'Prank' tak jadi, pengantin dilambung pengiring pengsan
Pengantin perempuan tidak sedarkan diri akibat dilambung ke udara oleh beberapa pengiring pengantin.
Madiha Abdullah
Tue Nov 03 2015
Pengantin perempuan itu gagal disambut dengan baik oleh mereka yang melambungnya dan dia terjatuh ke tanah.
Sebuah majlis perkahwinan di Tengzhou, China, berakhir dengan tragedi apabila pengantin perempuan tidak sedarkan diri akibat dilambung ke udara oleh beberapa pengiring pengantin.
Pengantin perempuan itu, yang identitinya dirahsiakan, pada mulanya tiba ke lokasi perkahwinan seperti yang dijadualkan pada 1 November lalu.
Namun sebaik sahaja keluar daripada kereta, dia ditarik oleh beberapa pengiring pengantin lelaki dan tetamu, yang kemudian melambungkannya ke udara sebagai satu prank yang menandakan bermulanya upacara keraian majlis perkahwinan tersebut.
Wedding day tragedy for bride left unconscious after groomsmen threw her into air and failed to catch her https://t.co/K4tUVvRZzJ