Sejumlah 33.3 peratus iaitu satu per tiga daripada warga emas di Selangor berumur 60 tahun dan ke atas tidak mempunyai wang simpanan, kata Ketua Pengarah Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) Datuk Dr Siti Norlasiah Ismail.
Beliau berkata berdasarkan data yang diperoleh LPPKN setakat ini melalui kajian awal pihaknya di negeri itu, jumlah itu adalah di tahap membimbangkan memandangkan populasi warga tua di negara ini semakin meningkat dan Malaysia bakal menjadi negara menua menjelang 2030.
"Tinjauan yang telah dilakukan mendapati kebanyakan daripada mereka (warga emas) tidak mempunyai simpanan kerana tidak mempunyai cukup wang untuk menyimpan.
"Walaupun pendapatan kita sedikit, kita tetap perlu ada kesedaran dalam diri dan ilmu pengurusan kewangan yang bijak agar kita dapat tentukan perbelanjaan kita serta tahu membezakan antara keperluan atau kehendak," katanya kepada Bernama selepas merasmikan Bulan Keluarga Kebangsaan 1Malaysia (BKK1M) peringkat negeri Selangor di Selayang dekat sini, pada Sabtu.
Beliau berkata kerana itu LPPKN melaksanakan pelbagai program yang dapat membantu masyarakat seperti 'SMARTbelanja@LPPKN' untuk memberi pengetahuan mengenai kepentingan merancang dan mempraktikkan pengurusan kewangan yang baik.
Beliau berkata anak-anak sememangnya digalakkan untuk membantu ibu bapa namun mereka juga mempunyai keluarga yang harus ditanggung dan kerana itu perlu mempunyai kesedaran untuk menabung dari peringkat awal dan tidak hanya bergantung pada sumbangan dan wang pencen.
Sambutan BKK1M tahun ini disemarakkan melalui penganjuran siri Jelajah Keluarga Bahagia di seluruh negara berkonsepkan informasi dan karnival keluarga yang dilancarkan pada 15 Mac lalu di Pusa, Sarawak.
Bernama
Sat Nov 21 2015

Kajian mendapati warga emas di Selangor tidak mempunyai cukup simpanan wang. - Gambar hiasan

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.
DBKL ambil alih pengurusan bazar, tawar sewaan berpatutan
Bermula tahun ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil alih sepenuhnya pengurusan bazar Ramadan dan Aidilfitri di ibu kota, termasuk urusan permohonan lesen, pengoperasian tapak serta kawalan bazar.
598 warga asing ditahan di Klang, ada yang sanggup sembunyi dalam longkang
Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Imigresen Malaysia Jafri Embok Taha berkata, kesalahan dilakukan merangkumi tiada dokumen perjalanan sah, tinggal lebih masa, salah guna pas dan pelbagai kesalahan lain.
AWANI Ringkas: Reformasi Institusi, Perkukuh Demokrasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Satu per tiga warga emas di Selangor tidak mempunyai wang simpanan
Jumlah itu adalah di tahap membimbangkan memandangkan populasi warga tua di negara ini semakin meningkat dan Malaysia bakal menjadi negara menua menjelang 2030.