KUALA LUMPUR: Usahawan kosmetik popular, Datuk Seri Vida terus menjadi perhatian umum apabila memperkenalkan pembantu peribadi (PA) baharu.
Seperti yang dijanjikan, pengasas pelbagai produk kecantikan dan kesihatan itu menawarkan gaji bulanan RM10,000 kepada Syed Qusyairy Syed Mahmud Iskandar yang sudah pun memulakan tugasnya.
Berasal dari Selangor, anak muda berusia 26 tahun itu juga dikenali sebagai Qush dan Abang Qu diambil bekerja selepas beberapa bulan Vida tidak dibantu susulan kemelut bersama bekas PA, Iqbal Zulkefli.
"Pastinya gaji lebih daripada RM10,000. Saya memerlukan PA daripada tiga empat bulan lepas. Kalau saya cari yang tua nanti mengantuk 'ngak ngak', saya perlu positif energy," ujar Vida.
Sebelum ini, Vida pernah memaklumkan beliau menerima banyak permohonan yang mahu bekerja sebagai pembantu selepas mengumumkannya di akaun media sosial sekitar Disember lalu.
"Bismillah, PA baru saya (Abang Qu). Buat yang baru ikuti saya, dah lama saya cari PA untuk bantu saya. Ramai yang hantar resume. MasyaAllah… semua hebat hebat.
"PA baru saya ni @abgqu1 pemalu sikit orangnya. Saya pula jenis yang Happy sokmo haha. Ntah tak tahu macam mana nanti. Doakan ye, semoga kemasukan dia memberi barokah.
"Rezeki semua rahsia Tuhan, tak tercepat tak terlambat. Mana la tahu yang komen di positif positif di posting ini dapat Rezeki (Hadiah) dari saya? Tiber haha. InsyaAllah doakan tau perniagaan QuPuteh saya berikan manfaat kepada semua orang.
“Ke hadapan PA baru saya Abang Qu, kerja baik-baik, dikasihi team QuPuteh. Teruskan semangat untuk sama sama kami memberi manfaat kepada semua. Aaminn," katanya.
Kata Abang Qu atau popular dengan panggilan Qush di media sosial,dia berharap agar perjalanannya dalam karier baharu dipermudahkan.
"Ramai DM qush tanya; benar ke? Betul ke “tu Qush” ?. Qush tersenyum dan angguk kepala sedikit sebagai tanda, iyaa itu Qush lah.
"Rezeki bukan sekadar wang ringgit, rezeki hadir dalam pelbagai keadaan . Dikelilingi orang baik satu rezeki, ada kerja yang bagus pun juga satu rezeki.
"Qush tak minta banyak, doakan semoga perjalanan ini diberkati dan disenangi oleh semua," ujarnya.
Astro Awani
Sat Feb 26 2022

Datuk Seri Vida memperkenakan kepada orang ramai pembantu peribadinya, Syed Qusyairy Syed Mahmud Iskandar.

Chong Wei sedia kongsi komitmen sebagai duta sukan Johor
Datuk Lee Chong Wei bersedia memikul tanggungjawab sebagai penasihat badminton dan duta sukan Johor seperti diumum Pemangku Sultan Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Tiada bukti kaitkan bekas pakar patologi dengan pembunuhan Kevin Morais - Peguam
Mahkamah Persekutuan diberitahu tiada bukti yang mengaitkan Kolonel Dr R. Kunaseegaran dengan kes pembunuhan Timbalan Pendakwa Raya Datuk Anthony Kevin Morais.

