Penganjur program orientasi Universiti Teknologi Malaysia (UTM) terpaksa berhadapan dengan kritikan apabila salah satu pengisian program itu mendapat kecaman orang ramai.

Semuanya bermula selepas dua keping gambar yang diambil semasa program orientasi itu tersebar di laman sosial.


Gambar-gambar tersebut memaparkan layar alat projector dengan barisan ayat yang mempamerkan bait-bait lagu sorakan.

Ia mengundang kritikan ramai yang percaya pengisian sebegitu tidak patut ada dalam program orientasi sesebuah universiti awam.






Netizen kebanyakannya bersetuju pengisian program orientasi sepatutnya terarah kepada pembangunan sahsiah, mental dan fizikal pelajar selain memberi penekanan kepada persediaan untuk bergelar mahasiswa.

Namun, ada juga segelintir yang percaya pengisian ringan sebegitu juga wajar sebagai satu bentuk hiburan dan mengurangkan tekanan.