Kebimbangan paling utama masyarakat khususnya bakal pesara, selain mempunyai simpanan yang mencukupi bagi menampung hari tua, ialah isu kesihatan yang mungkin boleh menelan belanja tinggi melebihi simpanan para pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).
Bagi memastikan kos perubatan mampu dibiaya, para pesara khususnya mereka yang tidak memiliki pelan insurans perubatan peribadi, sewajarnya membuat simpanan khas perubatan.
Azura Amri, 41, penyelia di sebuah syarikat percetakan di sini, berkata para pencarum harus mempunyai kesedaran dari awal bahawa apabila usia meningkat, tahap kesihatan juga akan terjejas dan risiko untuk menghidap penyakit tiga serangkai iaitu diabetis, sakit jantung dan darah tinggi adalah tinggi.
Para pencarum yang akan melalui fasa persaraan sudah tentu pada peringkat itu mereka hanya mahu memikirkan tentang keluarga dalam keadaan fikiran yang tenang, namun isu kesihatan tidak mustahil bakal menjejaskan harapan yang didambakan mereka selama ini.
"Mereka perlu bijak mengatur wang caruman yang diperoleh mereka. Bukan hanya sekadar memikirkan untuk membeli itu dan ini serta melangsaikan hutang semata-mata sehingga tiada simpanan untuk tujuan kesihatan sedangkan ia adalah isu paling penting.
"Pencarum yang tidak mempunyai pelan perlindungan insurans peribadi paling wajar mengutamakan simpanan khas untuk kesihatan," katanya ketika ditemui Bernama di sini.
Azura berkata, justeru, para pencarum wajar mewujudkan akaun simpanan kesihatan agar simpanan mereka lebih terurus dan perbelanjaan kesihatan terjamin.
"Cara ini mungkin lebih baik kerana mereka dapat menguruskan kewangan mereka untuk kegunaan kesihatan secara lebih efisien.
"Kalau akaun bercampur dengan akaun simpanan untuk kegunaan lain, dikhuatiri ia akan menyebabkan pengurusan kewangan mereka sedikit celaru," katanya.
Bagi Alif Abdul Rahman, 25, kerani am di sebuah stesen minyak, persiapan yang mencukupi perlu dibuat kerana isu kesihatan bukan sesuatu yang boleh dijangka.
"Saya sarankan dari masa sekarang para pencarum perlu ambil perlindungan insurans peribadi, kerana jika mereka tiada peruntukan untuk tampung kos perubatan daripada duit simpanan KWSP yang diperoleh, sekurang-kurangnya ada insurans.
"Kalau bernasib baik ada anak-anak bantu tidak mengapalah, bayangkan jika mereka tidak ada anak atau isteri ataupun suami, ini akan sekali gus menjejaskan kehidupan harian nanti.
"Tetapi bila kita pandang remeh isu kesihatan, kita tidak akan ada kesedaran dan persediaan untuk menyimpan duit khusus bagi menampung kos rawatan perubatan apabila kita tua nanti," katanya.
Katanya, penyakit yang hanya memerlukan pencarum dirawat sebagai pesakit luar mungkin tidak menelan belanja yang tinggi, namun apabila perlu dimasukkan ke hospital selepas didiagnos menghidap penyakit serius, ketika itu jika tiada simpanan ke mana mereka perlu minta bantuan?
Berkongsi pendapat sama, L. Srinivasa, 46, yang bekerja di restoran makanan segera, berkata kos sara hidup yang tidak menentu menjadikan isu kesihatan sebagai isu penting yang perlu diberi keutamaan.
"Kita tidak tahu akan datang kos perubatan sama ada mahal atau murah tetapi yang pasti kita kena sediakan payung terlebih dahulu. Mungkin beberapa peratus daripada jumlah caruman boleh diketepikan bagi tujuan kesihatan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Dec 17 2016

Kewangan perlu diurus dengan baik kerana kita tidak tahu bila nanti akan diperlukan untuk tujuan perubatan dan rawatan kesihatan. - Gambar hiasan
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.

Rumah persaraan: Hidup lebih selesa atau jadi beban?
Bila mencapai umur 60 tahun ke atas macam-macam penyakit ada, keperluan berjumpa doktor dan pengambilan ubat makin bertambah.

Guna wang KWSP untuk tujuan penting, jangan lupa ia untuk masa depan
Menyimpan wang di KWSP adalah merupakan simpanan yang agak kompetitif dan berisiko rendah berbanding simpanan atau pelaburan di tempat lain.

71 peratus pencarum KWSP mempunyai simpanan kurang RM50,000
71 peratus daripada ahli aktif dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mempunyai kurang daripada RM50,000 dalam simpanan mereka.

Pesara wajar wujudkan akaun simpanan kesihatan
Bagi memastikan kos perubatan mampu dibiaya, para pesara khususnya mereka yang tidak memiliki pelan insurans perubatan peribadi, sewajarnya membuat simpanan khas perubatan.

Satu per tiga warga emas di Selangor tidak mempunyai wang simpanan
Jumlah itu adalah di tahap membimbangkan memandangkan populasi warga tua di negara ini semakin meningkat dan Malaysia bakal menjadi negara menua menjelang 2030.