GAMBARAN seorang mangsa banjir yang menangis teresak-esak di kaca televisyen terpahat di minda penulis.
“Akak membesar di sini. Suka duka keluarga semuanya di sini. Kenangan dengan mak ayah, adik-adik," ujar Wan Rosnini Wan Mustapha sambil melihat rumahnya ranap akibat Bah Kuning Kelantan 2014.
Baru-baru ini juga kisah sama berlaku pada Abd Rahim Abd Ghani; mangsa banjir Pekan Benta, selepas negeri Pahang dilanda banjir awal tahun 2021.
“Air terus naik ke rumah dan saya hanya dapat selamatkan hanya sedikit barangan yang penting. Yang lain semua habis musnah,” katanya.
Rintihan seperti ini kerap didengar dan dijangka makin meningkat dengan fenomena cuaca yang tidak menentu didorong oleh perubahan iklim.
Berdasarkan jurnal Bencana Alam dan Impak Banjir Besar 2014 Terhadap Komuniti Tempatan di Hulu Dungun, Terengganu: Satu Perspektif Sosiologi Bencana oleh Sarina Yusoff dan Rahimah Abdul Aziz, di Terengganu misalnya, ekoran Bah Kuning yang berlaku pada hujung tahun 2014 hingga awal tahun 2015, memberi kesan emosi yang ketara ke atas kebanyakan mangsa.
Antaranya, mereka berasa takut bencana banjir akan berulang lagi dan letih badan kerana terpaksa membersihkan rumah atau melakukan kerja-kerja membaik pulih.
Jangkaan peningkatan suhu sebanyak 1.5 darjah Celsius berdasarkan laporan Intergovernmental Panel on Climate Change (IPCC) akibat tindak balas manusia terhadap alam sekitar turut memberi impak kepada ekosistem manusia pada jangka masa yang panjang.
Menurut pensyarah psikologi dari Kolej Wooster, Amerika Syarikat, Susan Clayton yang dipetik dalam sesi temu ramah bersama Persatuan Psikologi Amerika bertajuk Speaking of Psychology: The psychology of climate change Episode 79- The Psychology of Climate Change, sebagai berkata, masalah seperti kemurungan, trauma, kegelisahan akan meningkat akibat perubahan iklim.
Ini terbukti apabila pelarian-pelarian perubahan iklim (climate refugees) di Carteret Island, Papua New Guinea yang kehilangan tempat tinggal, orang tersayang dan sumber pendapatan akibat banjir mengalami tekanan emosi yang menjurus kepada kemurungan, rasa gelisah dan trauma.
Menurut Ili Nadiah Dzulfakar, Pengasas Klima Action Malaysia (KAMY), situasi di mana berlakunya loss and damage atau kehilangan dan kerosakan akibat perubahan iklim antara faktor yang menyebabkan gangguan kepada kesihatan mental seseorang mangsa.
"Kehilangan orang tersayang, harta benda, kemarau yang berpanjangan secara langsung boleh menjejaskan pendapatan seseorang. Contohnya para petani di India membunuh diri akibat tekanan emosi," katanya.
Migrasi penduduk akibat perubahan iklim bukanlah sesuatu yang baharu. Menurut Pesuruhjaya Tinggi Bangsa-Bangsa Bersatu Untuk Pelarian (UNHCR), setiap tahun sejak 2008, secara purata 21.5 juta orang terpaksa menjadi pelarian kerana perubahan iklim seperti banjir, ribut, kebakaran hutan atau suhu yang melampau.
Pensyarah Fakulti Psikologi dan Pendidikan Universiti Malaysia Sabah, Prof. Madya. Dr. Balan Rathakrishnan, juga mengesahkan terdapat kaitan antara kesihatan mental akibat perubahan iklim.
Hal ini dapat dibuktikan di Malaysia melalui kajiannya Problem Focused and Emotion-Focused of Flood Coping Responses With Psychological Distress In Flood Victims di daerah Kampung Lokub, Kota Kinabalu, Sabah. Beliau berkata keadaan yang terlalu panas atau sejuk (banjir) boleh menyebabkan keadaan yang tidak stabil kepada emosi manusia sehingga membawa kepada depresi atau kemurungan.
Turut senada, Pensyarah Kanan dan Pakar Kriminologi di Pusat Kajian Psikologi dan Kesejahteraan Manusia, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (FSSK), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Madya Dr. Mohammad Rahim Kamaludin, yang berkata melalui kajian psikologinya, ia dapat dibuktikan bahawa terdapat kaitan antara keadaan cuaca dan tingkah laku agresif seseorang.
