Perancangan keluarga penting untuk kesaksamaan gender dan memperkasakan wanita selain merupakan faktor utama bagi mengurangkan kemiskinan serta meningkatkan kesejahteraan keluarga.
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Abdul Karim berkata akses kepada kesihatan reproduktif termasuk perancangan keluarga adalah antara Matlamat Pembangunan Lestari bagi tempoh 2015 hingga 2030.
"Siri Kajian Penduduk dan Keluarga Malaysia yang dijalankan Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) menunjukkan kadar penggunaan kontraseptif dalam kalangan wanita berkahwin berumur 15 hingga 49 tahun telah meningkat daripada 36 peratus pada tahun 1974 kepada 52 peratus pada tahun 1984.
"Kadar itu terus kekal pada tahap tersebut pada tahun 2014 apabila kerajaan menukarkan teras program daripada perancangan keluarga kepada pembangunan keluarga," katanya dalam kenyataan pada Isnin sempena sambutan Hari Penduduk Sedunia hari ini.
Sambutan bertemakan 'Perancangan Keluarga: Memperkasa Rakyat, Membangunkan Negara' itu dianjurkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu sejak tahun 1989.
Rohani berkata kira-kira satu daripada lima wanita di negara ini yang ingin mengelakkan kehamilan didapati mempunyai permintaan kontraseptif tidak dipenuhi untuk perancangan keluarga.
"Tahap penggunaan kaedah kontraseptif di Malaysia juga adalah lebih rendah daripada kadar yang dicatatkan di seluruh dunia iaitu 64 peratus," katanya.
Rohani berkata bersempena sambutan Hari Penduduk Sedunia 2017 ini, program kemasyarakatan yang dinamakan Ekofamili 2017 akan dijalankan sepanjang bulan Julai bagi meningkatkan kesejahteraan keluarga dan komuniti setempat.
Program itu akan dilaksanakan di 14 buah komuniti terpilih dalam program Pemerkasaan Keluarga dan Komuniti di seluruh Malaysia yang akan bermula di Beaufort, Sabah pada 14 Julai ini.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jul 11 2017

Rohani berkata, kira-kira satu daripada lima wanita di negara ini yang ingin mengelakkan kehamilan didapati mempunyai permintaan kontraseptif tidak dipenuhi untuk perancangan keluarga. - Gambar fail

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Kadar kesuburan menurun, Malaysia dijangka alami penguncupan penduduk menjelang 2072
Penduduk Malaysia dijangka mencapai kemuncak 46 juta orang menjelang tahun 2071.

Perancangan keluarga adalah hak asasi manusia
Bertemakan Perancangan Keluarga adalah Hak Asasi Manusia, Hari Penduduk Sedunia disambut di seluruh dunia hari ini.

Perancangan keluarga penting untuk kesaksamaan gender - Rohani
Akses kepada kesihatan reproduktif termasuk perancangan keluarga adalah antara Matlamat Pembangunan Lestari bagi tempoh 2015 hingga 2030.