JELI: Tiada yang lebih menggembirakan seorang lelaki Orang Asli, Ramli Lanas, 52, apabila berpeluang menjadi 'pengantara' untuk memujuk suku kaum Jahai mengambil suntikan vaksin COVID-19.
Ramli diberikan tanggungjawab oleh Jabatan Penerangan (Japen) Negeri Kelantan untuk membantu menyampaikan maklumat serta pesanan berhubung kepentingan vaksinasi dalam bahasa etnik Jahai kepada penduduk di sekitar kampungnya iaitu Kampung Sungai Rual, di sini semalam.
Keterlibatannya melalui kempen Info On Wheels itu amat berharga buat dirinya kerana menjadi sebahagian petugas yang membantu pihak berkuasa untuk membentuk imuniti kelompok sekali gus membendung penularan COVID-19 terutama dalam kalangan Orang Asli.
"Cara ini sangat bagus kerana ia mampu meningkatkan kesedaran Orang Asli mengenai kepentingan suntikan vaksin, malah mungkin dapat meyakinkan mereka untuk divaksinasi. Tambahan pula, ada sesetengah penduduk kampung terpengaruh dengan hasutan orang luar yang mendakwa vaksin ini beri kesan bahaya sehingga boleh mati.
"Secara tidak langsung juga, saya dapat menasihati dan mengingatkan mereka tentang pematuhan terhadap prosedur operasi standard (SOP) dalam membendung jangkitan COVID-19," katanya ketika ditemui pemberita pada Program Outreach Vaksinasi di Dewan Serbaguna Kampung Sungai Rual di sini.
Ramli antara 230 Orang Asli kampung itu yang telah menerima suntikan vaksin dos kedua pada program outreach dan dia merakamkan penghargaan kepada kerajaan negeri, Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan serta Pusat Khidmat Parlimen Jeli kerana melaksanakan program yang memudahkan kira-kira 400 penduduk di kampung itu.
Turut hadir membuat tinjauan pada program outreach berkenaan adalah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) yang juga Ahli Parlimen Jeli Datuk Seri Mustapa Mohamed dan Pengarah Japen Negeri Kelantan Azahar Ismail.
"Apabila lebih ramai antara kami telah divaksinasi, jadi saya lebih yakin sebab rasa 'dilindungi' daripada dijangkiti wabak COVID-19," kata Ramli sambil berkongsi pengalamannya bahawa dia tidak mengalami sebarang kesan serius selepas menerima suntikan vaksin.
Dalam pada itu, Azahar berkata selain mempergiatkan penyampaian maklumat berkenaan kepentingan vaksinasi, pihaknya turut memperbanyakkan kempen Info On Wheels di seluruh negeri itu terutama di kawasan pedalaman termasuk penempatan Orang Asli.
"Contoh, apabila kita berada di kawasan masyarakat Orang Asli, kita menggunakan khidmat dalam kalangan mereka yang kita pilih mampu untuk menyampaikan mesej (dalam bahasa Orang Asli).
Tambah program outreach
"Kita menyediakan talking point bagi menyedarkan masyarakat untuk mendaftar dan menerima vaksin dan mereka (Orang Asli) turut sama membuat hebahan menggunakan unit kenderaan jabatan," katanya sambil memaklumkan Info On Wheels sedemikian juga telah dilaksanakan di beberapa perkampungan Orang Asli seperti di Pos Hau, Gua Musang, sebelum ini.
Dalam perkembangan lain, Mustapa memohon kepada pihak berkuasa terlibat untuk meningkatkan bekalan vaksin serta turut meminta agar program outreach vaksinasi ditambah di Parlimen Jeli bagi mempercepat proses pemvaksinan kepada 33,200 penduduk di kawasan tersebut.
"Setakat ini, yang terima suntikan vaksin dos pertama 9,354 individu maknanya kira-kira 24,000 lagi belum terima, manakala dos kedua 6,020 individu.
"Jadi harapan saya selaku Ahli Parlimen supaya ditingkatkan bekalan vaksin yang merupakan permohonan popular daripada rata-rata Ahli Parlimen lain seperti saya juga selaku Ahli Parlimen pedalaman agar diberi perhatian lebih kepada kawasan ini," katanya. -- BERNAMA
** Setiap Sabtu dan Ahad, AstroAwani.com membawakan artikel santai dan merangkumi pelbagai topik menarik seperti pelancongan, pemotoran, gaya hidup, hobi, kekeluargaan, kesihatan, pengetahuan am, trivia dan banyak lagi. Ikuti #SantaiHujungMinggu!
Bernama
Sun Jul 04 2021
Ramli diberikan tanggungjawab untuk membantu menyampaikan maklumat berhubung pentingnya vaksinasi dalam bahasa etnik Jahai kepada penduduk di sekitar kampungnya. - Bernama
#AWANIRingkas 24 Januari 2025 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 24 Januari 2025
1️⃣ bincang isu WBB
2️⃣ 80 daripada 560 kanak-kanak belum dituntut
3️⃣ Mahu jumpa Putin, selesai perang di Ukraine
#awaniringkas
1️⃣ bincang isu WBB
2️⃣ 80 daripada 560 kanak-kanak belum dituntut
3️⃣ Mahu jumpa Putin, selesai perang di Ukraine
#awaniringkas
PBB lapor peningkatan ketara dalam operasi di Gaza di tengah-tengah gencatan senjata
Bantuan, kargo dan petugas kemanusiaan kini dapat memasuki kawasan yang sebelum ini sukar diakses.