“Apabila individu berhadapan dengan cuaca panas terik dikatakan mereka mudah menjadi marah dan mempamerkan tingkah laku agresif seperti memukul orang, mengeluarkan kata-kata kesat akibat hilang kesabaran dan kawalan kendiri sehingga berlaku agresif terhadap orang sekeliling. Hal ini berlaku kerana ketidakseimbangan bahan kimia (neurotransmitter) di dalam otak iaitu hormon serotonin dan dopamin," katanya.
Penemuan ini turut disokong oleh kajian yang dilakukan Laporan European Academies' Science Advisory Council (EASAC) yang bertajuk The Imperative of Climate Action to Protect Human Health in Europe yang menyatakan bahawa masalah kesihatan mental seperti gangguan tekanan pasca-trauma (PTSD), kegelisahan, penyalahgunaan bahan seperti dadah, dan kemurungan, boleh terjadi dalam jangka panjang akibat cuaca yang melampau seperti gelombang panas, banjir dan kemarau.
PTSD atau post-traumatic stress disorder merujuk kepada gangguan psikiatri yang berlaku kepada individu yang pernah mengalami trauma seperti bencana alam, tindakan keganasan, kematian atau kecederaan serius.
Bagaimanapun, ujar Ili Nadiah, situasi perubahan iklim dalam konteks Malaysia masih belum diiktiraf khususnya dalam media massa biarpun setiap tahun merekodkan cuaca yang tidak menentu seperti yang dapat kita lihat pada hujung tahun 2020 hingga awal tahun 2021 berlaku fenomena La Nina (banjir) di kawasan pantai timur dan fenomena El-Nino (panas terik) pada bulan Februari hingga Mac 2021 sehingga mencecah 38 darjah Celsius.
"Di Malaysia kurang diskusi berkenaan kesihatan mental dan perubahan iklim mungkin disebabkan tidak ada kesedaran akan kepentingan alam sekitar, ujarnya lagi.
"Namun begitu wujudnya rasa gelisah khususnya dalam kalangan masyarakat terhadap keadaan persekitaran semasa dan ramalan masa hadapan seperti kerosakan persekitaran atau bencana ekologi, serta perubahan iklim, atau lebih dikenali sebagai 'eco-anxiety'.
"Eco-anxiety ini biasanya kerap berlaku kepada golongan belia kerana mereka terdedah kepada informasi yang melampau sehingga maklumat yang diterima (overloaded information) tidak dapat diproses oleh otak" kata Ili Nadiah.
Finalis Anugerah Belia Komanwel, Mogesh Sababathy merasakan belia Malaysia sedar akan perubahan iklim yang berlaku ini di sekitar mereka, namun mereka tidak tahu apakah tindakan seterusnya yang perlu dilakukan secara individu.
“Sikap tidak endah golongan belia terhadap isu ini patut diubah serta-merta. Mereka (belia) boleh menyertai mana-mana NGO dalam mengatasi isu ini secara berkelompok," katanya.
Sementara itu, Dr Katie Hayes, Penganalisis Dasar Biro Perubahan Iklim dan Inovasi Kesihatan Kanada, dalam webinar Climate Change & Mental Health menyatakan bahawa "tindak balas tingkah laku terhadap kesedaran iklim seperti ketidakberdayaan meningkat tetapi tidak banyak difahami dari segi rawatan. Kami telah melihat kesan perbezaan yang ketara dalam kesihatan mental dan kesejahteraan emosi daripada pelbagai latar belakang, sosio ekonomi, budaya dan populasi di dunia".
Sebagai aktivis alam sekitar, Ili Nadiah turut menyeru kepada kerajaan agar dasar alam sekitar digubal dalam melindungi kemusnahan ekologi dan krisis iklim yang memuncak.
Isu pendidikan kesihatan mental disebabkan perubahan iklim juga perlu diberi perhatian supaya kita tidak leka dalam menangani krisis perubahan iklim sehingga menyebabkan kesihatan mental kita terganggu.
* Laporan ini dihasilkan sebagai sebahagian daripada 'PANAS! Cerita Realiti Perubahan Iklim di Malaysia' yang dianjurkan oleh Science Media Centre (SMC) Malaysia, dengan kerjasama Suruhanjaya Tinggi Britain Kuala Lumpur dan EcoKnights.
** Sunesha Munisamy merupakan graduan Pengajian Media, Universiti Malaya yang bergiat aktif dalam bidang penulisan dan juga seorang pencinta alam.
Sunesha Munisamy
Sun May 09 2021
Masalah seperti kemurungan, trauma, kegelisahan akan meningkat akibat perubahan iklim. - Gambar hiasa/Unsplash
EPL: Salah jaring gol bersejarah, Liverpool bangkit atasi Leicester
Jordan Ayew membuka jaringan seawal minit keenam tetapi ia masih belum cukup untuk mengeluarkan mereka dari zon penyingkiran.
