MELAKA: Kerajaan negeri bercadang menjadikan sebahagian laluan di Sungai Melaka Fasa Dua di sini sebagai kawasan menjalankan aktiviti riadah dan sukan air seperti perahu naga dan kanu.
Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata cadangan itu bertujuan menambah tarikan Sungai Melaka sekali gus dijadikan salah satu produk pelancongan baharu sempena Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM 2024).
"Saya akan meminta pihak Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) memberikan jadual iaitu tarikh dan masa tertentu agar aktiviti riadah dan latihan sukan air seperti kanu dan perahu naga dapat dijalankan di Sungai Melaka Fasa Dua.
"Inisiatif ini bukan sahaja dilihat mampu menarik kedatangan pelancong pada TMM 2024 malah berupaya menggamit kedatangan peminat sukan air untuk menjadikan Sungai Melaka Fasa Dua sebagai tapak latihan sukan air berkenaan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Perlumbaan Perahu Naga Melaka 2023 di sini hari ini.
Turut hadir Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya negeri Datuk Abdul Razak Abdul Rahman dan Pengerusi Persatuan Perahu Naga Melaka Datuk Wong Soo Tang.
Ab Rauf berkata cadangan berkenaan hanya melibatkan kawasan di Sungai Melaka Fasa Dua kerana laluan di Sungai Melaka Fasa Satu agak sibuk dengan operasi bot Melaka River Cruise dan tidak sesuai untuk dijadikan tapak bagi aktiviti sukan air.
Sementara itu, beliau berkata Perlumbaan Perahu Naga Melaka akan dijadikan salah satu acara pelancongan utama pada TMM 2024 dengan penyertaan lebih banyak kumpulan dari dalam dan luar negara.
"Saya melihat beberapa penambahbaikan boleh dilakukan pada penganjuran Perlumbaan Perahu Naga Melaka tahun hadapan sekiranya ia dianjurkan sebagai acara peringkat antarabangsa," katanya.
Acara yang berlangsung sehari itu melibatkan jarak 150 meter dan disertai 30 pasukan antaranya dari Melaka, Terengganu, Johor, Putrajaya serta Sarawak dengan dua kategori dipertandingkan iaitu kategori terbuka dan tertutup.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jul 02 2023
![Sungai Melaka Fasa Dua jadi kawasan aktiviti, latihan sukan air Sungai Melaka Fasa Dua jadi kawasan aktiviti, latihan sukan air](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/61688280483_SungaiMelaka.jpg)
Cadangan itu bertujuan menambah tarikan Sungai Melaka sekali gus dijadikan salah satu produk pelancongan baharu sempena Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM 2024). - Gambar fail
![THT ubat kecewa, juarai MHL 2025 THT ubat kecewa, juarai MHL 2025](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739740841_TNBLigaHoki.jpg)
THT ubat kecewa, juarai MHL 2025
Kemenangan itu merupakan kali ketujuh buat THT, yang pernah menjuarai liga pada edisi 2014, 2015, 2016, 2018, 2022, dan 2023.
![Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739740057_HamidYusoff.jpg)
Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf
Projek itu dijalankan menerusi kaedah moden menggunakan sistem iMistroom 2.0 hasil inovasi Hamid bersama pasukannya.
![HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702567_KhairulAzwanHarun.jpg)
HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka
Khairul Azwan berkata ekspo yang dijadual berlangsung selama enam bulan bermula pertengahan April akan turut disertai pelbagai agensi kerajaan.
![Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739611701_AbangJohariTunOpe.jpg)
Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari
Katanya, Sarawak telah diiktiraf oleh Bank Dunia dan Ketua Audit Negara kerana berjaya menguruskan kewangannya dengan baik.
![RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702271_ShamsulAzri.jpg)
RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN
Ia sebahagian usaha kerajaan meningkatkan kedudukan Malaysia dalam CPI dengan menambah baik proses pentadbiran kerajaan secara menyeluruh.
![Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702372_MohdDusukiMokhtar.jpg)
Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat
Mohd Dusuki berkata, pihak Jabatan Peguam Negara amat berbesar hati kerana turut berpeluang terlibat dengan Projek Kampung Angkat MADANI.
![Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739707799_ResortPulauPetang.jpg)
Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang
KETENGAH kini di peringkat melantik kontraktor setelah peruntukan itu disalurkan pada akhir tahun lepas.
Penjual jagung hina kaum India tampil mohon maaf
Penjual jagung yang meletakkan papan tanda berunsur perkauman terhadap kaum India tampil memohon maaf atas kesilapannya itu.
Dia yang dikenali sebagai Abdul Aziz Musa berkata, perbuatan itu sama sekali tidak berniat untuk menghina kaum India.
Dia yang dikenali sebagai Abdul Aziz Musa berkata, perbuatan itu sama sekali tidak berniat untuk menghina kaum India.
Kehadiran anggota polis di kedai buku hanya rondaan rutin
Kehadiran anggota polis di sebuah galeri buku di Petaling Jaya hanya sekadar rondaan rutin dan bukan bertujuan mengganggu aktiviti perniagaan.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, penjelasan ini bagi menjawab hantaran dimuat naik di aplikasi X berkaitan kehadiran pihaknya serta penguatkuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN) di premis terbabit
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, penjelasan ini bagi menjawab hantaran dimuat naik di aplikasi X berkaitan kehadiran pihaknya serta penguatkuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN) di premis terbabit
Wanita curi duit semasa kenduri ditahan, ada 10 rekod jenayah
Seorang wanita berusia 61 tahun yang menyamar sebagai tetamu dan mencuri beg tangan berisi wang RM2,500 ketika majlis perkahwinan di Pasir Mas, Kelantan pada 1 Februari lalu berjaya diberkas polis.
Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Kama Azural Mohamed berkata, suspek ditahan jam 2.35 petang di hadapan sebuah masjid di Kota Bharu semasa menaiki sebuah teksi dipandu rakannya berusia 63 tahun.
Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Kama Azural Mohamed berkata, suspek ditahan jam 2.35 petang di hadapan sebuah masjid di Kota Bharu semasa menaiki sebuah teksi dipandu rakannya berusia 63 tahun.
![Sungai Melaka jadi indikator kebersihan bandar Melaka - Ab Rauf Sungai Melaka jadi indikator kebersihan bandar Melaka - Ab Rauf](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/51673337468_TBkampungjawamelaka.jpg)
Sungai Melaka jadi indikator kebersihan bandar Melaka - Ab Rauf
Jumlah kutipan sampah di Sungai Melaka dijadikan penanda aras tahap kebersihan bandar Melaka dan kesedaran sivik penduduknya.
![19 spesies ikan terdapat di empat lokasi sepanjang Sungai Melaka - Exco 19 spesies ikan terdapat di empat lokasi sepanjang Sungai Melaka - Exco](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-05/81589263443_SungaiMelakalebih.jpg)
19 spesies ikan terdapat di empat lokasi sepanjang Sungai Melaka - Exco
Muhamad Akmal berkata antara spesies ikan itu ialah lampam sungai, lampam krai, terbul, baung dan lundu serta udang galah.
![Projek perintis pembangunan pasar terapung Sungai Melaka sedang dirancang - Exco Projek perintis pembangunan pasar terapung Sungai Melaka sedang dirancang - Exco](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-12/61640600531_DUNMelaka.jpg)
Projek perintis pembangunan pasar terapung Sungai Melaka sedang dirancang - Exco
Projek itu akan dipindahkan ke stesen teksi air berhampiran Taman Lagenda selepas kerja-kerja pembersihan dan pengindahan sungai siap.
![Sungai Melaka Fasa Dua jadi kawasan aktiviti, latihan sukan air Sungai Melaka Fasa Dua jadi kawasan aktiviti, latihan sukan air](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/61688280483_SungaiMelaka.jpg)
Sungai Melaka Fasa Dua jadi kawasan aktiviti, latihan sukan air
Kerajaan negeri bercadang menjadikan sebahagian laluan di Sungai Melaka Fasa Dua sebagai kawasan menjalankan aktiviti riadah dan sukan air seperti perahu naga dan kanu.
![Buang sisa kimia ke sungai Melaka, kilang elektronik didenda RM30,000 Buang sisa kimia ke sungai Melaka, kilang elektronik didenda RM30,000](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-12/61640611125_courtgavelmahkam.jpg)
Buang sisa kimia ke sungai Melaka, kilang elektronik didenda RM30,000
Sebuah kilang elektronik berasaskan semikonduktor didenda RM30,000 atas pertuduhan melakukan pencemaran sisa kimia ke dalam Sungai Melaka, tahun lalu.
![Pertandingan memancing tangani fenomena ikan mati di Sungai Melaka Pertandingan memancing tangani fenomena ikan mati di Sungai Melaka](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-04/61682414935_SungaiMelaka.jpg)
Pertandingan memancing tangani fenomena ikan mati di Sungai Melaka
Kerajaan negeri akan mengadakan pertandingan memancing dan pesta masakan ikan sungai sebagai langkah proaktif menghadapi fenomena ribuan ikan mati di Sungai Melaka.
![Pelantikan kontraktor penyelamat kedua siapkan projek Sungai Melaka sedang dimuktamadkan Pelantikan kontraktor penyelamat kedua siapkan projek Sungai Melaka sedang dimuktamadkan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-11/51669435901_TBsungaimelaka.jpg)
Pelantikan kontraktor penyelamat kedua siapkan projek Sungai Melaka sedang dimuktamadkan
Kontraktor penyelamat yang dilantik itu diberi masa kira-kira 18 bulan daripada tarikh pelantikan.
![Sungai Melaka di Batu Hampar lepasi paras bahaya pagi ini Sungai Melaka di Batu Hampar lepasi paras bahaya pagi ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-10/81665191473_parasairsungai.jpg)
Sungai Melaka di Batu Hampar lepasi paras bahaya pagi ini
MetMalaysia mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang, dijangka berlaku di beberapa negeri sehingga 1 tengah hari ini.
![Kibar Jalur Gemilang pupuk semangat patriotik Kibar Jalur Gemilang pupuk semangat patriotik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/61661737021_TBjalurgemilang.jpg)
Kibar Jalur Gemilang pupuk semangat patriotik
Ada juga rakyat yang begitu patriotik sehingga sanggup mengeluarkan belanja besar untuk menghias rumah kediaman dengan bendera keramat ini.
![Melaka Tengah dilanda banjir kilat, MRC henti operasi Melaka Tengah dilanda banjir kilat, MRC henti operasi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-05/61651804065_MelakaRiverCruise.jpg)
Melaka Tengah dilanda banjir kilat, MRC henti operasi
Hujan lebat menyebabkan paras air sungai Melaka tinggi serta arus deras dan cuaca juga tidak menentu.