JOHOR BAHRU: Regency Specialist Hospital (RSH), pelopor penjagaan kesihatan terkemuka yang komited terhadap kesejahteraan komunitinya telah mengumumkan angka saringan HbA1c tertinggi (3,148) dalam tempoh tiga hari, justeru berjaya mencipta sejarah dalam Malaysian Book of Records.
Pencapaian luar biasa itu dicapai semasa berlangsungnya Saringan Komuniti Penjagaan Diabetes (Diabetes Care Community Screening) anjuran pihak hospital itu pada 28 hingga 30 Jun 2024 di Regency Medical Care Centre (RMCC) di The Mall, Mid Valley Southkey, Johor Bahru yang bakal dibuka tidak lama lagi.
Majlis yang diserikan dengan tetamu kehormat termasuk Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri Johor, Ling Tian Soon, itu berjaya mengumpulkan 3,148 peserta untuk saringan diabetes HbA1c.
Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi 2023 (NHMS) mendapati bahawa 84% daripada golongan belia (18-29 tahun) tidak sedar mereka menghidap diabetes. Laporan tersebut turut menegaskan bahawa 2 daripada 5 orang dewasa yang menghidap diabetes memiliki glukometer yang digunakan untuk mengukur jumlah glukosa dalam badan.1
Memandangkan diabetes terus menjadi ancaman kesihatan yang utama, inisiatif RSH ini bertujuan memupuk budaya pengurusan kesihatan yang proaktif dan rawatan awal, seterusnya mengurangkan risiko berkaitan dan meningkatkan hasil kesihatan jangka panjang.
Selama tiga hari, para peserta menikmati akses percuma kepada penilaian kesihatan yang penting, dengan saringan diabetes HbA1c yang diikuti dengan pembacaan keputusan segera serta konsultasi daripada pakar-pakar penjagaan kesihatan di lokasi.
Peserta turut menerima ujian mata Fundus istimewa bagi memenuhi keperluan golongan warga emas. Selain ceramah kesihatan yang informatif dan cabutan bertuah harian, acara itu turut berkerjasama dengan syarikat-syarikat tempatan yang telah bermurah hati menawarkan pelbagai diskaun dan promosi berkaitan dengan kesihatan dan kesejahteraan, justeru memperkayakan lagi pengalaman untuk peserta yang hadir.
Semasa acara berlangsung, video testimoni Ms Yoon Hui Min, seorang pesakit diabetes yang berkongsi tentang kepentingan rawatan awal dipaparkan.
“Diabetes adalah penyakit yang boleh dikawal, namun begitu saringan awal sangat penting. Saya dimasukkan ke Regency kerana demam denggi. Doktor sedar yang saya sentiasa berasa letih lalu menjalankan ujian darah, dan mendapati paras gula darah yang tinggi.
"Selepas berunding dengan pakar pemakanan, saya menukar diet saya dan mula kerap bersenam dan memantau paras glukosa darah. Selepas tiga bulan, paras gula saya semakin baik. Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati, jadi saya menggesa semua orang untuk melakukan saringan untuk diabetes,” kongsi Yoon Hui Min.
Pengurusan dan rawatan yang tepat pada masanya adalah kunci untuk mencegah komplikasi berkaitan diabetes. Dr Luqman Bin Ibrahim, Konsultan Endokrinologi di RSH menyokong sentimen ini menerusi kenyataan beliau: “Kami bertemu ramai pesakit yang menghadapi masalah dalam menguruskan diabetes mereka, manakala sebahagian lain tidak sedar bahawa mereka menghidap diabetes.
"Pemeriksaan ini adalah sebahagian daripada usaha berterusan kami untuk menggalakkan gaya hidup sihat di kalangan masyarakat, termasuk pemeriksaan berkala untuk kesejahteraan. Untuk mengelakkan masalah kesihatan jangka panjang, diagnosis dan rawatan awal adalah sangat penting.”
Bersempena dengan ulang tahun ke-15 RSH, usaha memecahkan rekod ini menggariskan kemajuan pihak hospital dalam mencapai visinya untuk masa hadapan penjagaan kesihatan.
Ketua Pegawai Eksekutif RSH Serena Yong berkata, kejayaan itu adalah bukti dedikasi mereka dalam menyampaikan perkhidmatan penjagaan kesihatan yang bersepadu, komprehensif dan lancar kepada pesakit.
"Dengan pencapaian 3,148 individu yang menyertai acara ini, keutamaan kami adalah untuk meningkatkan kesedaran, menyemarakkan kesungguhan, dan membantu ramai keluarga membuat keputusan penjagaan kesihatan yang lebih bermaklumat untuk masa hadapan yang lebih baik," ujarnya.
Regency Specialist Hospital berharap untuk meneruskan komitmennya terhadap kesihatan dan kesejahteraan komuniti, terus berusaha untuk memberikan impak yang berkekalan menerusi inisiatif yang proaktif dan akses kepada perkhidmatan penjagaan kesihatan untuk segenap lapisan masyarakat.
Kenyataan Media
Wed Jul 03 2024

Regency catat rekod untuk bilangan saringan HbA1c tertinggi dalam tempoh tiga hari.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

PM Anwar mahu semua pihak ambil serius isu diabetes
Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata Malaysia juga merupakan antara negara yang memiliki rakyat menghidap diabetes pada jumlah yang amat tinggi.

Kinohimitsu dan Watson lancar program kesedaran diabetes
Kinohimitsu dan Watsons Malaysia lancar inisiatif kesedaran diabetes sempena bulan kesedaran diabetes.

24,000 warga emas di Terengganu disahkan hidap diabetes
Sebanyak 24,000 atau kira-kira 20 peratus daripada 115,000 warga emas di Terengganu disahkan menghidap penyakit diabetes atau kencing manis setakat hari ini.

RM87.1 juta bagi pembelian ubat SGLT2i, manfaatkan 280,231 pesakit diabetes - Dr Dzulkefly
Dzulkefly berkata penyakit kardiovaskular, kanser, diabetes dan penyakit pernafasan kronik, adalah pembunuh senyap dan ia menyumbang kepada 72 peratus daripada jumlah kematian pramatang di Malaysia.

PM Anwar ingatkan rakyat lebih celik kesihatan, kurangkan pengambilan gula
Beliau berkata, ini kerana, bilangan penghidap kencing manis atau diabetes di Malaysia adalah yang tertinggi di Asia Tenggara.

Isu pengeluaran di fasiliti tempatan punca bekalan insulin manusia terjejas - KKM
Bekalan insulin manusia di fasiliti Kementerian Kesihatan (KKM) yang terjejas baru-baru ini adalah disebabkan isu pengeluaran di fasiliti pembekal tempatan, demikian menurut kementerian itu.

Satu daripada enam rakyat Malaysia hidap diabetes
Malaysia masih tersenarai sebagai negara dengan prevalen diabetes tertinggi di Asia Tenggara iaitu satu daripada enam rakyat Malaysia menghidap diabetes.

Inisiatif perang terhadap gula oleh KKM
Semua rakyat Malaysia diseru untuk berganding bahu bagi memerangi kelaziman tabiat pengambilan gula berlebihan.

Diabetes: Jangan tunggu usia 40-an, lakukan pemeriksaan seawal mungkin
Walaupun usaha untuk meningkatkan kesedaran dan menggalakkan gaya hidup lebih sihat terus dilakukan, kelaziman diabetes di Malaysia terus meningkat.

Regency Specialist Hospital cipta sejarah, kempen saringan diabetes tercatat dalam MBOR
Regency catat rekod untuk bilangan saringan HbA1c tertinggi dalam tempoh tiga hari.