KUALA LUMPUR: Astro, menerusi promosi siri terbaharu yang hangat diperkatakan di media sosial, Astro Originals, Project EXIT memperkenalkan inisiatif terkini menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI) bagi memupuk keterlibatan positif di media sosial.

Inisiatif yang dilaksanakan dengan kerjasama pelakon siri Astro Originals, Project; EXIT, iaitu Mierul Aiman dan Shasha Abedul, ia bertujuan memberikan sokongan moral kepada pengguna yang memerlukan melalui kata-kata dorongan dan motivasi di platform media sosial.

Menyedari impak kandungan yang dapat memberi semangat kepada penonton, Astro mengambil langkah proaktif dengan menggabungkan AI untuk mencipta pengalaman interaktif yang dapat memberikan kesan yang positif dan membina.

xxx

Menurut Ketua Pegawai Jualan dan Pemasaran Astro, Tai Kam Leong, pihaknya berharap agar iniasitif ini dapat memberi inspirasi kepada penonton dalam kalangan generasi muda serta masyarakat secara keseluruhannya.

“Kami sangat teruja memperkenalkan inisiatif ini dalam menyokong Project; EXIT yang bukan sahaja menghibur tetapi juga mampu membangkitkan semangat positif dalam masyarakat.

"Dengan menggabungkan kandungan, selebriti, dan teknologi, kami berharap dapat memberi inspirasi kepada penonton terutama di kalangan golongan muda,” katanya.

Dalam inisiatif ini, AI Astro merakam dan menghasilkan respons yang disuarakan oleh pelakon Mierul Aiman dan Shasha Abedul, memberikan mereka peluang untuk berinteraksi secara langsung dengan peminat dan pengguna di media sosial Astro Malaysia dan Astro Gempak seperti di platform X.

Teknologi ini menggunakan sistem pemantauan sosial yang boleh mengesan perkongsian dengan perasaan sedih, kecewa, atau cemas dan seterusnya memberi respons yang mampu memberikan sokongan moral kepada pengguna.

xxx

Pengarah Kreatif Talon Creative Sdn Bhd, Erman Basiron, menekankan bahawa Project; EXIT bukan sekadar sebuah siri televisyen tetapi merupakan satu platform untuk membantu orang ramai yang berhadapan dengan cabaran hidup.

“Kami melihat peluang untuk menghulurkan bantuan kepada mereka yang mungkin berasa terasing dan membuktikan bahawa mereka tidak keseorangan,” jelasnya.

Inisiatif ini telah berjaya menyasarkan sehingga lebih 100 respons aktif sepanjang tiga hari dengan tujuan untuk menginspirasikan pengguna media sosial untuk sentiasa mencari dan memberikan sokongan positif.

Dengan adanya mesej peribadi yang dihasilkan berdasarkan gaya dan nada pelakon, Astro berharap mesej ini dapat menyentuh hati penonton dan memberikan dorongan kepada mereka yang memerlukan.

Siri Project; EXIT yang ditayangkan menerusi Astro GO dan SOOKA pada 1 November 2024 untuk Bahagian 1 dan diteruskan pada 15 November 2024 untuk Bahagian 2, Akhir membawakan kisah menyentuh hati dan mengangkat isu-isu yang relevan dalam kehidupan masyarakat Malaysia.

xxx

Penonton boleh mengikuti perkembangan terkini melalui tanda pagar #ProjectExit dan #AstroOriginals di platform media sosial Astro seperti Instagram, TikTok, Facebook, X, Astro Gempak, dan Astro.

Untuk pelanggan baharu, Astro turut menawarkan JUALAN JIMAT BESAR dengan harga serendah RM41.99 sebulan beserta pemasangan percuma.

Layari astro.com.my untuk maklumat lanjut mengenai promosi ini dan melanggan untuk menikmati pengalaman hiburan terbaik.