Pemastautin sementara dalang palsu MyKad - Saifuddin
Seorang pemastautin sementara dipenjara kerana didapati menjadi dalang aktiviti pemalsuan kad pengenalan (MyKad) di ibu negara.
Vietnam seru negara anggota perkukuh ekonomi
ASEAN perlu memastikan kebergantungan strategik dan keupayaan menyesuaikan diri dalam menghadapi cabaran yang semakin berkembang pesat di tengah persaingan strategik.
Vietnam cadang lanjut cuti bersalin ke 7 bulan
Vietnam bercadang membenarkan pekerja wanita melanjutkan cuti bersalin daripada enam bulan kepada tujuh bulan apabila melahirkan anak kedua.
VinFast rancang bina 100,000 stesen pengecas EV di Indonesia
VinFast merancang membina 100,000 stesen pengecas kenderaan elektrik atau EV di seluruh Indonesia yang boleh digunakan orang awam.
Singapura-Vietnam bentuk perkongsian strategik komprehensif
Perkongsian strategik komprehensif ini akan memacu perkembangan didorong oleh inovasi serta pertumbuhan hijau di Singapura dan Vietnam.
Rundingan sempadan maritim dan darat terima kerjasama baik
Kedua-dua pihak turut membincangkan pelbagai isu penting dalam hubungan dua hala antara malaysia dan Indonesia.

Stesen Jana Kuasa Pulau Indah telah beroperasi, jana RM1.6 bilion tahun hadapan
Stesen jana kuasa Pulau Indah (PIPP) di Klang yang dibina empat tahun lepas telah beroperasi secara komersial bermula 1 Mac lepas.
Menara loceng Romanesque terbesar siap selepas 15 tahun
Thailand mempersembahkan menara loceng Romanesque terbesar dunia setinggi tiga tingkat di bandar Wat Ban Dong Yai.

Jurugambar sambilan didakwa cederakan pereka fesyen Razman, Razmi
Seorang jurugambar bebas mengaku tidak bersalah atas pertuduhan mencederakan pereka fesyen, Razman dan Razmi, Rabu lalu.

Ada surat sita barang, tapi tiada waran masuk rumah - Vida
Vida berkata, plaintif berjaya memasuki kawasan rumah atas dasar kerjasama yang diberikan pekerja, namun ia di luar pengetahuannya.

Datuk Vida lantik peguam selesai isu hutang lebih RM1 juta
Datuk Seri Vida atau nama sebenar Hasmiza Othman, 53 tahun berkata akan melantik peguam bagi menyelesaikan isu berkaitan tuntutan hutang dan sitaan melibatkan aset mewah miliknya.

'Adakah Vida faham tentang bola sepak?' - Sathianathan
"Jangan cakap macam bina istana atas angin. Cakap memang cantik, tetapi realiti bola sepak tak ramai yang tahu."

'Ingatkan prank...' - Gugur air mata Cik B imbau kehilangan dua abangnya dalam kebakaran
Anak kepada usahawan popular Datuk Seri Vida, Cik B mengimbau detik-detik duka ketika kehilangan dua abang tercinta dalam kebakaran sekitar 10 tahun lalu.

'Saya okey saja' - Shuib tak kisah DS Vida tumpang kasih anak-anaknya
Menurut Shuib, dia tidak mempunyai masalah dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Vida dan dalam masa yang sama, turut menghormati pendapat netizen mengenai hal berkenaan tersebut.

'Saya akan tegur dia' - Didie Alias nasihat Ifa Raziah agar berpada-pada
Gaya promosi juga perlu diberi perhatian agar objektif untuk menggalakkan pengunjung datang ke acara yang dikelolakan tercapai.

Iqbal dicemuh kerana bercita-cita 'ganti' Justin Bieber menyanyi di konsert
Iqbal memberitahu dia sedia menggantikan Justin Bieber menyanyi untuk rakyat Malaysia berikutan konsert artis antarabangsa itu ditunda.

Netizen tegur MV Raya Datuk Vida, didakwa ada unsur 'drag queen'
Video lagu raya berjudul "Muah Muah Raya" itu didakwa tidak menghormati hari raya kerana menampilkan beberapa penari 'drag queen'.

Lelaki muda dan kacak pilihan DS Vida sebagai PA baharu
Syed Qusyairy Syed Mahmud Iskandar ditawarkan gaji RM10,000 sebagai pembantu peribadi Datuk Seri Vida.