Program yang dilancarkan di The Exchange 106 TRX baru-baru ini menawarkan perkongsian daripada ahli farmasi dan pakar diet Kinohimitsu serta pelancaran produk terbaharu, WellSure SugaBalance, yang dirumus khas untuk membantu pengurusan diabetes.
Di Malaysia, 95 peratus kes diabetes adalah diabetes jenis dua, menjadikannya satu krisis kesihatan yang semakin membimbangkan.
Usaha yang dilakukan ini adalah bagi menyokongkan inisiatif kerajaan Malaysia untuk menggalakkan pemakanan sihat dan mengurangkan risiko penyakit kronik terutamanya diabetes di negara ini.
Menurut COO Kino Biotech Malaysia, Jennifer Chin, di sebalik kes diabetes yang tinggi di negara ini, ramai yang masih belum sedar mereka amat terdedah kepada penyakit itu.
Justeru, Jennifer menyatakan rasa terima kasih atas kerjasama Watsons dalam menawarkan pemeriksaan kesihatan percuma, yang diharap dapat meningkatkan kesedaran masyarakat.
“Kami juga memuji inisiatif Kerajaan baru-baru ini, seperti Pelan Advokasi oleh KKM untuk membendung penggunaan gula, yang merupakan langkah penting dalam menangani punca penyakit itu hingga ke akarnya.
"Kami di Kinohimitsu komited untuk menyokong usaha ini dan bekerjasama dengan orang ramai untuk memupuk kepentingan pengesanan awal dan intervensi tepat pada masanya untuk memerangi penyakit ini.
"Dengan menggabungkan pendidikan, kesedaran dan langkah proaktif, kami boleh memperkasakan rakyat Malaysia untuk membuat pilihan dalam perjalanan mereka ke arah menjalani kehidupan yang lebih sihat,” kata Jennifer.
WellSure SugaBalance adalah formula pemakanan lengkap berasaskan tumbuhan yang membantu mengawal lonjakan glukosa darah.
Produk ini mengandungi karbohidrat perlepasan perlahan, ekstrak peria dan mulberry yang meningkatkan sensitiviti insulin, serta formula rendah indeks glisemik untuk mengawal paras gula darah.
Ia juga bebas gluten, laktosa, dan pengawet, menjadikannya pilihan yang selamat bagi individu yang menghidap diabetes.
Dengan pengenalan produk ini, Kinohimitsu berharap dapat memberi sokongan tambahan kepada individu yang menghidap diabetes untuk menguruskan keadaan mereka dengan lebih baik.
WellSure SugaBalance kini boleh didapati di farmasi terkemuka di Malaysia dan secara dalam talian di my.kinohimitsu.com.