MELAKA: Projek River Lights di sini akan menjadi platform kebangkitan semula artis visual, seni cahaya dan persembahan di Melaka yang sebelum ini berehat panjang akibat pandemik COVID-19.
Datuk Bandar Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) Datuk Zainal Abu berkata, setakat ini projek itu berjaya menghimpunkan lebih 30 artis daripada pelbagai medium persembahan seperti seni arca, anyaman dan persembahan pentas.
"Macam projek ini (River Lights), ramai ingat ia pencahayaan lampu yang diletakkan di sepanjang tebing Sungai Melaka ini tetapi sebenarnya tidak. Kita tampilkan seni kontemporari pencahayaan dalam bentuk arca," katanya.
Beliau berkata kepada pemberita selepas majlis perasmian program Earth Hour dan Projek River Lights oleh Exco Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) negeri V.P Shanmugam di Taman SDG, Jalan Melaka Sentral di sini malam tadi.
Zainal berkata MBMB yakin projek tersebut akan memberi semangat kepada artis seni kreatif di negeri ini untuk kembali bekerja, menghasilkan reka bentuk dan persembahan yang lebih unik bagi tatapan pengunjung.
Beliau berkata Projek River Lights itu terdiri daripada pemasangan seni arca interaktif dan program jangkauan pelbagai seni diilhamkan daripada Sungai Melaka, yang berteraskan air sebagai sumber kehidupan dan perhubungan.
Menurut Zainal, arca HOPE dan pemetaan cahaya oleh filamen bersaiz 10 meter x 2 meter yang didirikan di tebing Sungai Melaka Fasa II juga merujuk kepada sejarah sosial Melaka secara kolektif yang diadun secara kreatif, berwarna warni dan berinteraktif.
Selain Projek River Lights, Taman SDG tersebut juga akan menjadi ruang kepada artis busker atau penghibur jalanan untuk membuat persembahan sekali gus menarik lebih ramai pelancong ke lokasi itu terutama pada malam hujung minggu.
"Ada lebih banyak pengisian yang sedang kita rancang termasuk menambah arca dengan kerjasama seperti Agensi Pembangunan Ekonomi Seni Budaya (CENDANA), pelopor program Art In The City dengan kerjasama Kementerian Komunikasi dan Multimedia dan Think City. Kita akan tambah baik secara berperingkat.
"Kita akan buat secara berterusan. Kawasan yang dibuka sebagai lokasi bersantai dan swafoto ini akan dapat hidupkan lagi persekitaran di sini sebagai satu ruang baharu kepada orang awam dan pelancong luar terutama menjelang fasa endemik," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Mar 27 2022
Projek River Lights itu terdiri daripada pemasangan seni arca interaktif dan program jangkauan pelbagai seni diilhamkan daripada Sungai Melaka, yang berteraskan air sebagai sumber kehidupan dan perhubungan. - Bernama
Tumpuan Rabu – 27 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Banjir di Kelantan memburuk, Terengganu beransur pulih, Johor kekal setakat 8 malam
Situasi banjir di Kelantan bertambah buruk manakala Terengganu beransur pulih dan Johor pula tiada perubahan setakat 8 malam ini.
Banjir: 13 kawasan berbukit dikenal pasti lokasi perpindahan penduduk Gua Musang
Ia merupakan usaha agensi kerajaan dan keselamatan di jajahan Gua Musang dalam melakukan kesiapsiagaan sekiranya berlaku banjir besar kali ini.
ACLE: JDT tewas tipis 0-1 kepada Shandong Taishan
Separuh masa pertama perlawanan menyaksikan insiden kad kuning mewarnai aksi JDT di atas padang.
Enam individu ditahan disyaki terlibat kes curi Ferrari di pusat cuci kereta
Susulan penangkapan itu, polis turut merampas empat buah kereta iaitu Ferrari, Naza Suria dan dua kereta jenis BMW.
Papan tanda: Hormati peraturan sedia ada - Abdul Karim
Semua pihak diminta untuk menghormati peraturan serta undang-undang sedia ada mengenai penggunaan bahasa tertentu pada papan tanda.
JBPM dilantik ILB bantu pacu sektor kebombaan negara
JBPM dilantik sebagai Badan Peneraju Industri (ILB) bagi industri kebombaan oleh JPK berkuat kuasa Julai lepas hingga Disember 2027.
10 Berita Pilihan - (26 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Kemboja kini destinasi pelaburan yang kompetitif di ASEAN, kata PM Hun Manet
Kemboja menikmati keamanan dan kestabilan politik yang merupakan faktor penting, manakala kerajaan negara itu mengamalkan dasar ekonomi yang paling terbuka dan bebas di Asia.
Populasi panda raksasa peliharaan di dunia cecah 757 ekor
China telah menubuhkan 67 rizab alam semulajadi panda raksasa dan Taman Negara Panda Raksasa, merangkumi kawasan seluas 2.58 juta hektar.
Sungai Melaka jadi indikator kebersihan bandar Melaka - Ab Rauf
Jumlah kutipan sampah di Sungai Melaka dijadikan penanda aras tahap kebersihan bandar Melaka dan kesedaran sivik penduduknya.
19 spesies ikan terdapat di empat lokasi sepanjang Sungai Melaka - Exco
Muhamad Akmal berkata antara spesies ikan itu ialah lampam sungai, lampam krai, terbul, baung dan lundu serta udang galah.
Projek perintis pembangunan pasar terapung Sungai Melaka sedang dirancang - Exco
Projek itu akan dipindahkan ke stesen teksi air berhampiran Taman Lagenda selepas kerja-kerja pembersihan dan pengindahan sungai siap.
Sungai Melaka Fasa Dua jadi kawasan aktiviti, latihan sukan air
Kerajaan negeri bercadang menjadikan sebahagian laluan di Sungai Melaka Fasa Dua sebagai kawasan menjalankan aktiviti riadah dan sukan air seperti perahu naga dan kanu.
Buang sisa kimia ke sungai Melaka, kilang elektronik didenda RM30,000
Sebuah kilang elektronik berasaskan semikonduktor didenda RM30,000 atas pertuduhan melakukan pencemaran sisa kimia ke dalam Sungai Melaka, tahun lalu.
Pertandingan memancing tangani fenomena ikan mati di Sungai Melaka
Kerajaan negeri akan mengadakan pertandingan memancing dan pesta masakan ikan sungai sebagai langkah proaktif menghadapi fenomena ribuan ikan mati di Sungai Melaka.
Pelantikan kontraktor penyelamat kedua siapkan projek Sungai Melaka sedang dimuktamadkan
Kontraktor penyelamat yang dilantik itu diberi masa kira-kira 18 bulan daripada tarikh pelantikan.
Sungai Melaka di Batu Hampar lepasi paras bahaya pagi ini
MetMalaysia mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang, dijangka berlaku di beberapa negeri sehingga 1 tengah hari ini.
Kibar Jalur Gemilang pupuk semangat patriotik
Ada juga rakyat yang begitu patriotik sehingga sanggup mengeluarkan belanja besar untuk menghias rumah kediaman dengan bendera keramat ini.
Melaka Tengah dilanda banjir kilat, MRC henti operasi
Hujan lebat menyebabkan paras air sungai Melaka tinggi serta arus deras dan cuaca juga tidak menentu.