cawangan McDonald’s seluruh negara antara pukul 7 pagi sehingga 10 pagi.

Lima ribu restoran di 33 negara seluruh Asia, negara Timur Tengah, dan Afrika akan turut serta dalam acara ‘Sarapan Percuma Sedunia’ dengan anggaran lima juta Egg McMuffins yang akan dikeluarkan untuk hari tersebut.

“Jika anda katakan, anda tidak ada masa untuk sarapan. Kami akan bantu anda. Sila kunjungi McDonald’s pada Isnin ini dan nikmati sarapan yang enak secara percuma” kata Sarah Casanova, pengarah urusan McDonald’s Malaysia semasa merasmikan kempen tersebut di McDonald's Mutiara Damansara

Casanova juga turut memberitahu yang pelanggan tidak perlu untuk berbuat apa-apa, hanya datang pada pagi Isnin ke McDonald's.

“Kami mahu tunjukkan kepada pelanggan kami yang sibuk dan tiada masa untuk sarapan, tentang cara yang mudah dan murah untuk memulakan hari anda. Tiada yang dapat melakukannya seperti McDonald's” tambahnya lagi.

Pada November tahun lepas, hampir 200,000 rakyat Malaysia telah beratur di pagi hari untuk mendapatkan Egg McMuffin secara percuma, yang dibuat dari telur yang segar dari ladang, keju yang berkualiti tinggi dengan kepingan ayam serta roti English Muffin.

Casanova berkata yang projek ini telah berjaya pada tahun lepas dan peratus pelanggan yang membeli sarapan di McDonald's telah meningkat dua kali ganda.