AWANI Pagi: Debat ukir nama uiam sebaris universiti ternama dunia
Ikuti diskusi pagi Jumaat bersama Prof Datuk Dr. Mohamad Fauzan Noordin, Timbalan Rektor (Pembangunan Pelajar dan Libatsama Komuniti), UIAM dan Anas Ahmad Zaharim, pendebat UIAM berkongsi kejayaan luar biasa di Kejohanan Debat Universiti Dunia 2025 di Panama, Amerika Tengah, sekali gus mengharumkan nama negara di peringkat global.
Imigresen tahan 38 warga asing di Kampung Baru
Op Sapu KL Strike Force itu dijalankan oleh 35 pegawai selepas risikan selama dua minggu di lokasi terbabit berikutan aduan penduduk setempat mengenai kebanjiran warga asing.
Dilema tersorok ekonomi, apa yang kritikal?
Perbincangan eksklusif bersama Pakar Ekonomi, MIDF Research, Abdul Mui’zz Morhalim, menyelami isu-isu tersirat dalam ekonomi Malaysia. Bagaimana dari tekanan inflasi yang semakin perlahan hingga kebimbangan terhadap pertumbuhan global, apakah cabaran kritikal yang perlu ditangani segera? Ikuti diskusi lanjut.
ELSA Speak: AI Revolusi Pembelajaran Bahasa Inggeris di WEF 2025
Syarikat ELSA Speak mencuri perhatian di World Economic Forum 2025 di Davos dengan inovasi AI mereka yang mempermudah pembelajaran bahasa Inggeris. Editor kanan, Najib Aroff, menemubual pengasasnya, Vu Van, untuk mendalami perjalanan syarikat ini sejak sebelum kecerdasan buatan menjadi arus perdana.
Insentif berasaskan dasar, pacu perubahan ekonomi tingkah laku - Rafizi
Kerajaan akan memperkenalkan lebih banyak insentif baharu menerusi Rancangan Malaysia ke-13 (RMK-13) selain daripada pengagihan dana dan projek untuk merangsang ekonomi, kata Menteri Ekonomi Datuk Seri Rafizi Ramli. Beliau berkata insentif itu akan dirangka mengikut dasar yang diperlukan bagi memacu perubahan ekonomi tingkah laku dan masyarakat bagi menyokong transformasi negara.
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS
Pada 8 pagi, ringgit meningkat kepada 4.4320/4480 berbanding dolar AS daripada 4.4420/4465 semalam.
Trump tandatangan perintah eksekutif jadikan Amerika pusat AI dunia
Pendekatan baharu Trump untuk menjadikan Amerika sebagai peneraju global dalam inovasi teknologi sambil menghapuskan dasar era Biden.
Lima hari hanyut di lautan, tiga nelayan kelaparan, air hujan penghilang dahaga
Asrulhisham bersama anak dan seorang lagi awak-awak diselamatkan oleh dua nelayan Aceh selepas lima hari bersabung nyawa di lautan.
Tujuh premis makanan di Gua Musang ditutup - Dr Zaini
Tujuh premis yang didapati tidak mencapai tahap kebersihan ditetapkan Kementerian Kesihatan diarahkan tutup dalam Operasi Bersepadu Premis Bersih Siri 01/2025 di Gua Musang, semalam.
Sarawak kuat kuasa perintah vaksinasi antirabies baharu
Dr Rundi berkata semua anjing di Sarawak kini diwajibkan untuk menjalani vaksinasi antirabies dan menerima suntikan penggalak tahunan.
Wabak disyaki virus Marburg ragut lapan nyawa di Tanzania - WHO
Wabak disyaki virus Marburg di Tanzania menjangkiti sembilan individu dan mengakibatkan lapan kematian setakat ini, menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).
Indonesia bekalkan 4 juta vaksin untuk tangani wabak kaki dan mulut (FMD)
Vaksin FMD ini sedang diedarkan ke seluruh wilayah di Indonesia melalui kerajaan tempatan.
TH perkenal buku rekod rawatan digital, mudahkan bakal haji
Bakal jemaah musim haji 1446H/2025M tidak perlu lagi hadir ke pejabat cawangan Tabung Haji (TH) terdekat bagi mendapatkan Buku Rekod Rawatan Jemaah Haji (BRRJH).
Malaysia, China perkukuh hubungan dalam sains, teknologi dan inovasi
Malaysia mengulangi komitmen untuk mewujudkan kolaborasi dengan China dalam bidang STI menerusi Memorandum Persefahaman ditandatangani antara Akademi Sains Malaysia CAS hari ini.
Sudan Selatan terima lebih 280,000 dos vaksin untuk tangani kolera
Kementerian Kesihatan memaklumkan bahawa vaksin itu akan diedarkan secara strategik di Negeri Upper Nile dan lokasi keutamaan lain.
Vaksinasi dan pendidikan usaha perangi penyakit anjing gila di Sarawak
Usaha untuk memerangi rabies ini sedang giat diteruskan sejak kemunculannya semula pada tahun 2015.
Lebih 1,800 kes mpox disahkan di Afrika dari 20 Oktober hingga 3 November - WHO
Menurut WHO, Republik Demokratik Congo mencatatkan peningkatan terbesar dalam kes dan kematian sepanjang tempoh ini.
Kerajaan Australia tanggung subsidi vaksin RSV untuk wanita hamil, bayi
Wanita yang hamil antara 28 hingga 36 minggu layak menerima vaksin percuma mulai Februari.