India berkabung atas kematian bekas PM Manmohan Singh, sanjung legasi reformasi ekonomi
Singh, yang meninggal dunia pada usia 92 tahun di New Delhi malam Khamis, merupakan tokoh ekonomi dan pemimpin yang sangat dihormati.
Tindakan Pas politikkan sambutan Krismas tidak hormat hak rakyat berbilang bangsa - DAP
Tiga Ahli CEC DAP berkata, kepelbagaian etnik, ras, serta suku kaum di Malaysia perlu diraikan, difahami dan saling dihormati,
Anwar ucap selamat ulang tahun kepada Ramos-Horta
Anwar memuji Ramos-Horta sebagai seorang sahabat baik dan individu sejati dalam memperjuangkan kebebasan serta keadilan.
Tiga maut, empat cedera parah dalam kemalangan bas di utara Norway
Kejadian berlaku berhampiran Raftsundet di kepulauan Lofoten, destinasi pelancongan terkenal di utara Norway.
EPL: Gol dramatik Muniz buat Chelsea tersungkur di laman sendiri
Pertukaran pemain yang dilakukan Marco Silva pada lewat permainan membuahkan hasil yang cukup lumayan.
Kazakhstan tegaskan Azerbaijan, Rusia tidak terlibat dalam siasatan forensik nahas pesawat
Larangan itu berdasarkan prosedur yang ditetapkan dalam Kod Jenayah Kazakhstan.
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS
Pada pukul 8 pagi, ringgit naik kepada 4.4665/4715 berbanding dolar AS daripada 4.4670/4715 ketika ditutup semalam.
Risiko & Peluang 2025: Menyingkap dinamika pergolakan pasaran
Ikuti perkongsian eksklusif bersama Ketua MIDF Research, Imran Yassin Md Yusof tentang landskap ekonomi terkini dan potensi hala tuju Malaysia pada 2025.
AWANI Ringkas: Kesalahan khalwat berulang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Perikatan Komuniti Selamat seru tindakan segera tangani isu kesihatan mental di sekolah
Perikatan Komuniti Selamat gesa Kementerian Pendidikan ambil tindakan segera tangani isu kesihatan mental dalam kalangan pelajar sekolah menengah.
Perikatan Komuniti Selamat seru tindakan segera tangani isu kesihatan mental di sekolah
Peningkatan kes kesihatan mental dan kejadian bunuh diri memperlihatkan keseriusan masalah dialami pelajar akibat beban akademik.
Putera MIC cadang kerajaan peruntuk lebih dana bagi perkhidmatan kesihatan mental
Ia perlu, antara lain bagi penyediaan lebih banyak pusat kesihatan mental berasaskan komuniti yang mudah diakses dengan kos berpatutan.
Masalah kesihatan mental pelajar, mahasiswa meningkat dua kali ganda - KKM
Laporan Tinjauan Kesihatan Morbiditi Kebangsaan menunjukkan peningkatan itu daripada 7.9 peratus pada 2019 kepada 16.5 peratus (2023).
Kesihatan mental: Ibu bapa, guru, pelajar perlu peka, kesan tanda awal kecenderungan bunuh diri
Kes kematian remaja termasuk pelajar sekolah sejak kebelakangan ini amat membimbangkan.
Umat Islam dinasihat elak pertelingkahan soal aliran,manhaj - Zulkifli
Umat Islam di negara ini dinasihatkan supaya mengelak daripada bertelingkah sesama sendiri dalam berhujah mengenai perbezaan aliran mahupun manhaj.
Stigma sosial halang individu dapatkan rawatan kesihatan mental
Golongan muda atau pelajar universiti sedar akan kewujudan perkhidmatan kaunseling tetapi enggan dapatkan rawatan.
Nahas pelajar UiTM: Pemandu wanita masih di Hospital Permai
Mahkamah Majistret diberitahu wanita yang didakwa atas tiga pertuduhan melanggar empat pelajar UiTM Dungun, Oktober lalu masih lagi berada di Hospital Permai.
Astro lancar inisiatif AI menerusi siri Project EXIT, sokong keterlibatan positif di media sosial
Astro, menerusi siri terbaharu Astro Originals, Project EXIT, memperkenalkan inisiatif terkini menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI).
KBS sasar tambah bilangan pakar psikologi sukan
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) berhasrat untuk menambah bilangan pakar psikologi sukan dalam usaha membantu persediaan atlet menghadapi Sukan Olimpik dan Paralimpik 2028 di Los Angeles.