Antara pasukan yang menerima tempias populariti tahun ini tentu sekali pasukan Kelantan yang dijenamakan semula sebagai Pamoga Qu Puteh The Red Warriors (PQPTRW), selepas menerima tajaan dari Vida Beauty.
BACA: 3 kesan impak penaja ke atas sukan bola sepak di Malaysia
BACA: Mahu Qu Puteh taja The Red Warriors? Ini dua syarat Datuk Vida
Paling terbaru, kecoh apabila ramai yang memperkatakan tentang teknik rawatan 'mandi bunga' seperti yang diarahkan Pengasas Qu Puteh, Datuk Seri Dr.Hasmizah Othman.
Dalam laporan akhbar Berita Harian semalam, Dr. Hasmizah atau Datuk Seri Vida, mahukan semua pemain menjalani rawatan spa untuk memastikan mereka cergas, tenang dan mampu berada dalam prestasi terbaik setiap kali turun menentang lawan.
Permintaan berbentuk arahan itu dibuat selepas beliau kecewa dengan kegagalan pasukan itu mengutip mata penuh ketika bertemu Sarawak di gelanggang sendiri, minggu lalu.
Pelbagai reaksi dilihat di laman sosial, dengan majoriti merasakan ia langkah yang baik kerana ia bolehlah dianggap seperti pencetus semangat buat pemain.
Wahh.. Team Kelantan akan mandi bunga !!Idea pelik yang tak pernah dibuat mana-mana pasukan di seluruh dunia. Tetapi...
Posted by //www.facebook.com/jamalee.bashah">Jamalee Bashah on Monday, February 29, 2016
Namun ada juga yang negatif dan beranggapan sebagai penaja, Datuk Seri Hasmizah tidak perlu terlibat terlalu mendalam dengan urusan pemain.
Awal tahun ini, Vida Beauty dan Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) mengumumkan kerjasama yang membabitkan nilai tajaan RM16 juta untuk dua musim; 2016 dan 2017.
Buat masa ini, Kelantan berada di tangga keempat Liga Super selepas dua kali seri dan satu kemenangan.