Malaysia dan Indonesia adalah beberapa negara yang menjalani tempoh puasa harian terpendek, manakala Iceland memegang rekod tahun ini untuk puasa harian paling lama dengan 15 jam 24 minit dan menjangkau lebih 17 jam menjelang akhir bulan April.
Bulan Ramadan - yang bermula pada 23 Mac di kebanyakan negara - merupakan bulan paling suci bagi umat Islam.
Ramadan adalah bulan di mana kita membuktikan wujudnya cinta, pada setiap kesempatan yang yang ada; kebajikan adalah cinta, berbahagi juga adalah cinta.
Ibadah puasa adalah suatu perjuangan batin menaklukkan kecenderungan buruk dalam diri.
Ibadah puasa merupakan saat membersihkan jiwa yang berjelaga, saatnya kembali kepadaNya dan mensyukuri indahnya kemurahanNya.
Ia juga merupakan saat untuk merenungi diri dan meleburkan kekhilafan dengan berpuasa, amalan soleh dan keikhlasan dalam jiwa.
Di bulan Ramadan, umat Islam menahan diri daripada makan dan minum dari subuh hingga senja selama 29 hingga 30 hari. Bulan puasa kemudiannya diikuti dengan sambutan hari raya pada 1 Syawal.